Sunday, 29 December 2013

Laut mati & gua ashabul kahfi (البحر الميت وغور اهل الكهف)

Hari ni kami plan nak pegi city mall sambil beli barang2 keperluan & kehendak nafsu. Last2 decide nak pegi gua ashabul kahfi dulu, pastu laut mati & city mall terakhir. Dengan niat nak bw abang ipar & anak sedara jalan2 sblum blik Malaysia.

Jadi teponlah teksi Muhammad dlm kul 9.30 pagi tanya samada dia boleh bawa kami ke sana. Bincang punya bincang, jam 10.30 am teksi muhammad janji ambil kami di rumah. Masing2 mula rs seronok.

Jam 10.33 teksi sampai. Odw dalam kereta muhammad bgtahu kn sewa kereta lain utk je bahar mayyit sbb luar kawasan teksi susah nk masuk. Mati2 sy ingat dekat je laut mati tu rupanya 1 jam 30 minit utk ke sana! Mujur dh siap bw pampers,susu,biskut lubna dll. Masing2 excited sgt jd teruskan jg hasrat utk pergi. Dalam kepala dah congak2 ni mesti kn caj atas dr jOD 30 jg ni. Xpelah, mujur xprnh pegi. 

Pendekkan citer, gitu gini akhirnya sampailah kami ke laut mati yg sangat masin. Muhammad kt kwsn ni adlh paling rendah di dunia. Tengok gmbr sikit...





Abg ipar tgh cantikkan muka dgn tanah liat...

                               


Dalam kul 1 kami bertolak balik menuju ke gua ashabul kahfi pula...inilah gua yg mnjadi tempat persembunyian hamba2 Allah dr kezaliman pemerintah ketika itu & telah ditidurkan Allah selama 309 tahun.


Dalam gua yg kecil itu...




Penat perjalanan, dlm kul 5 kami pun sampai umah. City mall punya agenda kn tunda pd keesokan hari. Caj sume sekali JOD 50. Oklah dpt lawat 2 tempat.

Dengan laparnya terus berfikir nak masak sesuatu yg sedap. Tapi bawang xde! Mujur suami rajin beli bawang & cili besar di kedai berdekatan. Santapan malam kami...Rempah nasi mandy campur dengar rempah ouzi...



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك