Thursday 28 January 2021

Durian musang king

Sejak beberapa hari kempunan sangat nak makan durian. Durian pulak yang musang king warna kuning oren gitu. Scroll market place FB terjumpalah orang di Padang Midin jual.

Tapi tengok harga tak jadilah beli mahal jugak. Cuba tahan nafsu. Tapi selang beberapa hari teringat pulak durian musang king lagi. Congak-congak bajet bulan ni rasanya kali ni kena beli juga ni walaupun rasa mahal. 

Akhirnya mesej penjual dan terjadilah tempahan musang king sekilo tanpa kulit... 

Harga sebekas ni RM170. Walaupun rasa mahal tapi kerana teringin sangat pejam mata. Lepas ni kena puasa nafsu pula. Buat pulut juga biar puas makan. Ya Allah sedapnya walaupun musang king ni bukan yg gred A. 

Bab lain saya agak kedekut dan berkira tapi bab makan diri sendiri dan keluarga saya selalu nak yang terbaik dan sedap. Bila ada rezeki lebih saya suka belanja keluarga makan yang sedap. Rasa puas hati kalau semua suka dan gembira. 

Udang sweet sour. Pes sweet sour pemberian syikin rakan sepejabat. Sedap pes ni mudah kerja memasak... 








Tuesday 26 January 2021

Sweet sour pizza hut

Teringin sangat makan pizza hut. Selesai meeting online semalam terus minta suami order pizza hut. Rasa nak makan sangat.


Sedap sangat sweet sour pizza tu. Rasa berbaloi sangat. 1 sweet sour pizza, 2 large pizza dan 2 sup cendawan RM95. Puas hati boleh makan dua kali kami 4 beranak alhamdulillah. 

Hari ni masak nasi beriani pakistan. Sekali masak tuk pagi, sekali masak tuk makan petang. Berbaloi sungguh beli rempah shan. Sedap sangat remah beryani ni sebab pedass.. 


Dah berapa hari makan guna kertas minyak. Senang tak yah basuh pinggan. Rasa ringan kepala. 

Esok order durian musang king. Entah apa nafsu minggu ni nak yang mahal-mahal sj. Mentang2lah dah masuk gaji. 




Saturday 23 January 2021

Alyan 4 tahun dan Halaa makin membesar

Halaa dah 5 bulan lebih boleh meniarap, duduk, ketawa berdekah bila diagah, capai barang, angkat tangan bila didukung, pegang barang dengan kuat.

Sambut besday Alyan awal sebulan. Hari-hari minta kek dan ayam goreng nak sambut besday macam kakaknya tahun lepas. Jadi sebelum PKP semalam kami plan adhoc sambut di rumah mak khamis petang... 

Sayang semua. Anak-anak dan anak saudara ummi. Semoga semua membesar menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah amiin. Berjaya dunia dan akhirat. 


Tempah dua kek dgn kakti. RM50 kek krim laici dan RM35 tuk kek flan lumut puding. Sedap. 




Saturday 9 January 2021

Halaa 5 bulan 7.5kg

Hari ni suntik Halaa untuk 5 bulan alhamdulillah. Semakin berat anak ummi walid. Patutlah lenguh. Nampak je halus. 

Dah boleh meniarap tepat 5 bulan. Pandai capai barang. Pandai gelak. 


Hari ni juga kami ke kenduri kawan adik Saadah namanya. Sedapnye lauk kenduri rasa lama sangat tak makan. 
Kurma kambing, sambal ayam. Nasi sangat lembut dan sedap berempah. Ada laksa kelantan juga. Karipap sedap. 

Ini masak petang tadi. Odw balik singgah beli tenggiri sebelah RM57. Puas hati buat masak kari seketul. Suami masak spagegti carbonara permintaan anak-anak. Sedap sungguh. Sambil makan sambil puji masakan sendiri. Berangan nak jamu orang makan. Tapi penatnya nak melayan. 





Thursday 7 January 2021

eMPaT pERkaRa...

Empat perkara pada saya rasa sangat beruntung dan istimewa yang ada pada orang lain iaitu:

orang yang berjaya mendidik anak-anak dgn didikan agama yang sangat baik dan hebat

orang yang bekerja di luar negara dan hidup di sana dengan baik di sebalik kepayahan

orang yang sangat kaya dan sangat pemurah

orang yang sangat berbakat dalam seni dan kemahiran

Jika anda salah seorang dari ciri ini ketahuilah anda memang hebat!

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...