Friday 30 September 2022

Sambut birthday suami, emak dan kakak.. 2022

Seperti tahun-tahun sudah...43 tahun sudah suamiku.. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki utk abang dan kita sekeluarga amiin...



Mak dan kakak juga sambut bersama. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat mak dan kakak dipermudahkan segala urusan. 

Buat nasi kerabu... 

Kakak buat spageti..


Saya tempah kek coklat cis dengan isteru ustaz ijal. Alhamdulillah sedap belaka. 

Selit sikit. Gambar setelah selesai sesi interview auditor dgn kppba.. 


Anak teruna kami... 




Monday 19 September 2022

DeeLight Restaurant...

Sempena bonus APC baru ni saya decide belanja makan suami dan anak2 di restoran Deelight berdekatan area wakaf beruas. Cadangan suami sebab selalu nampak yb dan ustaz2 popular ganu makan di sini..

Order set A dengan 4 pilihan dishes bersama nasi putih, air kordial dan buah2an. Tambah fries dan nasi putih 2 pinggan semua sekali berjumlah RM105. Alhamdulillah sedaplah juga rasa seperti di sebiah restoran Kelantan yang bernama kengsom.

Apa yang saya order? 

Siakap goreng namprik pau
Lala kam heong (kurang sedap) 
Tomyam campur merah
Ayam goreng mango

Puas hati. 

Ini pula temu murni sekolah anak darjah 4...menunggu giliran. Jenuh jg ye... Mujur masa sampai dah agak lewat jadi hanya tinggal beberaa orang... 

Yang pasti keputusan anak sangatlah tidak memuaskan. Huhu. Saya tidak begitu bersungguh mengajar anak di rumah. Penangan jawatan kpp menyebabkan fokus terhadap anak2 terganggu. Sedih tapi kena bermula dari sekarang. Perlu lebih konsisten mengajar tiap malam. 

Handset saya tak dapat call atau menerima call sejak seminggu. Sedih. Baru beli bateri baru hua2. Tak nak beli lagi aci x. Nak kumpul duit setelah berbelanja banyak sejak reno rumah kali kedua dan bayar downpayment kereta kedua. Semoga dipermudahkan. 

Wednesday 14 September 2022

APC 2022..untuk tahun 2021

Rezeki tahun ini dapat APC 2021..dapat seribu ringgit.. Alhamdulillah..


Dapat pula sekali dengan syikin teman mesra bertepuk tampar kihkoh.. 


Alhamdulillah. Walaupun 1k sahaja tapi sangat bermakna. Kalau 10k atau 100k apa agaknya rasanya. 

Petangnya mesyuarat JKPAU untuk KC semakan BAS. Sayangnya KC di kiv kerana perlu dibaiki lagi.. 


Kenangan bekerja yang saya abadikan sekali sekala dlm blog ini. Satu hari akan menjadi kenangan seperti kehidupan di Jordan dahulu. Dalam dewan senat... 


Monday 12 September 2022

Kelik kelate...

Balik kelate jumaat petang baru ni. Masak nasi maqlubah untuk dimalan bersama2... 


Halaa dengan dua pupu. Geram sungguh dia siap cium bertubi2... 

Tido beralas toto. Expander ni kelebihannya seat tengah boleh lipat... 


Pemberian student arab. Madu dari habbatus sauda. Budak ni last sekali saya marah2 sebab semua perkara ttg pengajian master dia xtahu.. 


Segan pun ye. Entahlah. 

Hari ni balik dari ofis cari kasut dengan suami. Singgah Kasut you, oasis, dans tapi saiz xde sebab kaki besar. Hua3. Akhir sekali ke foot link. Jumpa saiz di foot link dengan harga RM159. Kasut paling mahal pernah beli. Kelakar betul. Gara2 nak naik pentas terima Apc esok. 





Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...