Friday 22 July 2022

Tukar bateri kereta vios..

Sudah kali ke tiga menukar bateri kereta vios...RM250

Bakpe ye bateri kereta cepat kong? 

Masak singgang tulang kelantan hari ni...



Resepi dari google. Nikmatnya hirup panas2. 

Rendang tok. Buat dan ajak mak abah datang makan di rumah baru2 ni... 



Hari ni dah 23hb. Menunggu gaji masuk sebab dah kekeringan gara2 belanja besar bulan ini. Tembok pagar, korban dan ansuran expander pun mula bulan ini. 

Tuesday 12 July 2022

Agihan masakan daging korban...

Lebih dari 1/3 daging diagihkan kepada orang miskin sekitar kampung. Bahagian rakan2 dan jiran saya decide untuk masak dan agihkan memandangkan daging yg tinggal tidak banyak sedangkan kenalan ramai pula. Dapatlah memberi rasa sikit seorang kalau siap dimasak. Rendang tok dan pulut kuning... 


Untuk rakan pejabat juga saya decide untuk masak dan bawa ketika potluck nanti. Mungkin minggu depan pula. 


Sunday 10 July 2022

Aidul Adha 202.. Muhasabah diri

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..atas segala kenikmatan yang Allah kurniakan pada tika umur 38 tahun ini.. atas segala rezeki yang Allah aturkan tanpa pernah disangka..atas rezeki yang sedia ada dan wajib disyukuri..Terlalu banyak jika ingin dihitung..

Korban satu bahagian di bawah anjuran Pasti Banggol Peradong... 




Puas hati korban di sini. Pantas sembelihannya. Hanya suami yang pergi memandangkan anak2 kecil tak digalakkan hadir. Lembu ada 27 ekor semua sekali. Sebelum jam 1 semuanya sudah selesai sembelih lapah dan bahagi. 

Lembu yang saya pilih berharga RM600 sebahagian. Lepas dibahagi dagingnya seorang dapat lebih kurang 9 kilo (8.777kg). Alhamdulillah. Kalau ikut harga lembu yang ditawarkan antara RM550-700 sebahagian. Lebih mahal lebih besar lembunya. Harga yang masih reasonable musim sekarang. 

Sampai rumah suami sambung basuh daging dan usus lembu. Berjam sampai malam suami proses ususnya nak bagu hilang hanyir. Tekun dan gigih sungguh abang. 

Petangnya ajak adik sekeluarga dari Melaka yang balik cuti beraya makan di rumah. Sy buat sup, nasi arab kepala kambing dan sambal bilis petai...



Sementara suami di tapak sembelihan, saya di rumah main masak2 dengan anak2. Faham jelah bila dgn anak kecil sambil masak dan ambil melayan bermacam ragam dan feel. Rasa nak meletup kaki ummi berlari sana sini. Sambil mengemas sekali. Nak buat jamuan besar tunggu anak2 besar nampaknya. Jamu yang sikit ni pun lelah dan haru. Sakit kaki makin kerap tambah lagi bila over makan. Hmmm

Berbuka di rumah mak sabtu lepas. Saya masak rendang ayam, nasi impit dan beli lemang... 



Anak2 kami. Nikmat Allah yang tidak terhitung dan kadang2 dilupai. Korban tahun ini buat saya muhasabah diri mensyukuri setiap nikmat yg ada dan bersyukur atas apa yg sudah dimiliki. Alhamdulillah. Walau di sudut lain masih belum cukup. Manusia sudah ada segunung emas pun akan minta gunung emas yang kedua. Tidak pernah merasa cukup walau satu dunia sudah dimiliki. 






Wednesday 6 July 2022

Ziarah..

Ziarah K. Dah pensyarah b.inggeris yang bersara awal kerana masalah kesihatan...


Majlis makan malam pelajar tahun akhir BAS... 


Ktcc mall.. Food court dan taman permainan bertiket... 

Majlis yang ditaja u. Ala dan u. Firdaus sempena tamat tempoh jawa tan dan siap phd... 


Ziarah raya tertunda di rumah syikin... 


Macam2 nak citer tapi xsempat. 

Tugasan KPP pun x sempat sy nak titipkan dalam blog ini. Mujur masih bernafas dan boleh bertenang. Masih menghitung waktu. Tak sabarnya. 


Sunday 3 July 2022

Bawa bekal sendiri...

Bila ada acara makan sama2 inilah yang paling seronok...


Bawa bekal sendiri asalnya jadi macam potluck pula. 

Seronok sampai xingat dengan kerja dah. Kuang2. 



Saturday 2 July 2022

Catatan belanja..

Tembok pagar kongsi jiran sebelah kiri RM2500

Vacum 1400watt RM183 (cashback RM12) 

Almari buku ikea billy Rm469 beli dgn luqfiz ikea. Rm80 lebih dr harga asal. 

Kipas siling jenama khing rm115 beki di kedai cina masjid putih 
Banyak yang tak tercatat bila cari dalam blog alamak lupa nk tulis. Hmmm... 

Friday 1 July 2022

Potluck blok Abu Bakar lagi...

Ini yang lepas2 punya tak ingat bila lupa nak cerita...


Bab makan no 1. Kti bawa bakso terengganu.. Ya Allah sedapnya. 

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...