Friday, 31 October 2014

العرض الشفهي لمساق طرائق التعليم والتعلم

Baru lepas bagi sentuhan terakhir untuk kertas pembentangan Ahad ini.

Rasa xberdebar pun. Ini tandanya pada hari kejadian nanti saya akan berdebar melampau-lampau.

Dah biasa keadaan macam ni. Kalau sebelum tu dah berdebar jadi semasa berlaku tidak berdebar sangat. Kalau sebelum tu tak berdebar maka sebaliknya pula ketika semasa kejadian. Saya try untuk berdebar sekarang tapi tak menjadi. Rasa relax je. Tengoklah ahad nanti berdentam-dentum bunyi jantung, harap tak tergeliat lidah sudahlah.

Kebiasaan kelas master dan PhD presentation adalah salah satu mutatollabat bagi subjek. Jarang kelas yg xde presentation daripada pelajar. Memang berdebar2la kalau kelas yg ada presentation tu. Rasa nk cepat habis je time present. 

Style saya lebih banyak membaca bahan yg dipresent dr bercakap spontan. Rasa xyakin lagi nk cakap spontan. Ingatkan sy je mcm tu rupanya hampir kebanyakan pelajar Arab pun melakukan perkara yg sama sedangkan presentation adalah dlm bahasa ibunda mereka bahasa Arab. Tapi sbnrnya itu lebih baik daripada merapu sana sinun. Macam ada sorang dua student Arab bila present suka sangat cakap keluar dari topik pembentangan. Doktor pun geleng kepala, rakan2 picit kepala sendiri. Tersengih2 sy tengok gelagat masing2,

oklah, lubna dh dtg kacau!

Sambung sikit donut frozen pemberian k.su smlm. Sedap sgt! Sy ni xtaulah bila nk pandai buat kuih. Klu buat kuih atau kek sll xjadi...


Balik dr solat jumaat tadi, suami buat kejutan belikan perfume...


Waah dh lama xpakai perfume kt umah. Kihkoh. Murah je suami beli jod1 bersamaan RM4.60 arganya. Hi2. Mungkin yg jenis rejected tapi xpe yg penting masih ada bau wangi.

Nasi lemak sambal udang

Hari ni masak sarapan agak lewat. Kul 10 baru stat masak. Piki2 xtau nk masak apa. Suami suruh bt nasi putih je mrangkap makan tghari. Tp rs xmau makan nasi putih. Nak nasi lemak jgk macam makan di rumah k.su smlm. Kih2.

Bermula hari ni masa di Jordan berubah kepada sejam lebih awal dr biasa menandakan musim sejuk yg bakal tiba. Jadi malam tadi dlm kul 1 pagi sume org di jordan akn tukar jam masing2 kpd jam 12 malam. Kelakar pulak. Kt msia mana boleh ssuka hati tukar jam. Tp xde yg mustahil di neg 4 musim spt Jordan. Jadi azan zuhur hari ni kul 11.20.

Kelam kabut suami bersiap smpi xsempat nak makan nasi lemak sy yg siap dimasak jam 11.10. Masak nasi lemak je pun tp sampai sejam lebih. Ni sbb terlupa nk petik button cook rice cooker. Kehkoh. Sambal udang dh nak siap baru perasan nasi xmasak lagi! Nak dijadikan cerita mcm tulah. 

Nasi lemak sambal udang tabarbour. Udang tu sekilo RM90. Sbb teringin sangat tutup mata jelah membeli.




Pedas sgt2 cili kering yg sy guna tu. Ada kawan msia di sini yg bagi.


Ni meja tv yg beli dr kawan smlm. Jod15 (RM67)...


Kecil molek je. Suka.

Pagi tadi telefon mak di msia. Cakap dgn adik lelaki, kakak yg dtg dr dungun, khdija anak kakak & mak. Rasa lega dpt dengar suara semua. Semoga semua sentiasa sihat inshaAllah. Kt sini suami install mobilevoip pd ipad, laptop, komputer utk memudahkn kami mbuat panggilan di msia. Bayar dlm USD10 dan dpt guna dlm masa 4 bulan. Klu call no rumah free je. Best sgt. Mcm ckp dlm telefon. Yg jauh terasa dekat.


Thursday, 30 October 2014

Pegi city mall & singgah umah k.su

Hari ni seharian berada di luar dan xpegang buku. Ahad ni nk kn present tp bahan belum cukup lagi! Ya Allah permudahkanlah.

Pagi tadi kami keluar ke city mall utk beli segala barang2 keperluan.


Dekat 2 jam jgk pusing2 beli barang.


Macam2 yg nak dibeli. Penuh 1 troli! Dlm kepala terbayang2 ai berapa ratus dinar lah ni sume. Tp dh tekadkn beli jg brg2 sbb lps ni akan lebih sibuk dgn study dan lgpun dh janji nk dtg city mall skli sbulan. Xboleh bnyk kali abis pokai nnt sgla benda terliur nk beli.

Balik dr city mall singgah umah k.su & u.akramin. Singgah nk amik rak tv 2nd hand yg kami beli dr mereka. K.su dan anak2nya akan balik msia tgh bulan ni dan suaminya akn balik dlm bln 3 tahun depan slps siapkan tesis yg berbaki. Tn umah sediakan nasi lemak yg sgtlah sedap!


Menu baru fish fillet goreng bersalut sambal. Sedap! Agar2 panda bertelur pun sedap. Perut pun tgh lapar mmg bertambah2 kami mkn. Hi2. Alhamdulillah.

Antara barang yg dibeli lampu meja! Jod 9 = Rm40..eh mahal jgk kan.


Suka sgt ada lampu meja. :)

Malam tadi sy dan suami kemas bilik study. Alih meja dan pindah tilam utk bilik sbelah. Jadi skrg dah asingkan bilik belajar dr ruang tidur. Dh padat sgt bilik dgn lubna suka bt sepah. 


Gmbr malam semalam.




Monday, 27 October 2014

Muwafaqah tajdid iqamah

Pagi tadi kami keluar ke wizarah dakhiiyyah utk tkan surat izin renew visa keluarga.


Kluar umah jam 9.40 dan sampai kul 10.20 pg. Orang pun dah ramai. Isi borang dan amik nombor. Lagi 23 orang menunggu giliran. 



Selesai urusan dlm jam 12 tghari alhamdulillah.

Perut pun terasa lapar. Singgah di babul yaman dekat dgn jamiah urduniyyah di jubaihah...


Tengok budak tu bersemangat makan. Tp skjp je smngtnya pastu makan main2. Jod 10.25 arga semua sekali. Kami order suku ayam tp dibaginya sekor ayam. Separuh nasi beriani, separuh nasi mazbut ayam sembunyi dlm nasi.




Sunday, 26 October 2014

Apa yg menjengkelkan tentang orang Arab?

Pengalaman selama setahun sebulan berada di Jordan telah sedikit sebanyak memberi sy pengetahuan tentang masyarakat Arab di sini.

Apa yg sy boleh simpulkan orang Arab ni kalau dia baik memang baik sngt, tp kalau waktu dia teruk memang sgt menjengkelkan.

Peratusan baik dan buruk sikap arab ni boleh sy nisbahkan dgn kadar 40:60. Yg buruk tu lebih sedikit dr baik. Nak buat mcm mana, sikap arab sendiri yg menjadikan mereka selalu dianggap sebagai masalah walau di mana mereka berada.

Hatta di Malaysia sekali pun, kalau di UIAM contohnya pelajar2 arab selalu dianggap menjengkelkan kerana terlalu bnyk meminta itu dan ini ditambah pula sikap mereka yg suka berlagak lebih pandai dan bagus. Tidak mahu ikut peraturan dan selalu nak orang lain yg ikut cara mereka.

Sy pernah bekerja sbgi penterjemah bahasa Arab di sebuah resort 5 bintang selama sebulan di Langkawi. Sy dapati rata2 staff hotel menolak sekiranya terpaksa berurusan dgn pelancong arab. Salah faham dan pertelingkahanseringberlaku di antara staff hotel dan pelancong Arab. Awalnya rs pelik tapi bila sudah mula bermuamalah dgn pelancong arab di sana barulah sy tahu! Rama-rama berterbangan dalam bilik hotel riuh satu resort! Belum lg pelancong arab yg lewat check out dan marah2 di depan kaunter krn takut ketinggalan flight. Rasa malu dgn pealncong bangsa lain yg hanya melihat sikap pak arab yg agak biadab.

Sy juga pernah terbaca di  UK, komuniti arab di sana dicemuh kerana tidak mahu mematuhi undang2 jalan raya! Contohnya parking kereta sesuka hati. Oh, sebenarnya sikap ini sangat tepat dgn sikap arab di jordan juga.

Sy berhajat nk tulis dlm bentuk point sikap2 arab yg kurang disenangi spanjang berada di sini. Tapi rs penat belum reda. Nantilah sambung semula.

Sambung sedikit komentar. Tulisan ini bukan untuk memburukkan orang Arab tapi untuk memberi sedikit pendedahan pada mereka di luar sana tentang sikap dan budaya Arab yg sebenar.

Setiap kali sy bertemu dengan orang Arab yg baru dikenali, mereka pasti akan bertanya adakah kamu sukakan Jordan?? Oh! sy sangat alahan dgn soalan ini. Adakah sy perlu memuji Arab setiap kali ditanya soalan ini?! Untuk megelakkan jawapan yg negatif maka sy akan menjawab sy sukakan cuaca Jordan yg segar dan sejuk! Tapi di dalam hati sy akan menyambung: tetapi sy x sukakan sikap kamu yg kasar dan kadang2menyinggungkan. kih2.

Ada beberapa sebab kenapa sy banyak bertanggapan negatif pada Arab khususnya di Jordan:

1) Suka membuang sampah merata-rata dan langsung tidak menjaga kebersihan. Kalau sy tunjukkan gambar di salah sebuah tandas wanita di World Islamic and Science & Education uni di sini pasti sume akan termuntah. Sedih. Drpd tahun pertama begitu sehinggalah skrg tiada perubahan. Tisu merata2. Dalam jamban jgn cakaplah, najis ditinggalkan sana sinun. Kalau di jalan berlonggok2 sampah berterbangan dgn habuk. Kalau jalan xpijak sampah tu mustahil sekali. Gejala kotor sudah menjadi satu krisis di Jordan. Tapi mereka langsung tidak menyedari.

2) Budaya merokok di tempat awam dan di kawasan larangan merokok berleluasa. Merata2 bau asap rokok. Dalam teksi, bilik berhawa dingin, dalam universiti, di pejabat2 kerajaan, semua tempat xde yg terkecuali dr perokok2 tegar Jordan. Sedih. Mereka adalah orang Islam juga tapi hanya pd nama tidak pada sikap dan perbuatan. Puntung rokok xpayah cakaplah ada di mana2.

3) Suka melanggar peraturan lalu lintas. Suka behenti di tengah jalan secara tiba2 demi untuk menurunkan penumpang atau mengambil orang atau bercakap dgn org di luar kereta. Sangat tidak bertamadun. Suka masuk jalan orang tanpa signal. Melawan arus jalan. Parking senget. Banyak lagi xtertulis di sini. Kalau di Malaysialah buat macam ni dah lama kereta kita kn hempuk. Tapi kt ini satu pemandangan biasa melanggar peraturan lalu lintas. Yg bagusnya satu mereka bertolak ansur dgn pejalan kaki.

4) Memaksa kita mengikut cara mereka. Sgt menjengkelkan. Cakap kat kita pandai ,suh kita biasakan makan makanan arab padahal diorg sendiri xpernah nak cuba makanan atau memahami budaya dan adat kita. Kalau diminta cuba diorg akan menolak kononnya xkena dgn selera atau rasa. Kononnya makanan Arab punya lebih sedap yg kita punya ada je xkena. Ada sorang jiran Arab bgtau klu nk fasih bahasa Amiyy sy kn kerap menziarahi jiran2 bercakap sesama jiran. Amboi dia ingat sy ni dtg sini nak gi jalan2 umah orang ke? 

5) Suka bermuka-muka dan puji-memuji. Padahal kalau di belakang dikutuknya kawan tu @ pensyarah tu. kih3.

6) Ada Arab sangat tidak mesra ketika berurusan dgn mereka. Bila kita buat muka bekeng atau nak marah atau nak melawan semula barulah diorg tersengih2. Ada beberapa kali bertemu dgn orang macam ni ketika melakukan urusan rasmi di pejabat kerajaan dan universiti. Kadang2 makan dalam jelah. Kalau mood xbaik baru buat samseng. keh3. Rupa2nya Arab ni nampak cam garang je pdhl klu kita lawan balik diorg baik je atau ikut je kehendak kita melainkan klu dia tgh sibuk sgt.

7) Suka berubah-ubah sistem dan peraturan. Pening kepala dgn sistem mereka. Kali pertama berurusan gn peraturan A, kali kedua berurusan guna peraturan B pula. Urusan dgn pegawai ni macam ni,urusan dgn pegawai tu macam tu pula. Ish mana satu ni?? Menyusahkan orang luar seperti kami.

8) Kanak-kanak Arab yg nakal. Waktu mula2 duduk di rumah sewa rumah kami beberapa kali dibaling batu pada pintu. Geram sangat. Sampai ada satu kali tu suami tekad mengejar budak2 yg membaling batu. Budak2 yg xsempat lari sume macam takut. Masing2 cakap bukan mereka yg baling tapi ada 2 kanak2 pelarian syria dan palestin yg baling. Sempatlah bg amaran pd budak2 ni. Tapi lepas tu berlaku jg beberapa kali cuma tidak kerap. Belum lagi budak2 main tekan2 loceng rumah dan melarikan diri. Rasa kalau di Malaysia macam ni konpem dh kena saman mak ayahnya. Alhamdulillah, skrg dah xkerap berlaku. Kalau ada pun budak2 main tekan loceng sekali dua.

Oklah,setakat ini yg terfikir. Nanti sambung lagi bahagian yg menjengkelkan klu ada. Kalau xde sy sambung tulis bahagian bagus pada Arab ni. hi2.





Hari-hari yang berlalu...

Ada hari-hari yang terasa lelah dan lambat berlalu...

Ada hari-hari yang terasa pantas dan bahagia sepanjang waktu...

Hari ini terasa lelah dan penat...

Terasa mahu quit dan pulang dgn rasa bahagia...

Tapi mustahil...

Mana ada cara yang mudah untuk senang

Sumenya perlukan pengorbanan dan kesusahan...






Friday, 24 October 2014

Selesai minggu kedua pengajian

Minggu depan masuk minggu ketiga utk sem ni. Semakin lama semakin banyak kerja. Selagi belum selesai presentation, exam awal slagi tu akan terus sibuk. Belum campur tugasan luar kelas lagi.

Oklah xlarat nk tulis panjang. Lubna plk suka kacau. Tayang menu sikit semalam dan pagi tadi..

Nasi basmathi & fish fillet...


Nasi goreng & bbq...



Makan pagi tadi bt ala2 breakfast kt otel. Mcm sedap je hik2. Rakan2 masak apa? Beli kat kedai? Kt sini makan pagi stkt roti cicah minyak zaitun & taburan za'tar ai xlalu nak makan. Ntah apa yg sedap mkn mcm tu sy pun xtau.

Thursday, 23 October 2014

Suami memasak nasi

Lupa nk post di blog masakan nasi arab suami sy yg paling sedap...hi3...




Suami rebus kambing dan bakar. Air rebusan digunakan utk masak nasi arab. Ya Allah mmg sedap. Bangga betul suami bila kn puji. Hi3.



Kena wat tugasan luar

Kelas صعوبات التعلم smlm, doktor bg tugasan luar. Melawat sekolah2 pendidikan khas dan bt laporan penuh ttgnya. Tambah lg bina rncgn mengajar dan cuba apply pd kanak2 terbabit.

Rs xbes je. Xbessss..post psl ni di fb smlm. Rasa lega sikit lps baca komen membina adik dan beberapa rakan fb. Ilang sikit kekusutan di jiwa. Suami pun ck,p biasalah nama pun student phd kn wat lainlah sikit dr ijazah atau master. Iye betullah tu....

Harus kuat inshaAllah. 

ومن يتق الله يجعل له مخرجا... Sesiapa yg bertaqwa (meminta bantuan & bserah sepenuhnya) kpd Allah, akan disediakan baginya jalan keluar (penyelesaian)...

Dlm kelas تعليم ذوي الاحتيياجات الخاصة selasa lepas doktor ada tunjuk contoh tulisan pelajar yg mengalamk mslh menulis...sayu dan sebak..mohon dijauhkan anak2 dan keturunan kita dr ketidakupayaan spt ini...




Majlis kesyukuran di kedutaan malaysia, amman.

Tengahari smlm pelajar2 postgraduate di Amman memenuhi jemputan ke majlis kesyukuran duta yg baru balik dr mngerjakan haji baru2 ni. Kebetulan smlm pejabat kedutaan tutup smpena cuti deepavali di msia. Kt sini pegawai kedutaan msia akn bcuti mengikut cuti di msia. Bes tuuu.

Sedikit gmbr spnjg majlis..







Majlis dlm taman. Cantik sgt tamannya. Hijau mata memandang. Menu utama smlm nasi putih, gulai daging, sambal udang kambing dan ayam bbq, sos perang, smbal tempoyak, kobis lemak putih, mee sup, cake, buah2an. Mcm2 ada. Yg paling bes sambal udang! Kt sini udang sekilo sj dh Rm60. Itu klu kn time promosi. Klu tidak mau RM90 sekilo. Hu3.






Monday, 20 October 2014

Urusan di EMJ

Pagi tadi dlm jam 10 lebih kami bersama k.kyn dan anak2nya pergi ke EMJ (Education Malaysia Jordan) untuk mendapatkn surat pengesahan bagi urusan perbaharui visa keluarga di kementerian dalaman Jordan nanti.

Gitu gini dlm kul 11 selesai sume urusan, alhamdulillah. Kalau ikut tarikh visa kami tamat pd 2/11/2014. Jadi ada masa dlm lebih kurang sebulan utk proses pengesahan itu ini dr universiti dan kementerian dalaman Jordan barulah kemudian dpt buat visa di balai polis. Renyah jugak urusan2 mcm ni. Bulan 12 nk kena pegi bt urusan renew road tax pulak. 

Balik tadi singgah beli buku di darul wael. Sampai umah terus masuk dapur masak apa yg patut...




Bendi masak tempoyak tu memang pedas. Sy buh petai jeruk sekali. Waaaaah sedap betul. Ingat kt msia je ke boleh mkn tempoyak petai. Kat sini pun boleh asalkan bawak stok siap2 dr msia. Hihi.

Sunday, 19 October 2014

Cepat masa berlalu

Hari ni dh masuk minggu kedua pengajian bg sem I. Cepat je r masa berlalu. Minggu depan awal muharram akan menjelma. Tahun 2014 pun akan melabuhkan tirainya xlama lagi.

Umur pun makin meningkat. Sekarang 30, xlama lagi 31 pastu 32..tup2 40 dah  sedar xsedar. Dah jadi makcik betul2 baru terasa cepatnya masa berlalu. Skrg ni org masih ingat budak2 lg. Org ingat xkawin lagi pun ye. Kihkoh.

Dulu masa zaman budak2 rs lambatnyelah masa berlalu. Jenuh pegi balik sekolah rs xbes langsung jd budak. Tapi sekarang rs rindu pulak zaman budak2. Rasa takut nak mengharungi dan menghadapi zaman tua. Xtau apa nasib kita pada masa tua. Sekarang cergas lagi, dh tua nanti banyak qudrat yg terbatas. Hanya mengharap belas kasihan anak2 dan org2 terdekat.

Pagi ni buntu xtau nak masak apa. Lubna dh nangis kelaparan. Minta biskut abis sbungkus biskut tiger kecil2 dia makan.

Piki punya piki masak mee hailam yg xberapa nk hailam...


Semangkuk lubna makan. Sekarang ni sy dan suami dlm misi nk menaikkan berat badan lubna. Sekarang umurnya dah 1 tahun 11 bulan tp berat masih 10.6kg. Cukup 2 tahun sepatutnya beratnya mencapai 12.3kg. Mcm jauh lagi tu. Bila baca artikel2 psl berat anak ni baru tahu pentingnya memastikan berat anak sepadan dgn usia spy anak mdapat gizi yg seimbang untuk perkembangan otaknya juga.

Jd skrg kena lebih prihatin dgn pemakanan lubna. Susu saja xcukup. 

Boleh tengok jadual kt bawah ni utk ketahui berat ideal anak..




Eh eh ni gambar wkt raya yg lepas. Kami bersolat hari raya di masjid rusila. Rindu pulak...seblah tu mak saya...



Oklah lubna berak!



Saturday, 18 October 2014

Ayam percik lada hitam

Mkn tghari hari ni suami rajin nk masak ayam percik lada hitam resepi chef hanieliza.

Ya Allah harum semerbak sedap sgt...


Buku resepi chef hanieliza hadiah dr suami sempena hari lahir sy baru ni sy bawa juga ke jordan. Kirim pd kawan firdaus yg dtg seminar ke jordan baru ni utk bw dlm bagasinya mmandangkan berg kami dh tlebih muatan.

Seronok dpt tunjuk2 resepi dan suami boleh tolong masak terutama klu time sy xde mood memasak @ sibuk dgn urusan belajar. Hihi.

Yg bawah ni kopok lekor kami malam tadi. Teringin nk mkn jd main gentel2 kopok leko dgn suami. Gn tpg sagu bw dr msia dan ikan makerel shj...





Friday, 17 October 2014

Bila lubna tidur rasa bosan menyinggah

Lubna tengah tidur siang. Rasa lega kalau dia tidur walaupun sekejap. Tapi acap kali juga bila dia tidur saya xtau nak buat apa. Sebab dah biasa melayan lubna dan membuat kerja dalam masa yg sama. Bila lubna xkacau rs sunyi pulak. kih3.

Makan pagi merangkap tengahari kami hari ini. Sup kambing yg ditapau dr majlis aidil adha di kedutaan beberapa minggu lepas sy olah jd kari kambing yg dibubuh bendi. hi2.

Minta suami buat roti canai tp xberapa menjadi. waaa...xpelah lain kali practice lagi...rasa dah ada cuma rupa xberapa nak ada...



oklah, sambung sikit lg baca sebelum lubna jaga. Sem ni kn lebih gigih membaca sebab ada 2 subjek yg x pernah sy belajar mahupun dalami sepanjang belajar ijazah dan master dulu2. Pendidikan khas kanak-kanak. Memang xprnah amik tahu sangat psl pendidikan khas utk pelajar2 luarbiasa.

Biasa dengar pasal autisme, hiperaktif, dileksia dan banyak lg istilah lain. Tapi kali ni belajar dlm bahasa Arab dan dipraktikkan pulak dlm pelajaran kami utk sem ni. Geleng kepalalah jawabnya klu xmembaca banyak. Kena bermula dr zerro.

Thursday, 16 October 2014

Kenduri kawin orang Arab Jordan

Kebetulan umah sewa kami di Tabarbour berdekatan dgn padang yg lapang. Ingatkan padang lapang tu untuk budak2 main bola sepak je, rupanya kalau kt sini org Arab buat tempat majlis perkahwinan sekali!

Hari ni kami tengok sendiri khemah2 didirikan dan dipasang kain rentang antara tiang sebagai dinding.Belum masuk lampu gantung dipasang menggunakan kren apa ntah. Tinggi nun di atas sana. Dalam  hati terfikir macam grand jugak kenduri kali ni. Alamat bisinglah malam nanti.

Dan sekarang dh pun jam 11.41 malam, bunyi org menyanyi dan alat muzik dimainkan dgn sgt kuat sejak dari lepas solat isyak tadi masih kedengaran. Hmm, kalau sedap muzik  tu xpelah juga. Tapi lil asaf memang xsedap didengar bahkan menambah gundah-gulana.

Suami sempat amik gambar dari luar umah tapi malas pulak nk amik dr enpon suami. Nnt bila rajin boleh upload.

Skrg  Lubna dh tidur, jadi sy amik peluang bacaapa yg  boleh. Tapi masalahnya mood membaca pun dh berkurangan bila menjelang lewat malam. Badan dah penat, otak rs nak santai je. Mengantuk apatah lagi. Tapi bila terfikirkan banyak yg perlu dibaca spnjg kelas sem ni rs gelisah xboleh tidur pula.

Subhanallah..Ni maksudnya kurang berzikir, hati cepat rs gelisah. Tambah lg bila uzur lagilah terasa jauh dgn ketenangan. Allahuakbar.

**Hari ni bila tertengok gambar bersama ahli keluarga di Malaysia cuti baru ni hati diruntun rs sedih dan rindu. Nampak gaya sy kena elakkan diri dr menatap lama gmbr kenangan bersama keluarga tersayang. Kalau tidak hati akn rs sedih je memanjang.

Kelas akan bermula!

Ahad ni akan bermula kelas sem 1 bg tahun kedua utk sy. Sy daftar 3 subjek utk s ni. Jadi kelasnya hari ahad, selasa dan rabu. Semuanya bermula jam 3.30pm hingga 6.30pm.

Oklah smlm kami mkn apa ye? 


Kari ikan merah gn rempah kari ratha! Sangatlah sedap! Nyesal plk xbawak bnyk dr msia. Ceh itu pun dh 3 kg berat kargo berlebihan. Ada hati nk bawak lagi.

Makan pagi sy bt roti ala subway..


Yg ni pun sedap. Sume menda sedap hai klu mcm ni memang xleh nk slim smpi bila2 kihkoh.

Oklah nk kn layan lubna pulak.

Wednesday, 15 October 2014

Keinginan saya yg paling hebat

Kalau ada orang tanya apa yg saya paling mahu sekarang??

Saya akan jawab, saya nk abiskan kelas secepat mungkin!!!

13 subjek adalah sebuah bebanan yg sangat berat sy rasakan. 

Baki 6 subjek yg perlu sy habiskan terasa saaaaangat perit ya Allah.

Perasaan pergi kelas, semasa di dalam kelas dan selepas menerima tugasan adalah seperti perasaan bertempur di medan peperangan dengan keadaan berseorangan. 

Sy tidak pasti orang lain tp bagi sy ini adalah bahagian ujian untuk saya....


Melayan rakan Firdaus dtg ke Jordan

Sejak dari Sabtu minggu lepas kami menerima tetamu dr Malaysia yg dtg ke sini utk menghadiri seminar selama 2 hari di sini. Akibat terlalu sibuk dgn itu ini sampai xterupdate blog. kih2.

Rakan saya ni firdaus namanya. Rakan sejabatan bahasa Arab di UniSZA. 

Jam 4.30 pagi kami jemput firdaus di airport queen rania, Amman. Bawa pulang ke rumah kami di Tabarbour utk bermalam di sini beberapa malam. Pagi sabtu kami dh bawa firdaus ke wasot balad utk beli souvenir dan buah2an. Petangnya pula xingat pulak ke mana. kihkoh.

Hari ahad aktiviti penuh gn menjamu rakan2 suami dr yayasan amal terenggau  di rumah. Petangnya pula ke kelas dan balik dr kelas menuju ke hotel untuk menjemput firdaus dr seminar.

Walau pun penat ke sana ke mari dgn sem pengajian yg baru sj bermula tapi kami seronok dgn kehadiran rakan2 dr msia. Hilang sebentar sunyi yg kami rasa. 

Tapi sekarang semua sudah pulang menjalani rutin harian masing2. Kami pun sama meneruskan kehidupan harian yg biasa2 sj di sini. Rasa sedih dan sunyi mula menyelubungi. Kalau tidak sebelum ni kami begitu bersemangat menyambut tetamu2 ini. 

Apapun kehidupan perlu diteruskan. Kalau diikutkan hati dan perasaan memang sudah lama bumi ini kami tinggalkan. kui2.






Kelas sudah pun bermula!

Minggu ni merupakan minggu pertama sem I bagi sesi 2014/2015 bagi WISE uni. Saya sudah pun menghadiri 2 kelas bagi subjek طرائق التعلم والتعليم dan تعليم ذوي الاحتياجات الخاصة في المدرسة العادية yg berlangsung pada hari ahad dan selasa semalam.

Hmmmm...banyaknye kerja. Lebih menakutkan doktor memberi masing2 tajuk unutk dibentangkan pada stiap kali kelas. whoaaaaa....rasa nak balik msia sekarang jugak! Dalam kelas berasap je kepala mencatat itu ini kehendak para doktor. Kena mendengar dgn laju dan respon dgn laju. Kalau lambat confirm ke lautlah jawabnya. 

Hasilnya setiap kali balik kelas sy akan rasa monyok dan tidak bermaya. Rasa sedih dan murung tiba2. Memang dr sem lepas macam tu. Ingatkan bila dah masuk sem 3 semakin ok rupanya perasaan yg sama. Takut, berdebar-debar, gelisah setiap kali nk masuk kelas dan selesai kelas. Mungkin sebab suasana kelas dgn arab ni rasa mcm stress je. Masing2 dah berumur dan datang ke kelas dgn masalah masing2. Rasa xseronok dgn suasana kelas begini. xpelah mungkin minggu pertama. 

Petang ini ada kelas lagi jam 3.30 petang. Harapnya ok2 saje. Kalau tidak monyok lagilah nampaknya. kihkoh. Ya Allah kurniakanlah kami hati yg waja dan cekal atas jalan yg kami pilih ini.

Wednesday, 8 October 2014

Nasi haneez lagi & sayur bayam

Hari ni rasa rajin nk masak nasi haneez. Ada daging korban org bagi & seketul ayam kira ok sgt menu nasi haneez hari ni. Bayam pun bnyk jd sy bt masak air dimakan bersama nasi haneez. Hihi xpernah2 org arab buat makan nasi arab dgn bayam...



Macam nasi goreng pulak ghupanya. Sy guna resepi lydia honey. Memang sedap!


Kawan2 cubalah. Klu xcuba memang rugi. Nak resepi? Ada kt n3 yg bawah2. Xpun boleh cari di FB lydiahoney matbahna arabiy.

Tuesday, 7 October 2014

Mee bandung agromas

Hari ni try wat mee bandung mgunakan perencah segera mee bandung agromas. Hmm rasanya biasa je. Adami lagi sedap...jom tgk gambar yg ada..




Oklah nk lepaskan kempunan di kejauhan. Sy letak ayam, udang, bebola ikan, fish cake, brokoli, bayam, telur.

Petang tadi muhammad teksi datang bersama isteri & anak2nya membawa sedikit daging korban sbgi hadiah...

Isteri muhammad memang cantik & suka bergaya.


Xhidang apa sgt pun. Hidang biskut2 yg jiran2 bagi & jeruk buah pak ali. Huhuhuhu teruk betul. Wat malu je!! Rasa nk balik msia skrg jugak! Pinggan2 jiran pun belum sy balas. Waaaaa! 

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...