Saturday, 28 June 2025

Happy birthday ummi!

Semalam genap 41 umur saya.

Dapat ucapan dari Lubna awal pagi. Terharu ummi. Anak sulung ummi dah besar. Ummi doakan Lubna bahagia dunia akhirat. Ummi sayang Lubna.. 

Dari Alyan (selepas diminta kakaknya)..

Dapat duit RM10. Allahu Alyan semoga jadi jutawan yang soleh, baik hati dan pemurah satu hari nanti.

Dari Halaa x mau juga ketinggalan.. 

Xambil pula hadiah pembaris yang dia bagi (Pembaris dia juga adoilah). Semoga menjadi anak dan hamba Allah yang solehah dan hebat.

Makan tengahari lebih sikit sempena hari lahir. Ada beli, ada masak.. 

Suami ucap selamat hari lahir ringkas saje. Minta dia belanja makan petang ni baru berbaloi 🤭. 

Friday, 27 June 2025

Ziarah mahabbah..

Hajat bawa ole2 dari UK dan berjumpa sekejap sebelum Midah bersalin..


Tembam betul diri sendiri. Kebetulan kawannya Midah pun datang sekejap untuk berjumpa dengannya sebelum bersalin. Macam Arab orangnya. 

Alhamdulillah. Rasa lega bila dapat ziarah menziarahi dan seronok berbual. Semoga dipermudahkan urusannya inshaAllah. 

Gambar candid..



Thursday, 26 June 2025

Ucu datang Terengganu

Adik mak dari Seremban datang Terengganu 3 hari dari 25-27hb Jun..

Satu malam tidur di rumah saya, sTu malam di rumah emak. Ucu datang dengan mak Intan yang plannya ke Pulau Redang, drop ucu di sini. 

Ucu kami panggil sebab anak bongsu atok angkat yang ambil mak sebagai anak angkatnya dari kecil. Kami takde pertalian darah tapi hubungan kami seperti saudara kandung. Bawa ucu ke bank settle kad bank yang salah password, pegi beli pakaian dalam, beli keropok seameq, pasar batu 6, pegi pantai teluk ketapang. 

Masak asam pedas ikan haruan tasik. Pedas berdesing ucu kata.. Kihkoh.. 
Kenduri kesyukuran Hidayah.. Belah malam sempena hamil 3 bulan.. 

Makan nasi minyak dan ayam masak merah. Alhamdulillah. 

Pasar raya di Poland dan UK

Pasar mini Zabka namanya di Poland.. Macam kedai 7 eleven di Malaysia.. 


Pasaraya Asda, Nottingham.. 

Pasaraya Aldi di Nottingham.. 
Mall di Wales, berdepan dengan travelodge kami menginap.. 
Kedai halal Pakistan di Nottingham .. 

Primark, Nottingham city centre.. 

Kedai buah di tengah Nottingham City.. 


Kedai halal Pakistan lagi.. 
Semua guna credit card public bank. Mudah. Balik Malaysia terus bayar. 

Tuesday, 24 June 2025

Kos perbelanjaan travel 4 negara..

Yang dinanti.. Berapa total habis?

Secara kasar antara RM23k - RM25k.

Ini perincian sempat catat:

▶️FLIGHT (RM11 819) Public bank
Fllight KUL-UK
Salwa RM2715
Yusran RM2715
Lubna RM2189
Alyan RM2100
Halaa RM2100

▶️Flight TGG-KUL (RM812.58) Public bank
Salwa, Yusran, Lubna RM168.54 x 3
Alyan, Halaa RM306.96

▶️BAS MORAZA RM350 Public bank
RM75 x 5 orang (1 hala) 

▶️HOTEL RM154 - Bank Islam
Hotel Orange RM154

🌎JUMLAH: RM13 135. 58

▶️TRANSPORT LHR-NOTTS
FLIXBUS GB30.90 (RM178.34) 
Salwa & Yusran 30/5/2025 11.40am T2 T3

▶️TRANSPORT NOTTS-LHR
TRAIN £90 = RM512

▶️VISA/ETA UK (£13.45)
RM61 x 5 orang = RM305

▶️FLIGHT EROPAH (£565.45) 
RM3280.80

▶️INSURANS
RM137

▶️HOMESTAY EROPAH (POLAND & WALES) 
RM1720

▶️KERETA SEWA POLAND-PRAGUE
523 PLN = RM610 (sewa, insurans, cross border) 
Minyak kereta RM200+-

▶️PUBLIC TRANSPORT
RM1000+-

▶️LESEN KERETA A/BANGSA
RM150

▶️INTERNET 
RM200 (Kongsi 4 orang) + RM100 depo

▶️MONEY EXCHANGE 
RM150=UAE125
RM250 Poland
RM250 Czech 

▶️MINYAK KERETA WALES
RM250

▶️MAKAN, SHOPPING, TIKET
RM2000+-
Wallaton hall £15
Tram wales £40

------

Grab hirfarisyam RM100
Grab hotel RM200
Tukar duit akih RM250
Tukar duit UAE RM250
Public transport poland RM200












Servis expander 50000km


Alhamdulillah, selesai servis expander pagi tadi. Jam 9.05am kami sampai dan siap jam 9.45am. Amik yang wajib sahaja kos RM279. 

Sementara tunggu kereta siap, kami ke naskeen coffee berdekatan.. 

Selesai kereta dan makan kami ke UniSZA untuk ambil dan beli buku dengan Penerbit.. 

Alhamdulillah, buku saya dan sahabat berjaya diterbitkan. Tunggu. Sebuah buku bertema lagi dan satu artikel scopus untuk kesyukuran seekor kambing. 

Poster buat sendiri.. 

Ini saje nak jalan2 ke ktcc mall pula, singgah richies makan ayam goreng.. 

Belah petang tadi, kami ke rumah sepupu suami yang baru berpindah ke sini.. 

Makan puding roti.. 

Begitulah rutin harian sebelum masuk kerja. Tak lama dah akan sibuk semula. Alhamdulillah ala kulli haal. Rasa sedih untuk keluar bertugas tapi tawakkal alaAllah. Inilah jalan hidupku.