Tuesday, 3 June 2025

Wroclow, Poland

Wroclow, Poland.

5 hari 4 malam di sini inshaAllah. Penat dan jetlag masih ada tapi bukan senang untuk sampai ke sini. Purata suhu siang 23°c, suhu malam 15°c.

Hotel kami duduk di Braniborska 61, 53-680 Wrocław, Poland bawah Legnicka Residence. Sejenis apartment juga. Cantik dan selesa. Ada 2 bilik dgn 2 katil queen..





Satu malam dalam RM300. Puas hati. Alhamdulillah.

Rehat satu hari dan esoknya kami ke Market square & Botanical Garden University of Wroclow, Wroclow, Poland.

Terletak di downtown Wroclow. Umpama bandar warna-warni dengan seni binaan yang dicat pelbagai warna. Dari hotel menaiki uber ke sini dalam 15 minit. Kebetulan datang hari Ahad, agak ramai juga pelancong dari luar. Makanan halal sedikit sukar tetapi ada.

University of Wroclow pula seperti sebuah pekan sama seperti  universiti di UK juga. Berjalan di sini tak perasan sedang melintasi bangunan fakulti-fakulti universiti dengan orang awam ke sana ke mari bersiar mengambil angin hujung minggu.

Botanical garden di university of Wroclow.. 
Dari hotel ke market square kami ambil uber caj dalam 23zlt - 30zlt sehala. Perjalanan dalam 15 minit sahaja.

Ada tram dan bas juga. Dari aiport Poland ke hotel kami sempat naik bas dari airport. Dewasa 4zlt dan kanak2 half price..


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك