Wednesday, 29 April 2015

Missed abortion

Segalanya bermula  pada jumaat lepas bila sy dapati terdapat lendiran spt mukus berwarna coklat sedikit gelap keluar dr nun di bawah sana. Rasa risau tp cek di internet katanya biasa saje dan normal. Lega sekejap. Yg pasti mengandungkan lubna dulu belum pernah sy alami sebarang spotting. 

Tengok hari sabtu pun masih keluar lagi dan semakin gelap pula warnanya. Bila membuang air kecil lendir coklat masih turun keluar tapi tidak banyak. Al-kisahnya hari ahad jam 9 pagi kami ke klinik dr.widad utk scan apa yg sbenarnya terjadi. Sampai di sana tengok ramai sgt patient. Jadi sy xjadi ke klinik dr.widad. Kami pun berlegar2 dgn kereta sekitar tobarbour mencari klinik wanita yg lain. Jumpa sebuah lagi klinik berdasarkan papan tadi yg terdapat pd tingkat tiga bangunan.

Dipendekkan citer lepas turun naik tangga cari klinik tersebut sy masih belum berjumpa dgn pintu klinik! Mengah turun naik tangga sampai ke bumbung bangunan empat tingkat. Suami dan lubna menunggu dalam kereta memandangkan parking pun xde. Akhirnya sy pasrah tunggu esok sajelah ke klinik dr.widad semula.

Tup2 hari selasa jg sy pegi klinik dr.widad. Hari isnin rs malas nk keluar umah tambah lagi sy giat membaca utk imtihan nisfiyy pulak hari semalam. Kebetulan hari smlm 29hb ialah hari sepatutnya sy datang smula utk check-up 10 minggu pregnancy dgn dr.widad. Dtg sehari awal ok dh rasanya sambil cek punca lendiran berwarna coklat keluar.

Sambil menunggu  giliran saya rs xsedap hati. Tiba2 rs sakit seperti senggugut di bhgian rahim belah kanan. Macam2 perkara buruk terbayang dlm kepala. Ya Allah klu benar gugur apa reaksi saya nnt?? Rs cuak. Dingin. Suami dan lubna plk tunggu dlm kereta sbb suami dan anak2 tidak dibenarkan masuk sekali bersama ibu ketika sesi konsultasi di klinik dr.widad. Rs perlu bersedia dr sudut mental tiba2 sblm masuk bjumpa doktor.

Cukup lebih kurang 40 minit menunggu sy dipanggil masuk. Bersalam dgn dr.widad. Ini kali ketiga kami bertemu. Sy citerkan apa yg berlaku bercampur2 dlm b.inggeris dan arab. Terlihat pd riak wajah Dr.widad kurang senang dgn berita yg sy kabarkan. Pasti dia sudah merasa sesuatu yg buruk tlh berlaku berdasarkan pengalamannya yg sudah. Sy jadi gelisah tiba2. Sangkaan sy dr.widad akn mengatakan sbgi normal sj meleset sm sekali. Apa yg di dalam internet tidak semestinya betul! Lain org lain tubuh lain kondisinya. Nampaknya sy perlu ambil iktibar dr pengalaman ini.

Mari kita scan dulu, kata dr.widad. Rs lemah longlai sy bergerak ke arah katil klinik, dlm hati kuat mengatakan baby mungkin dh xde. Dr.widad menggelek scanner pd bhgian bawah rahim sy. Kelihatan ada kantung yg membesar tp kosong sj dan leper. Hati sy berdebar rs mau menangis. Dr.widad berulang kali menyebut lahawla wala quwwata illa billah..hati sy jd sebak tp masih kuat. Tiada daya dan kuasa melainkan Allah. Doktor menukar alat scan utk mengesan denyut jantung janin pula. Subhanallah, 2 minggu lps sy masih boleh melihat kerlipan jantung baby kt doktor. Ttp sekarang sudah tiada. Doktor menggeleng2kan kepala. Sy kelu xtau nk ckp apa. Sedih dan terpana. 

Balik semula ke meja doktor utk menyambung sesi konsultasi seterusnya. Sedih dan fikiran sy melayang2. Tp sy xmenangis. Doktor bagi kata2 semangat. Gugur lebih baik krn dibimbangi melahirkan anak yg abnormal. Terngiang2 kata2 doktor yg ini. Alhamdulillah itu sj yg mampu sy ucapkan dlm hati yg kesedihan smlm. Xmengapalah pujuk hati sendiri. Doktor bg pilihan utk d&c atau gugur sendiri, sy pilih gugur sendiri dan mau berbincang dgn suami dulu sekiranya membuat d&c. Sebelum keluar doktor sarankan utk segera ke hospital aqsa sekiranya rs sangit yg sangat2 di bhgian bawah ari2. Dan sampai sekarang setelah dua hari tahu janin sy tidak hidup masih belum rs sakit yg kuat.

Skrg berdebar2 menunggu bilakah masanya ia akan gugur sendiri. Persediaan utknya belum sy buat sebaiknya. Hari ni nampaknya kena sediakan semua kelengkapan utk berpantang jg nanti. Mungkin dlm minggu ni sy harap janin ini akan keluar sendiri dan seluruhnya ya Allah mudahkanlah ya Allah. Bagaimana ye pantang dgn kelas lg 5 minggu serta final exam awal bulan 6 nnt.

Bila difikir semula faktor stress mgkn mjadi antara penyebab kandungan ini xdpt survive dgn baik. Stress dgn kelas dan imtihanat serta doktor pensyarah. Sy prnh citer dlm entry2 yg lepas. Smpi sy pernah menyebut dgn suami mgkn kandungan ini akan gugur klu sy kekal stress begitu. Akhirnya ia gugur mengundurkan diri. Alhamdulillah ala kulli hal.

Suami pulak jadi lemah serta merta bila tau kandungan sy xmenjadi. Bila sy sedih dia pun turut sedih. Sy mengharapkan kekuatan suami tp rupanya suami jd lemah bila sy lemah dan bersedih. Sbelum2 ini pun mmg sy perasan suami akan stress klu sy menangis atau berada dlm zon marah. 

Jadi selesai berehat dan berbaring bberapa jam dr klinik dr.widad dua hari lepas sy bangkit utk solat asar. Lubna mmg sy xcara dan biarkan dia main sendirian sehingga tertidur. Suami pulak banyak berdiam lps balik dr klinik. Sy tau dia pasti sedih jg, tp sy xboleh lg berada dlm situasi begitu. Selesai solat asar tiba2 dtg satu kekuatan dlm diri. Sy masih punya lubna. Sy pandang wajah lubna dari jauh. Subhanallah sy hampir terlupa anak yg comel dan kuat ini. Sy hanya kehilangan kandungan yg masih sgt kecil. Adakah sy perlu mengabaikan anak yg telah lahir sihat dan kuat serta tlh menceriakan hidup kami suami isteri  spnjang 3 tahun ini smata2 bersedih atas hilangnya harapan yg baru sy kandung 8 minggu ini?

Sy kena ceria sbb sy tau suami akan ceria bila sy gembira. Sy xboleh berharap suami akn menjadi kuat bila sy lemah. Sy berada di alam realiti dan bukan alam tv yg selalu menunjukkan lelaki akan menjadi kuat bila emosi wanita lemah. Suami sy tidak begitu dan sy menerimanya dgn hati terbuka. Sekurangnya sy tau dia akan sedih bila sy sedih dan gembira bila sy gembira.

Jangkaan sy tepat. Bila sy ceria dan senyum semula sy dpt lihat warjah jernih dr air muka suami. Otomatik dia menjadi bertenaga semula. Hah kan dh kata, getus sy dlm hati. Hik2. Jd lps solat asar slps menepis sgla keterkilanan dan kesedihan sy pun memasak laksa terengganu utk makan malam. Asalnya nak masak utk mkn tghari tp sbb lemah dan bersedih jd tertangguh smpi ke lewat petang. Ceria sy masak mcm xde apa yg berlaku. 

Laksa terengganu sy masak dua hari lepas...


Xpadan dgn sedih tu nafsu makan masih membuak2. Huaaa. Kami mkn penuh selera. Suami yg tadinya xbermaya jadi bertenaga tiba2.

Malamnya sy berbaring dgn lubna. Sy cium2 dia macam biasa. Sy gosok2 badan dia. Tiba2 terkeluar dari mulut sy, lubna kuat sebab tu lubna lahir sempurna, adik lubna xkuat sebab tu dia gugur xmau jumpa ummi. Dlm hati berpikir2 mcm mana boleh kt camtu. Mcm jauh hati je dgn kandungan yg gugur ni. Mujur lubna xtanya lebih2 klu xsusah pulak nk explain. Lgpun lubna bukan boleh ckp bnyk pun. Keh3. Tu yg sy ckp merapu2 kdg2.

Pokok pangkalnya kalau Allah kata hak kita akan jadi hak kita selamanya, kalau Allah kata bukan, jaga macam mana pun dia akan tetap pergi. Faktor stress, penat, kromosom tidak sepadan mgkn adalah faktor nyata yg boleh dilihat dr mata kasar. Tp hikmah di sebaliknya kita sendiri kena cara dan rasa selepas dari setiap ujian. Alhamdulillah ala kulli hal.

Doakan kandungan ini akan gugur sendiri sepenuhnya tanpa sy perlu melalui proses d&c inshaAllah. Ya Allah mudahkanlah.



Friday, 24 April 2015

حلقة شهرية usrah bulanan

Usrah bulanan warga amman yg sudah berumahtangga tanpa mengiri peringkat pengajian...

Eh gambar tgh mkn je yg ada. Sbb kami smpi lewat. Kui3...


Kaum lelaki bt bbq di sutuh...


Seronok makan2!

Ok, esok imtihan nisfiy pulak. Berapa bnyk imtihan xtaula. Balik msia nnt sy xmau buat imtihan btulis tuk student, rs nk nilai diorg dgn cara lain yg lebih praktikal. Tunggu dan lihat.

Wednesday, 22 April 2015

Selesai imtihan kafaah semalam...

Alhamdulillah lega selesai menduduki imtihan kafaah spanjang dua hari berturut-turut. Pengalaman exam dgn org arab mmg kelakar. Nak tentukan tempat duduk pun doktor boleh bergaduh dgn student. Suasana imtihan yg biasanya penuh dgn protokol, sunyi menjadi sebaliknya. Bingit suara doktor memarahi seorang pelajar lelaki yg enggan beralih dr seat pilihannya. Padahal student tu cakap dgn elok je tapi doktor tu mungkin jenis yg cepat marah dan rasa tercabar. Macam2. Gitulah org arab. Xde yg pelik dan mustahil.

Sekarang ni adalah fasa terpenting utk berterusan menunaikan solat hajat dan berdoa agar Allah bukakan hati para dakatir utk meluluskan kertas saya dan rakan2. Xsanggup utk mengulangnya utk kali kedua. Capek rasa. 

Eh, nak cakap sikit pasal org2 yg suka wish birthday anak2, ibu ayah, suami dan org tersayang yg lain kat wall facebook. Pelik. Nape xucap dgn lafaz saje secara berdepan? Lagi2 klu pasangan dan anak masing2 memang duduk serumah. Duk karang ucapan macam masing2 duk jauh berpuluh batu. Nampak macam kurang cerdik ucap dekat facebook di wall sendiri pulak tu. Tolonglah rakan2 yg membaca ni jgnlah buat macam tu. Selagi boleh bercakap bertentang mata wish sajelah secara bersemuka & xperlulah buat karangan ucapan di wall fb. Kalau wish pendek2 tu mgkn biasa saje. Tapi sampai dua tiga perenggan karang ucapan pada org yg mungkin tgh duk sebelah kite je macam mengarut je.

--------

Kunafah arabiyyah...



Sedap yg amat! Manis berlemakg dan rasa lemak susu kambing! Sape xpernah makan memang kena try. Ada banyak lagi halawiyyat arab di sini. Belum masuk muajjanat dan mukassarat. Pulang msia nanti kami pasti rindu dgn makanan di sini. 

Nasi goreng pagi tadi. Buat 2 jenis ...



Yg putih ada cili kering dan cili api utk sy. Yg kuning utk suami dan lubna.


Monday, 20 April 2015

Berasap kepala...

Hari ni rasa panas dalam kepala. Tepu. Berat. Senak mata. Agaknya sebab dh penat mengadap buku hampir tiap hari sejak 2 bulan lepas non stop!

Esok adalah hari yg dinanti2kan. Hari2 berdoa mohon Allah mudahkan perjalanannya.

Petang td rs kurang sihat badan dan kepala. Kebetulan tekak rs nak makan manisan dan biskut. Jadi kelaur sekejap ke areefa mall berdekatan...


Makan tengahari ini...


Esok imtihan kafaah jam 12-3petang. Harus dtg 30minit awal utk tahu dewan imtihan. 

Ok, nak berehat. Doakan saya.


Thursday, 16 April 2015

Taslim tolab li imtihan kafaah

Hari ni sy hantar borang utk imtihan kafaah. Alhamdulillah...


Untuk dapatkan cop dan tandangan bahagian kewangan tu sampai 3 bangunan saya turun naik. Teruk betullah buat kerja dengan arab ni. Mula2 suruh pergi ke bangunan A, Sampai situ tiba2 pegawai suh pergi ke bangunan B pula, lepas nunggu dalam 15 minit pegawai tu kata bukan kat sini cop kena pegi bangunan C pula. Ya Allah. Sabar sajelah. Jarak antara bangunan tu kalau jalan kaki mau setengah jam dengan jalan membukit dan tangga tembok cina. Mujur ada kereta dan suami setia menghantar saya ke sana ke mari. Last sekali  barulah antar borang ini ke qism manahij wa tadris, Jadi sy berjumpa dgn raisah qism. Borak sekejap dgn dia sbb dia tanya pasal satu muktamar di Malaysia. Bila sy nak hantar borang tu, tiba2 doktor cakap xboleh hantar lagi. Kena hantar dua hari sebelum imtihan. Waaa. Penat je ke sana ke mari. Jadi hari nilah sy datang semula ke jamiah utk antar borang yg sempat sy pegang beberapa hari di rumah.

Macam tulah duk kat negara Arab ni xleh nak expect the best sentiasa. Ada saje dugaan dan ujian menanti. Mudah yg itu, sukar yg ini. Bahagian yg kita rasa mudah boleh siap dalam masa beberapa minit, tapi jadi rumit pula turun naik bangunan atau berpindah dari satu bangunan ke bangunan yg lain atau menuggu sampai berminggu2. Bahagian yg kita rasa rumit kadang2 jadi mudah. Yang pasti kena bersedia mental utk kesukaran yg bakal ditempuhi.

Ok rasa mcm xpercaya lg beberapa hari imtihan kafaah akn berlangsung, rs risau sekiranya terdapat doktor yg bersikap bias memberi markah. Tahun lepas shj ada 3 pelajar asing yg gagal dlm imtihan kafaah ini. Entahlah. Tawakkal pada Allah. Itu juga nasihat rakan2 Arab di sini. Suami turut menyokong. Kata suami drpd sy risau takut gagal lebih baik sy membaca dn membaca. 

Sy masih lagi belum dpt memasak sepenuhnya. Antara  masakan suami iaitu ayam percik ayamas dan nasi perisa nasi ayam yg sgt sedap...


Sedap sgt.

Mee bandung adami. Sebab dah siap rencahnya maka yg ini sy masak utk makan tengahari semalam...


Pizza makan malam ini...suami buat gn saki baki roti prata dan bakar atas kuali ajaib. Sedap sgt...


Ada kisah lucu ptg tadi. Suami belikan tembikai stlh sekian lama xmenjamah tembikai di sini. Sy suka makan tembikai dgn kuah rojak kacang mak bee yg sy bawa khas dr msia. Sedap sgt (berapa kali perkataan sedap daaa). Suami pun tahu sy suka makan tembikai cicah dgn kuah rojak ni. Tapi sebaliknya suami xsuka. Setiap kali sy sebut betapa sedapnya makan tembikai dgn rojak mak bee mesti suami akan buat muka yek yek xsedap, langsung xmasuk, xkena seleralah, xpatutlah makan tembikai dgn  rojak mak bee, iyekkkk suami buat gaya nak termuntah. Cehhh.

Jadi petang tadi mcm biasa sy makan tembikai dgn rojak mak bee, suami mula2 tengok aje. Tiba2 dia minta sikit. Colek sekali, colek dua kali. Sy dh mula sengih2. Baru dia tau penangan rojak mak bee dgn tembikai. Lama2 makin bertambah suami makan tembikai cicah dgn rojak mak bee. Haaaaa, apa lg sy pun mula gigil2 ketawa, kan dh cakap sedap. Kah3. Abang kata xsedap nape abang makan bertambah?! Saje je tanya nk suh suami malu. Keh3. Sengih2 suami. Xtau nak jawab apa gamaknya ha3. Selama ni suami asyik mendownkan isterinya makan tembikai dgn rojak mak bee xpatut langsung. Hari ni baru dia tau kenapa sy suka sgt. Hik3. Suami siap ckp kalau mcm ni sedap bukan setakat beli satu, tambah beli dua rojak mak bee dari msia nnt. Ha3. Kami berhajat nk import brg2 kering dr msia melalui kargo kapal bulan depan inshaAllah. 

Ok, penat menulis. Tata.



Tuesday, 14 April 2015

Kuih tradisional org dulu2

Kuih2 ni bukan sy yg buat tapi suami buat kerana mengidam. Ha3.

Kuih kato. Yg ini pertama kali sy makan seumur hidup. Suami citer dulu2 waktu kecil selalu makan. Tapi skrg rsnya xprnh jumpa org jual....


Rasa boleh tahan sedap. Bahan utama tepung pulut, kelapa parut, beras pulut yg digoreng tanpa minyak dan sirap gula melaka.

Yg di bawah ini pula kuih tradisional lopes..yg ni pun sy suka. Suami jg yg buatkan...


Duduk jauh dr malaysia membuatkan kami jd rajin utk cuba resepi2 tradisional yg xpernah pun kami buat sewaktu tinggal di malaysia. Itulah uniknya hidup di perantauan. Walau pun kdg2 rs sedih dan rindu pada tanah air, sekurangnya dpt masak dan makan spt di msia sudah cukup mengubat rasa rindu.

Ini menu tenghari tadi. Nasi goreng ikan bilis dan cili kering utk saya. Utk suami dan lubna sy goreng nasi goreng ayam berasingan...


Menu malam tadi. Xkira nak letak juga...


Bila penat membaca, tengok makanan jd semangat dan segar semula. Lagi2 bila makan dgn ahli keluarga tersayang. Tengok suami dan lubna makan dgn berseleranya rasa cukup puas hati dan gembira. 

Alhamdulillah hari ni alahan penat, pening kurang sikit berbanding beberapa hari lepas. Yg pasti bila rs lesu sy akan minum 2 kali air madu dan delima. Rasa segar bugar dan hilang pahit di tekak. 

Ok, smbung murojaah ye umm lubna.

Monday, 13 April 2015

Scan kehamilan kali kedua مراجعة الحمل

Berat rs kepala. Lagi beberapa hari imtihan kafaah  (Performance test utk pelajar PhD) akan sy duduki. Semalam baru sj selesai mendaftar utk imtihan tersebut. Hari ini pula ke klinik utk scan perut kali kedua. 

Hasil ultrasound scan hari ini. Rsnya scanner di klinik dr.widad ni xberapa canggih...


Nampak yolk sac dan bayang2 fetus. Heartbeat baby pun sudah kelihatan kt doktor. Alhamdulillah. Lagi dua minggu dtg lagi utk amik darah, uji air kencing dll. Ingatkan hari ni doktor nk bt prosedur sume tu, mungkin sbb kandungan pun masih sgt kecil lagi.

Ok, rs berat kepala, tawar tekak dan nak tidur shj. Tp kena kuatkan semangat dan diri. Minggu depan 2 hari berturut2 imtihan kafaah dan midterm exam utk madah taqwim.

Spnjg beberapa hari ni sy xberapa masak. Suami yg bnyk masak. Alhamdulillah suami dh pandai masak bnyk masakan. Lebih ringan beban yg sy rasa sepanjang kehidupan sbgi pelajar di sini.



Permata hati kami...


Suka tengok muka lubna tidur. Waktu nilah sy dan suami akan cium dia puas2 sbb dia xngelak. Klu waktu sedar bukan main susah nak cium pipi dan mulutnya. Geram ummi kihkoh...


Genap lubna 3 tahun inshaAllah akan punya adik sekiranya dipanjangkan rezeki dan umurnya serta saya.

Thursday, 9 April 2015

Semakin dewasa semakin perlu memilih kawan

Naluri hati kita sebagai manusia tak pernah menipu.

Saya ada sebuah naluri yg akan memandu sy dengan siapa saya patut berkawan dan percaya dengannya, dan dengan siapa saya sekadar berteman untuk bicara dan tidak lebih dari itu. Rasanya sume orang memiliki naluri ini samada sedar atau tidak sedar shj.

Selalunya saya abaikan naluri ini pada awalnya kerana takut akan membuahkan tingkah laku berat sebelah dari sisi saya serta buruk sangka pada orang. 

Tapi rupanya naluri awal itu tidak selalunya salah. Berulang kali mencari sisi kebaikan yg ada pada mereka, apabila telah wujudnya hubungan mesra tapi akhirnya kerap kali akan berakhir dgn noktah perbezaan yg merenggangkan. Waktu tulah hati akan berdetik, patutlah saya tak gemar dengannya pada awal pertemuan dulu. Walau xpernah kenal tapi hati sudah tidak berkenan. Bila sudah berkawan, rupanya tidak boleh diboleh dijadikan rakan melainkan sbgai kenalan biasa sahaja.

Siapa kawan yg kita percaya? Umumnya semua orang akan menjadikan orang yg setia sebagai rakan karibnya. Setia menjaga kemaslahatan rakannya. Mempertahankan keburukan rakannya atas alasan membantu menutup aib rakannya. Tidak semestinya selalu berbahagia pada kejayaan yg diperolehi rakannya tapi cukuplah dgn tidak merendah2kan kejayaannya. Diam itu lebih baik bila tidak mampu memuji.

Susah utk punya dua rakan karib. Jadi pilih sahajalah satu yg paling setia di sebalik kekurangan yg dia ada kerana kita juga pasti ada beribu kelemahan yg dia juga mungkin xsuka.


Tuesday, 7 April 2015

Makanan cina

Smlm teringin sgt makan mee lamia. Jadi keluar ke majdi mall sblm zuhur lagi.mada sebuha kedai cina halal di jordan ni. Rasa makanan boleh tahan sedap pemilik restoran adalah bekas pelajar uia dulu dan pernah menjual mknn cina jg ketika di uia dulu. 

Antara menu yg ada...


Sedap sangat terutama mee sup tu.

Ok, hari ni sy malas nk masak. Jd suami yg masak utk makan tghari. Pagi tadi kami dh makan bijiran dgn susu. 

Air tangan suami...


Sayur tu rs macam sup sayur di kedai. Sedap sgt. Terima kasih abang.

Ini nasi goreng malam tadi. Malas sungguh nak Masak lebih2. Bt apa yg mudah saje...


Ok stop pasal makan. Sambung baca lagi. Duk sini makan, baca, makan, baca je kerjanya. Bes jgk ye. 


Sunday, 5 April 2015

Program aqiqah anak2 pelajar PhD

Malam jumaat baru ni kami semua berkumpul di markaz aitam di sweileh sempena majlis aqiqah 3 puteri pelajar phd di sini.

Jemputan utk semua pelajar malaysia yg berada di amman...




Nasi arab kambing yg ditempah di restoran dan kari ayam malaysia masakan emak hanilah. Sedap betul gandingannya. Karipap yg sgt sedap, kek, dan roti sosej. Sambil mkn sambil borak sonok betul sekali sekala.

Sedap betul rasa semua tmbh lagi tgh puasa hari ni mcm2 terliur nak makan. Hari ni hari last sy ganti puasa inshaAllah.

Menu buka puasa sy bt rendang , ikan sweet sour taucu, pulut kuning, jelatah dan suami bt sushi...


Pinggan saya...


Dah lama xmkn rendang dgn pulut kuning, sedap betul. Pulut ni sy masak dlm microwave sj. Senang.

Malam ni sy rs letih sgt badan. Rs mual. Sengal. Risau jg ni imtihan semakin dekat. Allahu mustaan.


Friday, 3 April 2015

يا له من كسل...

Semenjak tiga menjak ni rasa malas sangat2. Terutamanya malas nk bangun dr tidur. Terkebil2 baring malas nk bt apa sj tmasuk memasak. Nk membaca pun sambil meniarap atas tilam. Pdhl dua tiga minggu nilah paling bnyk keja kn buat. Dgn presentation dan imtihan nisfiy serta kafaah lg dua minggu dr skrg.

Nak bt mcm mn ye?? Ni akibat bawaan ibu mengandung atau mmg azali malas??

Nak kemas umah pun malas, nak bercakap di whatspp pun malas. Rs nak santai je xbuat apa2:

Ok, malas nak taip.

Mknn org malas...



Klu ikut kiraan minggu skrg sy baru 6 minggu hamil. Jauh lagi perjalanan. Skrg nk berehat puas2 dulu. Tidur malam tanpa gangguan baby kecik. Tahun dpn bulan macam ni pasti sgt memenatkan semula. Jaga lubna dr lahir smpi dia berenti susu badan umur 2 tahun 2 bulan sgt memenatkan. Tidur mlm xprnh lena. Sekarang rutin sy dh semakin baik bila lubna dh berenti bf dan semakin menghampiri usia tiga tahun. Sy dh boleh berehat bnyk dr sebelumnya. Alhamdulillah.


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...