Saya suka membaca bab pengurusan kewangan. Selain dari bab memasak, menghias, bahasa Arab, bab kewangan is my passion.
Hari2 mencongak bagaimana nak buat penjimatan, menyimpan dan menjana kewangan.
Orang kata semakin besar periuk, semakin besar keraknya. Betullah tu. Bila ada duit lebih mula berangan nak beli itu ini. Nak tengok samada dah melampui tahap kemampuan, kena senaraikan perbelanjaan sebulan.
Senarai komitmen tiap bulan:
Rumah RM1200
Kereta RM950
Tanah RM1022
Cukai RM350
TH RM500
Insuran RM110
Khairat RM5
Mak ayah adik RM200 (purata)
Elektrik RM120 (purata)
Air RM8 (purata)
Internet RM140 (purata)
Prepaid RM30 (purata)
Minyak kereta RM500 (purata)
Pasti RM50 (tetap)
Makanan RM1600 (purata)
Cuba totalkan. Lebihan duit biasanya saya akan simpan di akaun lain @ masuk TH sendiri, suami & anak2, beli kelengkapan rumah & sedeqah.
4130 + 2650 = 6780 (congak dalam kepala, malas nak buka calculator).
Bab minyak kereta dan makanan memang melampui batas😂. Kereta hanya satu ulang alik sana sini, balik kelantan tiap bulan, balik marang. Kadang2 pernah cecah hampir RM600 sebulan.
Bila rasa nak berjimat saya akan cut pada bahagian minyak kereta dan makanan. Saya akan pandu sendiri ke tempat kerja bila lubna cuti sekolah. Saya akan kerap memasak dan berhenti beli kelengkapan rumah sehingga masuk next gaji dan saya akan kumpul dan mula berbelanja semula dengan senang hati. Walau hati meronta2 nak beli tapi kena ajar sikit nafsu, biar dia tunduk pada kemampuan kita. Kad kredit walau ada di tangan saya akan bayar penuh sebelum due date untuk elakkan penalti. Tak buat easy installment sebab akan menggalakkan lagi nafsu berhutang dan membeli.
Saya buat dua akaun, walau pun dah sedia buat potongan ke TH saya masih menyimpan untuk kegunaan lain seperti bayaran zakat akhir tahun, insuran kereta, servis kereta dll dalam akaun kedua. Akan sebolehnya elak guna simpanan TH.
Setakat ni masih mampu menanggung semua komitmen tanpa melibatkan duit suami. Saya prefer suami simpan duit hasil untung bisnes dia untuk kegunaan dia masa mendatang memandangkan dia bisnes sendiri takde pencen kemudian hari. Saving untuk keperluan dia & belanja keluarga kecil kami mana yang dia mampu.
Takpelah saya bersyukur Allah dah bagi rezeki lebih pada saya. Bila kita yang beli, kitalah yang punya ye dak. Hehehe. Bab barang tak berapa suka berkongsi. Biar fully atas nama saya atau milik saya selagi mampu. Berlaku apa2, memang milikan sendiri semuanya.
Post ni adalah rentetan dari semalam baca dalam KRT seorang isteri mengeluh duit tak cukup walau dah gabung pendapatan suami isteri RM8k sebulan. Suaminya gaji 5k, isteri 3k. Mengadu dia banyak berhabis belanja dari gajinya dan suami yang agak kedekut & banyak berhabis untuk hobinya. Biasanya ni kes beli melebihi pendapatan. Nak keta besar, umah besar, barang mahal. Kalau belanja beli barang terpaksa gabung gaji suami isteri maksudnya belum mampu lagi.
Pendapatan isi rumah bawah 10k sebulan belum dikira kaya pada pandangan saya. Itu adalah pendapatan golongan pertengahan. Tak kaya tak miskin. Jadi kena sedar diri bila berbelanja. Kita bukannya dari asal usul keluarga tan sri datuk seri, bukan ada empayar bisnes untung belas dan puluh ribu sebulan, tapi hanya mengharap gaji bulanan yang seciput itu.
Kalau mak ayah masih guna kereta buruk, duduk rumah lama walau pun kita dah ada keta lebih besar, rumah lebih besar maknanya kita belum cukup kaya. Itu kayu ukur makna kaya untuk saya. Jadi saya belum kaya sebab belum mampu beli kereta baru untuk mak ayah, belum mampu renovate rumah mereka dengan duit sendiri. 😔