Tuesday, 30 October 2018

Pasang jubin garaj

Keluasan 20 x 15 kaki
Jubin 2x1 RM3.50 x 152 keping
Simen RM16 x 4 beg
Simen RM15 x 4 beg (ambil sendiri)
Gam pasir Rm28 x 2 beg
Upah RM400

Alhamdulillah siap dalam masa satu hari. Mula jam 9.30 pagi, siap jam 2.30 petang. Tiga pekerja yang buat. Cuaca pun kering sepanjang hari. Mendung kadang-kadang.

Jubin beli di kedai Shenion, simen pula beli di kedai berdekatan rumah. Kami malas nak design corak jubin takut pening kepala. Tapi bila tengok jubin lantai bercorak cantiklah pulak. Takpe ada banyak lagi kawasan perlu dijubin. Boleh plan sikit-sikit.

Plan seterusnya nak pasang pagar baru. Nak cari yang murah sahaja. Satu masa kalau kena pindah Besut tak terkilan sangat rumah ni perlu dijual.

Anak kedua dah 20 bulan. Lancar sebut perkataan terutama suku kata di belakang. Ahlid (walid), immi (ummi), ahpang (abang), ahkak (akak), ahtok (atok), neney (nenek), kaman (uncle aman), akut (takut), uhjan (hujan), ahkit (sakit), nanak (taknak), ukak (buka), bihmillah (bismillah), dan banyak lagi.

Merdu je dengar kat telinga kami. Lunak je suaranya. Bertubi-tubi ummi cium sebab geram comel sangat sebutan dan memek mukanya hihik.




Thursday, 25 October 2018

Kemas rumah lagi

Kemas bilik pakaian yang asalnya adalah bilik komputer suami serta stor barangan perbadinya.

Dulu dan sekarang...

Kemas sikit-sikit. Saya sidai baju dalam bilik ni saja. Kadang sidai di ruang makan atas kerusi. Malas nak sidai luar haha. Yelah sebab basuh pun banyak waktu malam. Pagi hari fokus buat benda lain sebelum pergi kerja. 

Thursday, 18 October 2018

Benci

Benci dengan sifat pura-pura.

Depan lain, belakang lain.

Luar lain, dalam lain.

Tuesday, 16 October 2018

Anne syarley

Ini cerita kartun yang saya cari untuk ditonton dalam kelas pidato dan debat Arab. Akhirnya saya terjebak. Dari satu episod sehinggalah ke episod 21 hari ni. Hihi. Panjang lagi ceritanya.

Cerita ni dah dialih bahasa ke bahasa Arab. Bahasa yang cantik, jalan cerita kehidupan yang sangat menarik. Sarat dengan moral dan semangat.

Saya jatuh hati padanya.

Berkumpul di Raub

Raub tempat mak dilahirkan. Di situ kebanyakan ahli keluarga cina mak tinggal.
Baru ni kami adik-beradik bersama ahli keluarga masing-masing berpakat untuk bercuti dan berkumpul bersama. Saya, mak dan kakak bertolak dari Terengganu, adik lelaki sorang dari Melaka dan seorang lagi dari Johor bersama keluarga masing-masing.
Kami booking empat buah roomstay di pekan Raub. Sangat menarik boleh pancing ikan lagi dan free. Dapat 4 ekor ikan patin kami masak tempoyak pada hari terakhir di sana. Alhamdulillah.
Malam pertama keluarga cina mak datang ke roomstay kami. Kebetulan ada lebihan lauk pauk rendang ayam, sambal ikan ayer, ayam tumis tomyam, sambal tumis tempoyak petai jadi santapan tetamu. Semua kami masak dari rumah masing-masing sebelum bertolak ke raub.
Hari kedua kami ke lata jarum mandi-manda dan makan berkelah. Malamnya abang mak belanja makan di restoran azmi steam tempoyak. Memang sedap steam patin kt sini. Sgt lazat dan lain dari yg lain. 
Gembira bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. Hati rasa penuh. Sekarang saya kena letakkan keluarga adalah no 1 dalam hidup saya, & kerjaya masih keutamaan tapi cukup sekadar membuat tugasan hakiki. 32 tahun mengejar cita dan harapan sehingga selesai PhD, sekarang masa untuk menuai dan menambah hasil sekadar mampu.
Saya ingin kehidupan yang tenang. Rasa yang damai. Ingin bekerja dengan bahagia. Bersaing dengan diri sendiri bukan orang lain. Bila masuk kelas rasa gembira. Pelajar rasa bahagia. Rasa berjaya walau biasa saje.
Sekitar cuti-cuti Raub...

Saturday, 6 October 2018

Rasa nak renovate garaj rumah

Lantai garaj rumah dah agak teruk. Pecah-pecah pada tepi longkang. Nak kena cari tukang untuk sebut harga. Kalau boleh nak bawah 3k sekali dengan kos barang.

Pagar pun kena tukar. Berkarat2 sudah. Kos pagar pun nak cari bawah 3k. Jenis elektrik dan simple.
Semalam motor elektrik utk kanak2 sampai rumah. Skynet yang hantar. Rasa lega dan gembira. Lama dah lubna minta. Asalnya minta kereta tapi ummi rasa better motor sebab lebih kecil dan sesuai nak main dalam rumah.

RM200 beli di lazada. Lebih murah berbanding di kedai rata2 atas RM300 utk jenis ni. Kena caj bateri 4 jam dan boleh guna straight antara 40 minit-1 jam.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...