Ahlan wa sahlan! Ini adalah blog peribadi saya dan keluarga sepanjang berada di Amman, Jordan. Semoga bermanfaat untuk semua!
Wednesday, 23 January 2019
Cat ruang tamu
Wednesday, 16 January 2019
Dunia tempat ujian
Ujian bekerja berbeza dengan ujian belajar. Tapi perasaan bebanannya masih sama. Tiada seorang yang bebas dari diuji selagi hidup.
Terimalah. Alhamdulillah.
Untuk setiap kata-kata, perbuatan dan sangkaan orang yang menyinggungkan biar Allah yang membalasnya. Cepat atau lambat balasannya pasti ada.
Bila buat jahat hati akan sentiasa gelisah. Hilang nikmat tenang bila asyik gelisah dan susah hati kerana banyaknya hati yang disakiti.
Saturday, 12 January 2019
Potluck di pejabat
K.ti ajak buat potluck setelah sekian lama aktiviti ni terhenti sejak masing-masing sambung belajar. Teringat kenangan dulu kami mengagih giliran memasak dan makan sama-sama di atas lantai bilik pejabat. Seronok dan makan dengan banyak sekali.
Khamis baru ni saya masak tomyam dan kti masak nasi dan sayur. Ajak syikin dan k.zan sekali. Hasilnya...