Sunday, 24 February 2019

Bersih kemas

Masa saya kecil rumah mak abah takdelah kemas dan bersih sangat. Adik beradik tujuh orang main siang malam macam tongkang pecah dah rumah kata mak.

Tapi semakin saya membesar semakin saya sukakan sifat kemas sedap mata memandang. Sehinggalah sekarang bila dah ada anak dua, rasa semakin kuat tekanan sebab sepahan anak-anak selalu jadi cabaran kesabaran.

Sekarang masih mampu mengemas, kadang terfikir bila dah tua nanti dah tak larat atau sakit siapa yang nak diharapkan mengemas. Anak-anak mesti dah keluar mengikut haluan masing-masing. Nak harapkan suami, iso kebersihan dia tak sama dengan saya. Kui2.

Entahlah. Kena ambil mudah nampaknya. Bila semakin tua rumah perlu semakin lapang. Hanya barang penting saja yang tinggal. Senang kalau nak mengemas bila tak berapa larat.

Macam mana orang lain ye. Ada yang macam ok je walau rumah bersepah sebab anak-anak. Memang salute dengan orang begini. Tak stress mengemas hari-hari. Tinggi sungguh kesabaran. Nak try ikut. Biarlah asal anak bahagia bermain.

Taapiiii mainan sepah takpe, jangan makanan yang tumpaaaah. Haha.

Saturday, 23 February 2019

Update blog sekali seminggu

Payah dah nak update blog setiap hari berbanding masa sambung belajar dulu. Rindunya masa tu Allah saja yang tahu. Yang tengah sambung belajar lagi-lagi di luar negara nikmatilah tiap saat anda di bumi orang. Segala yang pahit akan berlalu pergi. Hanya yang manis kekal dalam hati dan ingatan.

Hari ni saya cuti sebab demam akibat ulcer sejak khamis malam baru ni. Sakitnya Allah yang tahu. Malam saya menangis merintih sebab sakit sangat bahagian tekak dan badan lain terasa seperti ditumbuk-tumbuk. Jangan main-main dengan ulcer atau tonsil. Selagi dia tak surut selagi tulah kita akan demam panas yang teruk.

Kerna tak tahan, petang jumaat saya ajak suami ke klinik Intan. Rasa hopeless nak bergerak bersiap naik kereta. Sakit yang amat. Mata dan kepala sangat berat. Tekak tak boleh telan air atau makanan walaupun perut sudah berbunyi kelaparan. Kadang-kadang berzikir Allah Allah untuk redakan rasa sakit. Berkesan alhamdulillah. Ia mengingatkan saya bahawa zikir ketika sakit berat itu paling Allah suka dari merintih mempersoal kenapa diberi sakit.

Tapi saya sebagai manusia kadang terlupa, bila sakit menangis-nangis dulu kemudian baru ingat untuk berzikir. Malunya pada diri.

Doktor bagi saya ubat demam, antibiotik, spray ulcer, pencuci mulut. Sakitnya menunggu giliran sampai rasa boleh baring atas kerusi menunggu di klinik. Tapi sebab malu jadi buat-buat kuat. Padahal dalam badan dah bergolak seperti letusan gunung berapi. Terfikir alangkah bagus kalau ada bilik baring rehat sekejap sementara tunggu doktor panggil.

Hari ni sudah agak lega..tapi masih ada sisa-sisa sakit. Harapnya takde penyakit berat memandangkan saya kerap juga rasa pening dan hanyut sebelum ini. Minggu depan nak buat check up darah inshaAllah.

Oklah ini gambar sepanjang minggu ni. Midah datang ke ofis saya rabu baru ni...


Masak rendang itik masa mak abah singgah di rumah...


Bawa anak bermain di giant G.Badak. RM7 untuk hari biasa. RM10 caj hari minggu.


Update seterusnya minggu depan pulak rasanya.



Saturday, 16 February 2019

Cerita ceritu

Buat stimbot bersama anak-anak di rumah
 Bukan main seronok anak sulung, macam picnic katanya. Gembira bila tengok anak gembira. Kisah minggu lepas...


Makan pizza di rumah emak dengan kakak sekeluarga semalam...


Rendang itik jamumak ayah & adik lelakibaru pulang dari Langkawi hari ini...


Banyak cerita sampai tak sempat nak catit dalam blog. Gambar pun berterabur. Takpelah yang pasti gambar makanan kembali menghiasi blog ini hihihi.

Alhamdulillah nikmat Allah bagi boleh makan apa yang disukai tanpa keluh-kesah. Nikmat apa lagi yang selalu kita manusia nafikan.

Wednesday, 13 February 2019

Terengganu-Kelantan-Kedah-Kuala Lumpur-Melaka

6 hari bermusafir penat yang amat. 5 malam di tempat yang berbeza. Paling seronok ialah di chalet kontena Melaka.



 Makan cendol, abc, laksa penang & bihun sup di warung kecil di Sanglang. Sedap yang amat!

Makan petang di homestay terakhir di Sepang sebelum hantar adik ke KLIA berlepas ke UK...


Kenduri belah sepupu suami sambut menantu di Sanglang, Kedah...


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...