Kalau dapat disenaraikan sekarang bebanan tugas yang perlu dipikul dan kadang terasa berat dan menyesakkan:
Mengajar, urustadbir kursus mengajar
Menyelaras siswazah
Penyeliaan ijazah & siswazah
Menulis artikel
Mengetuai geran penyelidikan
Ahli geran penyelidikan
Ajk-ajk peringkat jabatan dan fakulti
Mentor mentee
Ketua buku bertema
Panel penulis buku pdp
Keluarga sendiri
Pelajaran pendidikan anak-anak
Keluarga mak ayah adik-beradik
Keluarga belah suami
Rumahtangga
Diri sendiri
Nampak macam sikit tapi beban tugas yang ada membantutkan kreativiti dalam pengajaran. Rasa bersalah pada pelajar kerana tidak dapat memberi yang terbaik. Bersyarah sekadar melepaskan batuk di tangga. Walhal dulu saya tak suka dengan pensyarah yang membosankan. Sekarang saya pula membosankan pelajar. Dan saya sendiri bosan dengan cara saya. Perlukan perubahan inshaAllah bantulah ya Allah.
Antara idea yang boleh dilakukan:
Youtube pengajaran
Quizziz.com
Youtube pengucapan awam