7 Ogos 2020 (Jumaat)
Sakit bawah abdomen mula jam 7 pagi lebih kurang sehingga maghrib. Masa ni boleh lagi ke sana ke mari urus rumahtangga. Rasa berdebar takut terberanak dalam masa terdekat. Pergi ke klinik intan cek bukaan tapi masih tinggi dan tiada bukaan langsung.😂
8 Ogos 2020 (Sabtu)
Siang hari hilang sakit kontraksi tapi mula jam 7 malam ke atas rasa sakit menyerang kembali. Kali ni sakit bawah perut dan pinggang belakang. Sakitnya memang dah rasa macam nak beranak tapi masih boleh bertahan. Jam 11 malam ke klinik intan cek bukaan tapi klinik minta terus ke hospital besar sebab dah ada lendir darah dan coklar yang keluar.
Hantar anak-anak ke rumah emak abah dan bergegas ke HSNZ. Jam 12 malam lebih rasanya, lepas doktor cek bukaan dan kena admit wad sebab kontraksi makin kerap dan bertambah menyakitkan. Rasa tak keruan. Hilang sudah malu. Bukaan 2cm masa ni.
Suami settlekan urusan daftar sementara saya dicek oleh doktor. Perlu ke kaunter pendaftaran di bangunan tengah hospital kalau daftar selepas waktu pejabat atau cuti am. Kemudian ke kaunter bangunan ibu dan anak pula untuk proceed ke wad.
Admit di wad 4A. Kelas pertama tapi sebilik ada 4 orang. Oklah sebab wad baru dan masih cantik.
Tapi hampir sejam lebih juga nak boleh dapat masuk wad. Tahan sakit di kerusi menunggu di ruang legar hospital bersalin ibu dan anak😂. Seksanya. Jam 2 pagi lebih kurang masuk wad dan cepat-cepat salin pakaian hospital dengan bantuan misi.
Suami tak dapat menunggu lama. Tapi saya dah bersedia andai suami tak dapat berlama-lama. Hospital kerajaan begitulah prosedurnya.
9 Ogos 2020 (Ahad)
Sakit bertambah tiap 3-5-8 minit sekali. Habis besi katil saya genggam tiap kali sakit. Doa nabi Yunus saya dapat lafaz dalam hati sahaja. Selebihnya Allahuakbar yang mampu terucap. Air ketuban pecah sikit masa menahan sakit kontraksi. Tiap kali doktor masuk cek saya akan minta czer. Tapi tak dilayan😓.
Dalam jam 8 pagi lebih saya ditolak ke labour room walau bukaan masih 4cm. Doktor dan misi nak tolong saya bersalin cepat akibat melihat keadaan saya yang macam tak waras bila sakit menyerang. Habis tudung renyuk2. Rambut habis terkeluar. Suami dapat masuk ketika di labour room. Lega. Sebak. Tapi sakit kontraksi masih tak berkurang. Makin menyakitkan apabila diseluk. Serik.
Tengok suami pun tidak keruan. Menunggu bilalah saya akan bersalin. Dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang baru 6cm bukaan. Sakit tak tertanggung. Kadang rasa nak muntah. Tak lama doktor lain masuk cek ctg dan keadaan saya. Emergency ceaser dengar sayup-sayup. Alhamdulillah saya panjatkan dalam hati. Saya tak kuat menahan sakit kontraksi yang lama😔.
Prosedur masuk ke OT dua jam juga. Seksanya menunggu untuk dibius kerana sakit yang menyerang. Epidural dah tak menakutkan. Malah saya tak sabar dicucuk biar hilang segala sakit.
6.50pm lebih kurang dibius di bawah belakang badan sambil duduk memeluk bantal. Tak boleh bergerak bila dicucuk. Misi yang pegang bahagian belakang saya bercakap-cakap dan bergerak sikit, pakar bius boleh kata saya pulak yang bergerak. Aduilah rasa nak menjawab je misi yang gerakkan badan saya. Rasa pedih bila ubat dicucuk masuk. Tak lama rasa kebas dari bawah dada ke kaki. Cuba genggam jari kaki dan tak boleh. Masa tulah doktor mula menoreh perut. Tak rasa apa kecuali sekali sekala terasa sentuhan doktor dan gegaran.
7.05pm bayi dikeluarkan. Jam 7.50pm siap jahit semua. Alhamdulillah. Tapi sebab fetal distress, bayi terberak dan ada kesan najis pada mulut. Ditahan di wad bayi untuk dipantau doktor. Risau. Misi tunjuk wajah baby. Ya Allah comotnya anak ummi haha ni mesti stress tak kuar-kuar dari pagi semalam ummi menahan kontraksi. Kita di luar menahan stress sakit kontraksi, baby di dalam pun sama juga rupanya stress tak boleh keluar.
10 Ogos 2020 (Isnin)
Sedapnya tidur tanpa sakit dan gangguan. Kesan bius masih terasa. Mamai. Jam 2am misi datang bagi air milo panas dan biskut. Nikmatnya. Rasa dah lama tak tidur dengan sangat nikmat. Sepanjang mengandung hingga sarat malam-malam tidur terjaga. Apatah lagi bila sakit kontraksi lagilah tak daapt tidur dan berehat.
Jam 11pm lebih baby boleh discharge dari baby ward. Alhamdulillah. Misi hantar ke wad saya bermalam. Bermulalah rutin seorang ibu. Dengan sakit czer saya turun naik katil handle baby. Mujurlah baby xbanyak meragam. Tapi perit jugalah bahagian czer di belah kanan perut. Rasa macam tersiat sahaja.
11 Ogos 2020 (Selasa)
Pegawai farmasi hantar ubat-ubatan dan suntikan heparin (cair darah) ke wad. Alhamdulillah, senang urusan suami nanti tak perlu singgah farmasi hospital selepas discharge nanti. Katanya untuk mengelak kesesakan di farmasi jadi pegawai diorang hantar ke wad ibu.
Dalam pada menanti keputusan doktor, hati meronta-ronta nak keluar cepat. Walau pun wad selesa aircon sejuk tapi saya dah mula rasa rimas sebab kaki sentiasa basah bila ke tandas dan bergelumang dengan selipar. Takde alas kaki nak lap kaki yang basah. Akhirnya saya ambil baju wad yang sudah dipakai dan saya kesat kaki yang basah, lega. Benda kecil je tapi rasa merimaskan haha.
Discharge jam 4.30pm. Alhamdulillah anak dan ibu tidak ada sebarang masalah. Jenuh menunggu green light untuk keluar hospital. Cabaran baru akan bermula sebaik melangkahkan kaki keluar dari hospital. Jam 3pm sy call suami suruh cepat datang hospital untuk uruskan urusan keluar wad. Excited sangat masa ni. Dengar langkah suami masuk menjengah rasa lega dan sebak. Alhamdulillah saya dah berjaya tempuhi ujian kelahiran kali ini.
Balik ke rumah mak abah dulu dan tidur semalam. Mak masak dan bekalkan sup ayam kampung dan lada itam kunyit tumbuk. Sedap.
12 Ogos 2020 (Rabu)
Bertolak balik ke rumah sendiri dalam jam 11am lebih. Perjalanan dalam 30 minit sahaja. Jam 4pm bawa anak ke KK Manir sebagai prosedur cek kuning bayi. Suami yang uruskan sementara saya menunggu dalam kereta. Diambil darah di tumit kaki dan result menunjukkan kuning baby agak tinggi 227. Doktor saran ke HSNZ untuk admit atau ke klinik intan untuk phototherapy. Suami decide ke intan memandangkan kami sudah capek dengan pengurusan hospital besar yang dijangka lama. Menunggu cek kuning baby pun lama.
Jam 6.30pm tinggalkan anak di klinik intan untuk prosedur phototherapy bagi megurangkan kuning pada bayi. RM200 untuk 24 jam. Esoknya kami akan ambil semula dan berharap kuning makin surut. Alhamdulillah suami yang uruskan semua.
13 Ogos 2020 (Khamis)
Alhamdulillah bacaan kuning sudah bawah 200. Tapi esok perlu cek semula di klinik.
Menu yang sempat diraka sepajang di wad...Kobis ni saya tak berani nak makan takut sejuk dan angin. Malamnya saya tengok menu kobis diganti dengan sawi hehe..Mungkin misi pun perasan selalu abis je makan licin tapi kali ni kobis langsung tak sentuh..
Sedap juga, supnya rasa rempah-rempah. Menu di hospital kali ini rasa lebih ke arah menu ibu berpantang. Berbeza sikit masa beranak anak sulung tahun 2012 dulu...
Oklah apa pun alhamdulillah. Memandangkan ada GL maka urusan bayaran dibayar oleh majikan. Untuk czer atau bedah dalam RM600++ tak silap saya masa sign sebelum discharge nampak pada resit yang misi pegang. Duduk lebih kurang 3 malam. Oklah, rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang ada dan bilik wad yang baru serta bersih. Tandas pun dekat je depan mata. Biliknya luas dalam 20x20 kaki lebih kurang. Wad 4A dalam kenangan. Kalau beranak anak keempat mungkin nak try di swasta pula memandangkan itu mungkin kelahiran yang terakhir mencukupkan 3 kali czer.