Monday, 30 November 2020

Servis kereta dan nasi mandy

Servis macam-macam sehingga ke aircond. Kos servis cecah RM616. Paling mahal setakat ini pernah servis. Huhuhu. Bila PKP abis sume naik harga ye.
Tak mengapalah. Beginilah bila berkereta. Mujur satu kereta. Next servis bulan 6 tahun depan. Bulan 5 roadtax kereta. Haaa simpan duit betul-betul. Kalau tak boleh jadi papa kedana dek kerana sebuah kereta.

Jadi anak-anak semua, berpadalah berbelanja. Terutama bab kereta. Tunggu gaji betul-betul besar baru boleh beli kereta sedikit mahal.

Jangan rasa pendapatan 2-4 ribu tu besar terus beli kereta potong bulanan dekat seribu. Jadi pelik tengok muda mudi sanggup beli kereta mahal sedang gaji masih dalam kategori B40 atau lebih sikit.

Antara tips pernah baca ialah harga sebuah kereta yang kita nak beli hendaklah kurang dari jumlah gaji setahun. Boleh stat kira-kira semua. 

Masak nasi mandy dua kali minggu ni. Sekali di rumah mak, sekali di rumah sendiri... 

Nasi mandy masak di rumah sendiri dan bawa ke rumah mak... 

Nasi mandy beli di Sumai hotel. RM44 satu talam tuk 4 orang makan... 




Friday, 20 November 2020

November sudah...

Selepas berfikir-fikir rasanya perlu beli meja lagi tuk melaksanakan kerja dari rumah dengan lebih lancar dan semangat. Beli melalui PS Ikea sahaja. RM360 meja dan kerusi roda... 

Ini beli bulan lepas di shopee tapi pakainya hanya beberapa kali๐Ÿ˜‚. RM327 sekali pos...


Sunday, 8 November 2020

Halaa 3 bulan dan besday Lubna

Semalam suntik Halaa di klinik Dr. Azlina alhamdulillah. Next vaksin ketika 5 bulan pula. Berat Halaa dan 5.7kg.
Kek di kedai Manir RM25... 


Kek dibeli di Suria batu enam RM40

Sambut di rumah nenek... 

Buat sambutan besday adhoc di rumah mak 7hb baru ni memandangkan pkpb bermula 9hb. Awal seminggu meraikan. Ummi aja bagi hadiah soft pastel. Suka sangatlah melukis dan mewarna memang dah hobi. 

Review cake: kek manir rasa macam dah lama duk dalam peti. Tak sama macam beli dulu. ๐Ÿ˜‚. Tapi still sedap jugalah sebab krimnya rasa fresh. Kek suria pun macam tu sudahlah mahal rasa tak seberapa. Rasa kek macam lama duk dalam peti. 

Friday, 6 November 2020

Sabtu di pasar Manir

Kadang dalam sebulan adalah sekali dua ke pasar Sabtu di Manir. Seronok tengok orang kampung berjual beli. Ni pula hasil kiriman dari suami. Semua sekali berjumlah lebih kurang RM 64...

Bagi kelas bahasa Arab untuk ahli kg Butut... 


Menu di rumah bila rajin memasak... 

Sunday, 1 November 2020

Barang IKEA

Tempah dari PS Ikea di Kuala Ibai Luqfiz nama syarikatnya. Brimnes RM300 + RM45 upah beli dan delivery... 

Kemas dapur. Trofast ni dah lama beli secara online... 

Rak besi ni pun dah lama beli. Tak tahu nak susun macam mana bagi kemas. Mgkn kn cari kabinet bertutup juga nanti... 

Stuva Folja RM300 tiap satu. Tambah RM40 upah beli tiap satu. Atas boleh duduk macam bench, bawahnya berlaci. Buat tuk letak baju anak-anak lepas kering. Ummi xdan nak lipat hari-hari. Selamat dari pandangan mata hihi... 

Stop sekejap belian untuk tahun ni. Banyak sangat habis belanja bermula dari renovation rumah awal tahun ni.

Tahun 2020 ni paling banyak berbelanja tuk rumah. Kebetulan covid pulak tu. Bila terpaksa duduk rumah pada kebanyakan masa, maka bermulalah rasa nak menambah keselesaan. 

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...