Tapi tengok harga tak jadilah beli mahal jugak. Cuba tahan nafsu. Tapi selang beberapa hari teringat pulak durian musang king lagi. Congak-congak bajet bulan ni rasanya kali ni kena beli juga ni walaupun rasa mahal.
Akhirnya mesej penjual dan terjadilah tempahan musang king sekilo tanpa kulit...
Harga sebekas ni RM170. Walaupun rasa mahal tapi kerana teringin sangat pejam mata. Lepas ni kena puasa nafsu pula. Buat pulut juga biar puas makan. Ya Allah sedapnya walaupun musang king ni bukan yg gred A.
Bab lain saya agak kedekut dan berkira tapi bab makan diri sendiri dan keluarga saya selalu nak yang terbaik dan sedap. Bila ada rezeki lebih saya suka belanja keluarga makan yang sedap. Rasa puas hati kalau semua suka dan gembira.
Udang sweet sour. Pes sweet sour pemberian syikin rakan sepejabat. Sedap pes ni mudah kerja memasak...