Thursday, 28 October 2021

Kali pertama dine in selepas fasa 4 PPN


Macam biasa bila tak larat nak masak beli di luar. Kali pertama makan di luar asalnya nak take away tali tengok kfc gong badak takde orang jadi terus bawak anak2 turun makan. Alhamdulillah tenang sebab takde orang.

Nasi kerabu pasar malam. Fevret saya dan suami. Sedap sungguh...


Ini bila rajin... 


Dah dua bulan pegang jawatan. Penat kepala dan badan sebab masih berperang dengan anak kecil di rumah. Tugasa tidak begitu rumit cuma info dan sumber rujukan yang masih terawang2 bila timbul persoalan dari jabatan atau pelajar. 

Apapun sentiasa fikir pasti ada hikmahnya. Kalau tak sekarang akan datang pegang juga jawatan. Emasa pun dah mula sejak fasa 4 diumumkan. Allahul mustaan. 


Picnic dgn mak abah sekali di teluk ketapang minggu lepas. Beli nasi bungkus sahaja. 



Tuesday, 12 October 2021

Quran saiz A3

Beli di shopee setelah sekian lama berfikir nak beli di mana. Mudajlhnya sekarang tak perlu ke kedai membelek2. Sejak covid pembelian online mmg sangat berleluasa...



Alhamdulillah. Senang nak ajar anak mengaji. Quran yang ada di rumah saiz sederhana saje. Terkebil2 nak membaca. Harga quran ni RM75. 

Menu bila rajin... 

Asyik tunjuk masakan sendiri konon2 rajin masaklah ye. Haha. Hakikatnya banyak membeli dari memasak skrg. Cuma kalau beli tak berapa rajin amik gambar. Tak taulah walaupun sedap tp rasa macam xspesel. Sume orang beli tapi bukan sume rajin memasak. 

Anak ini makin lasak. Capek. Panjat sana sini..

Friday, 8 October 2021

Gemuknyaa..

Sejak beranak ni selera makan bertambah-tambah.. sedihnya tengok mula membulat dalam gambar baru betul2 perasan. Badan pun rasa lemau je. Jeles betul tengok orang yang makin slim, saya pulak makin gempal. Camne ye...


Nasi maqlubah

Hari ni rasa rajin nak masak nasi maqlubah dan bawa ke rumah mak...


macam teruk je skill mik gambar sy sekarang😂. 

Ni beli semalam ayam masak kerutuk RM10 sebekas dengan makcik cafe UniSZA. Kebetulan nampak iklan di wassap... 


Makan dengan ikan pekasam dan petai jeruk. fuhh kalah lauk kerutuk ayam haha. 





Sunday, 3 October 2021

Selesai alih paip dan buang pokok

Alhamdulillah selesai upah buang pokok lengkuas dan alih paip air hari ini. Kebetulan jiran panggil backhoe untuk alih pokok kelapanya dan suami pun tanyakan juga.

Sodok pokok lengkuas RM20 (Duit minum air je katanya). Alih paip RM70.


Suami tengah ambil lengkuas muda utk stok sendiri dan tanam di tanah luar. Ada projek yang kami rancang nak buat di tanah ini. Projek rakyat marhein kihkoh. 

Hadiah besday tahun ni untuk suami saya belanja beli meja komputer dalam RM180 harganya... 







Friday, 1 October 2021

Laptop Realme

Bulan ni decide beli laptop baru memandangkan laptop lama anak sulung guna untuk pdpr. Desktop untuk bdr saya dan laptop baru untuk kerja di pejabat.

Realme i5 14 inci berat 1.48kg...


Harga RM3250 beli di shopee. Suami yang uruskan. Saya nak yang lebih ringam dari laptop sebelum ni. Rupanya suami tersilap tengok ingtkan 1.38kg rupanya 1.48kg. Patutlah rasa tak ringan sangat. 



Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...