Tuesday, 28 June 2022

Birthday yang ke 38 tahun..

Menghampiri 40 tahun.. Rasa sedih dan sayu.. Pada usia ini apa aja yang sudah dicapai.. Anak2 masih kecil..umur makin tua.. Amal belum cukup gah...perlu lebih fokus pada akhirat.. Xlama mendekati usia 50...

Suami belanja makan di NR cafe cawangan pantai... 


Kecewa sebab kualiti tidak terjaga. Portion makanan yang sangat sedikit. Tomyam sampai lewat sikit. Membebel2 depan rezeki dgn suami. Huhu. Perempuan beginilah mulutnya lebih laju dr akalnya. Harga total RM66 termasuk air. 

Terima kasih abang. Semoga diluaskan rezeki untuk belanja lagi. Dipermudahkan urusan abang. Anniversary Julai nanti di restoran nasi Arab pula InshaAllah. 

Sunday, 26 June 2022

Anaqi village homestay, Sepang

Sempena menghantar adik balik UK jdi berkampung ramai2 mana yang ada di sini. Walau banyak kerja dan penat tapi digagahi juga. Entah kenapa perjalanan jadi jauh sangat. Sejak dari ke Johor haritu lagi. Trip jadi panjang dengan anak2 membuas dalam kereta.

Di homestay yang dibelanja emak... 



Ada 4 buah chalet sahaja di tanah berkeluasan 1 ekar. Satu malam RM150. Tempah 2 malam. Check in Khamis, check out Sabtu.

Sambut birthday anak adik juga.. 


Ada pantry / dapur juga... 

Antara aktiviti yang ada. Sewa Atv... 

Dalam bilik... 

Farm house di Sepang.. 


 
Tiket dewasa RM10, kanak2 atas 6 tahun RM5. Kena parking kereta jauh dari main entrance. Harga tiket agal tidak berbaloi dengan apa yang ditawarkan. 

Nasi ambang D'Rebung. Sempat pergi sebelum balik. Sedap sungguh.. 

Di KLIA bergambar menunggu adik berlepas terbang bersama dua anaknya... 

Penat belum hilang. Antara kehendak diri, kerja dan keluarga kecil dan keluarga besar. Semua perlu dipenuhi satu masa. Bukan semua faham apa kita rasa. Hanya Allah yang tahu dan Dialah yang Maha tahu kemampuan kita. Ujian... 

Urusan kerja KPP berselirat dalam kepala. Tak dapat nak kejar KPI diri setelah hampir setahun bergelut dengan kerja berjawatan. Entahlah bila akn berakhir. Rasa tidak sabar. 







Friday, 17 June 2022

Mitsubishi expander 2022...

Ahamdulillah.. Berjaya menambah hutang baru demi keselesaan seiisi keluarga. Mitsuishi expander yang ditempah pada 15 Feb 2022 telah pun dimiliki pada 15 Jun 2022. Empat bulan menunggu...




Dapat free carpet, tinted, payung dan mug dari salesman. 

Friday, 10 June 2022

Masak hujung minggu..

Pagi tadi ke pasar dengan suami. Anak2 masih tidur. Beli ikan haruan tasik (sekilo RM10) dan ayam serta sayur. Sampai rumah suami basuh ayam ikan dan saya masak lauk. Menu kampung...


Kari ikan haruan tasik, ayam goreng kunyit dan lemak kuning labu dan pucuk ubi. Hidang periuk terus ummi walid bukan rajin membasuh pinggan... 

Beli pokok di nurseri. Lama dah nak beli nak hias depan rumah asyik tergendala. 2 pasu pokok fig RM160. Bulan depan cari pasu viral pula... 


Beli biskut raya swiss coklat dan swiss strawberry. Ya Allah sedap sungguh yang coklat.. 


Beli dua balang yang coklat (RM64) dan satu strawberry (RM30). 

Rutin pekerjaanku...

Mesyuarat jabatan bil 4...

Makan acara wajib jabatan... 



Nasi carrot 15 orang makan bersama air RM150 ditempah dengan staf pejabat Fadlina. Kek keju coklat RM50 ditempah dengan zaujah u.Shahrizal. Nasi ditaja Dr Fauzi katanya sempena kenaikan pangkat ke gred 52. Kui2. 

Mesyuarat ringkas bersama comae-i sebelum mesyuarat jabatan... 

Ziarah k. Zan kakanda jabatan yang sakit radang pada kaki... 

Dijamu pula nasi lemak sotong yang marvellous... 


Orang sakit pula jamu orang sihat😅. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga semua baik2 sahaja sehingga tamat tempoh saya memegang jawatan sebagai ketua. Berbaki 3 bulan rasa ingin dipercepatkan waktu. 

Wednesday, 8 June 2022

Lagi gambar di Johor...

Makan-makan... 

Di rumah adik.. 

Beli sarapan untuk semua.. 


Lontong goreng dan sotong beli di tepi pantai.. 

Singgah di Mersing solat dan makan... 

Antara bilik di homestay.. 


Bilik di Bayu Balau Resort.. 


Kanak-kanak... 



Saturday, 4 June 2022

Johor Bharu...Legoland misi utama...

Percutian keluarga. Book dan bayar semua bulan April. Penginapan dan tiket legoland dalam RM700++. Saya hanya bayar yang mastermind dan menempah ialah adik perempuan dan kakak. Tak sempat nak fikir memandangkan sibuk dengan urusan kerja asalkan jangan mahal sangat. Adik ada kawan di legoland jadi dapat staf rate.

Untuk tiket sehari legoland bagi saya sekeluarga berlima dalam RM275 selepas diskaun. Adik kata murah banyak berbanding harga asal.

Bermalam dua malam di homestay Rahmat berdekatan rumah baru adik lelaki yang sekarang bekerja dan menetap di Johor bersama keluarga kecilnya. Malam esok akan menginap di Bayu Balau Resort satu malam. Dan pulang ke Terengganu yang mengambil tempoh 7 jam. 😭😅. 

Gambar di legoland dan makan malam di restoran terapung pendang.. 






RM375 untuk 20 orang makan. 3 ekor siakap masak tiga rasa, sotong celup tepung 3 pinggan, tomyam 4 mangkuk, telur dadar 5 biji, nasi 18 set, air sirap dan sejuk. 

Legoland yang memenatkan lagi2 hari cuti sekolah dan hujung minggu. Janganlah pergi sebab ramai sangat orang. Serik rasa sebab kena beratur lama dan mengadap cuaca panas. Kali ni terpaksa pergi sebab adik yang booking mungkin dia xperasan time cuti sekolah panjang. Hua2. Saya pulak memang tak tengok kalendar. Huhu. 


Wednesday, 1 June 2022

Catatan..

Baiki kapasitor ekon toshibah 1hp RM140

Baiki kipas aircond kereta RM360

Hari ni cuti adhoc. Aircond kereta bermasalah jadi panas bila berhenti. Anak pulak mengadu sakit pada kulit di sekeliling mata  beberapa hari dah. Petang asyik sampai rumah lewat. Malam dah penat nak keluar pergi klinik. Hari esok pun cuti. Rasa lapang sikit tak perlu fikir tentang kerja. Entahlah.

Petang tadi lepas ke klinik Hafizaj dan pasarayaku, masuk ofis sekejpa ambil barang sebab esok dah ahad saya akan bercuti lagi. Balik dari ofis singgah makan ICT dekat dengan airport. Firdausy.. 


RM51 termasuk abc, milo ice, coconut shake. Nikmatnya. 

Stok baru tisu basah beli di kedai eco. Bibik saya yang setia..


Ok sakit kepala. Penat mengemas untuk bercuti ke Johor Jumaat ini. 


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...