Friday, 25 November 2022

Pilihanraya ke-15

Mula2 tak berapa semangat nak pegi mengundi.

Yelah dengan agak mangejut dan sibuk dengan kerja harian.

Tapi Allah mudahkan jalan sungguh.

Jumaat petang 18 Nov bertolak ke Kelate debab suami mengundi di kb.

Sabtu jam 11 bertolak ke Terengganu semula sebab saya mengundi di rusila.

Jam 4.40 lebih kurang sampai di SK Rusila lenggang alhamdulillah.

5 minit sahaja selesai...

Ole2 dari Kelate untuk keluarga di Terengganu ...

Berbincang tentang politik di dapur emak...
Mesyuarat jabatan..selit sikit...lagi beberapa bulan saya akan tamat jawatan sebagai ketua pusat pengajian..kenangan pahit manis akan dibawa bersama sehingga mati...

Terima kasih sahabat PPBA atas segala kenangan. Kalian mengajar saya erti 'sabar'. Kihkoh.

Apapun PN menang besar di Terengganu dan beberapa negeri lain. Alhamdulillah.

Walai pahit menerima kenyataan PH memegang semula kerajaan.

Kenangan 22 bulan dulu mula menghantui.

Kita tengok prestesi PM baru Malaysia DS Anwar Ibrahim.

Semoga baik2 saja.


Saturday, 12 November 2022

Birthday Lubna 10 tahun

Anak saya ini masih kecil rupanya...

Ternanti2 sambutan birthday dengan cake rainbow..

Ye masih kecil anak ummi walid sayang..

Kadang dimarahin seperti anak besar...

Ummi walid sayang Lubna..anak pertama yang kaminbawa ke Jordan..

Sama2 melakar kenangan yg ummi abadikan dalam blog ini...

Untuk tatapan akan datang..

Apabila rindu bertemu...



Ajak kawan sekolah Lubna merangkap bff nya Sumayyah namanya. Gembira bukan main memandangkan sepupunya tak dapat datang. Alhamdulillah anak ummi gembira...

Mak abah dan adik sampai lewat sikit dalam jam 2.30. Mak dah xberapa selera makan nasi. Jamah pun sikit saje. Abah pun sama. Sedih tengok mak abah tak berselera macam dulu-dulu.

Anak kedua dah mula mengira bulan lahirnya. Tak sabar nak sambut juga. Lucu sungguhlah.

Beli kek di cakemis manir. Harga sebiji RM49 + deco RM5.
Masak nasi minyak sambal ayam, makaroni goreng, nugget, sate ikan, kentang smiley, air mangga.

Persediaan masak..

Penat sungguh. Suami siang dan basuh ayam. Saya proses memasak dan seterusnya.

Bulan ni baiki absorber kereta vios sebab berbunyi2 pada bahagian bawah kereta. RM1680 huhuhu. 


Saturday, 5 November 2022

Kesayangan...

Bila tengok anak2 main rasa senang hati...

Rasa nikmat yang tak pernah terfikir...


3 orang dah anak ummi walid...

Terkenang zaman kecil dulu. Beginilah..Main gaduh suka nangis..sekarang dah berlalu..yang tinggal hanya kenangan..

ذكريات لا تنسى بل تذكر طول الحياة..

Tak lama birthday lubna..

Tak sabar dia nak sambut..dalam kepala rasa nak masak macam2 dan beli sebiji kek..

Sambut di sekolah bagus juga kan..tp takut susahkan guru kelas..xpelah

Esok pagi2 ada mesyuarat online. Tak lama mengundi pula. Saya ambil cuti 2 hari rasa seronok..

Ya Allah cepatlah masa berlalu sehingga tamat jawatan kpp..rasa mahu bebas fokus pada diri sendiri.. mahu fokus menulis buku dan artikel..Mahu membuat bisnes nasi Arab dan makanan..banyaknya keinginan.

Thursday, 3 November 2022

Masak2

Borak2 dgn syikin menu petang beli ke masak..

Kadang masak banyak beli..

Dua hari ni rasa rajin nak masak balik dari kerja


Dalam dewan konvo baru ni meraikan anak didik...


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...