Thursday, 28 December 2023

Jualan barangan terpakai..

Rumah makin penuh barang. Rasa nak jual beberapa barang yang memang dah digunakan sangat..iklan di marketplace fb sahaja..

Monday, 25 December 2023

Balik Kelantan penghujung 2023

Sejak nenek suami meninggal, kami jarang balik Kelantan. Selang 2-3 bulan baru balik. Rindu masa lalu. Pantas masa berlalu.

Bermalam satu malam di hotel W Cemerlang. RM94 satu malam..Rumah sepupu dah semakin padat..tak berapa sesuai nak bermalam dengan ank makin membesar..

Di rumab sepupu..
Beg mcd tu sepupu suami dah beli sebelum konflik di Palestin lagi. Sekarang tersadai saje nampaknya.

Dalam kereta odw ke Kelantan..
Buat macam rumah ye masing-masing. Anak2 memang sejenis xgemar jalan jauh cepat bosan dalam kenderaan. Eh samalah dgn saya.

Sebelum ke rumah sepupu, singgah makan di Gino Pizza Kota Bharu..

Sedap! Pizza besar gedabak saiz 16" large. Baca review memang size pizza di US. Sebiji berharga RM44. Tambah burger, sejug air limau dan fries juga. Semua sekali RM69. Dah lama nak singgah kali ini baru berkesempatan. Cakap dgn suami memandangkan jarang balik Kelantan, jadi bila balik kena makan di tempat tak pernah pergi.

Lauk gulai daging umbut kelapa beli tepi jalan odw balik ganu. Makan di rumah..

semua beli di Kelantan termasuk budu dan tempe.

Thursday, 14 December 2023

Sijil penerbitan berindeks sempena RIA 2023

Kebetulan tahun ni ada terbitkan artikrl berindeks WoS maka dapatlah sijil penghargaan dari Creim UniSZA. Lucu sebab kecil je sumbangan.


Dalam majlis bagi meraikan penerima anugerah juga..


Tumpang kereta Syikin...

Menu hitea di TTI..sedap lagi2 kuih muih ya memang sedap...
Kek coklat tempah untuk sekolah Alyan jamuan akhir..
Tempah sebiji untik rumah..RM60 sebiji..
Geng al-Quran mesyuarat jamuan khatam dan perpisahan Dr Fathy. Sedih sebab tak dapat habiskan bacaan..

Bawa bekal dari rumah..
Pertemuan mentor mentee..

Wednesday, 6 December 2023

Saturday, 2 December 2023

AKS FBK 2023

Sedikit coretan kenangan di usia 39 tahun..



Hanya dapat sijil untuk Anugerah Jasamu Dikenang, RG proaktif dan semakan BAS. 

Hari ini diziarahi sahabat di Jordan dulu Jannah sekeluarga..

Jamu nasi beriani Pakistan..

Seronok berborak bertanya khabar.

Tuesday, 28 November 2023

Secret Recipe..

Suami belanja Secret Recipe sempena isterinya 'merajuk teruk'..😂

Mee kari seperiuk..rasanya sedap tapi tak betul rasa kari..
Ajak mak abah dan kakak sekeluarga makan nasi beriani pakistan...

Gambar mak pulak tak lengkap menutup aurat😂.


Thursday, 23 November 2023

Kunafah..kunafah

Subhanallah sukanya hati bila berjaya buat kunafah sendiri...

Kali kedua buat dan bawa ke pejabat pula jami rakan2 ustazah...

Cara penyediaan:


Sunday, 12 November 2023

Beruang Cafe..sempena hari kelahiran Lubna yang ke -11..

Kali ini sempena tarikh kelahiran anak sulung request makan di Beruang Cafe. Nak makan chicken chop katanya. Ini kali kedua kami ke sini tahun ini..

Cuma sedikit kecewa pizza belum ready dan ada menu yang tiada. Rasa masih sedap terutama sambal nasi lemak dan chicken chop serta burger. Cuma harga boleh tahan jugalah. Untuk kali ini semua sekali berjumlah RM123. Next ummi makan dgn walid je nampaknya kui2.

Sanah helwah Lubna. Ummi doakan lubna keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kalau lubna baca ni, ummi nak bagitau walaupun ummi ada masa marah lubna tapi sebenarnya ummi sayang sangat pada lubna. Anak sulung ummi, cinta hati ummi yang pertama..

Beberapa menu kami sekeluarga sepanjang minggu ini..

Ketam sweet sour spicy...
Sarapan beli nasi dagang atas tol..
Berbuka puasa ganti baru ni..berbaki 5 hari lagi..
Lukisan santai Lubna..
Nasi beriani kaki kambing...

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...