Wednesday, 19 April 2023

Iftor amal di Pasti anak

Iftor Pasti..


Berbuka sambil berinfaq..satu kepala RM25. Kami tempah untuk satu meja bernilai RM150. Berbuka di kedai makan AMZ berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah. 

Cuma tekak saya sekarang sudah tidak begitu mudah merasa kenikmatan masakan panas. Rasa sudah muak atau apa ya.

Kebetulan tengahari tadi uzur. Patut rasa tak selesa perut dan rasa senggugut. 

Petang tadi juga akak anak2 kemas di luar rumah. Sapu halaman dan bersihkan apa yang patut.

Halaa ikut ummi gi pejabat..
Iftor semalam panaskan lauk gulai dari masjid ...

Friday, 14 April 2023

Iftor bersama rakan pejabat suami

Baru dua bulan suami bersama team yayasan amal. Kali ni iftoe bersama staf dan ahli keluarga. Segan tapi mahu makan pergi jugalah..

Di Norsiah tomyam berdekatan UniSZA juga. Selalu lalu tapi ini kali pertama cuba. Tahun lepas hanya beli kuih muihnya yang dijual depan kedai. Cuma rasa makanannya biasa sahaja. Tidaklah begitu wow rasanya sepertimana di dalam gambaršŸ˜‚. Mungkin kerana Ramadhan chef puasa dan kepenatan.

Iftor jamaie di Masjid Rusila

Dah jadi acara tahunan tiap kali Ramadhan kami akan iftor di sini sekali...



Daging gulai legend. Trademark negeri Terengganu. Dimakan bersama sambal belacan, telur masin dan tembikai. Simple! Tapi sedap!

Agihan bubur lambuk dari Pasti anak.. alhamdulillah..
Anak kakak singgah sehari ke rumah..alyan tunjuk bilik mainannya merangkap stor jugak šŸ¤£
Ok..tinggal beberapa hari lagi Ramadhan. Hari ni merupakan sabtu terakhir Ramadhan. Minggu depan dijangka raya. Kali ni saya usur masa awal Ramadhan selama 6 hari perlu diganti. Tak pasti penghujung Ramadhan nanti adakah akan uzur semula huhu.

Monday, 10 April 2023

Iftor lagi

Buko pandan air tangan suami...

Menu hari ini..beli nasi lemak mcd 5 bungkus. Teringin ayam buttermilk...
Menu semalam..

Iftor di rumah mak bersama kakak sekeluarga..

Adik lelaki belanja ayam golek. Saya dan kakak kongsi beli nasi arab zurbiyan. Saya tambah nasi mandy juga.

Anak bongsu ...senang kojo tampal kat muka sendirišŸ¤£

Gambar preraya PPBA...



Friday, 7 April 2023

Gambar menu iftor lagi

Ada masa rajin ada masa tak rajin untuk masak.

Kadang beli dan topup dgn masakan sendiri. Yang penting ada makanan untuk dihidang..

Beli meja kopi untuk ruang tamu..RM85..macam biasa suami pasangkan...
Kemas ruang tamu...
Puas hati meja ni dengan murahnya. Kalau ikea mahal bena dan sy perasan barang ikea sekarang dah tak tahan lasak. Pelik.

Takde persediaan rapi untuk raya. Mana yang ada dan tambah apa yang patut. Beli karpet murah2. Order biskut raya dan kerepek. Kalau ada yang datang boleh jamu.

Gambar raya jabatan. Lesu wajah saya..
Habis kpp kena jaga diri semula. Pakaian tak terurus sejak pegang jawatan. Pakai je apa yang ada. Kesian.

Editor afaq dan kpp..ada citer kelakar di sebalik gambar..kihkoh

Bonus TH masih belum dihebah. Teruk bena rasa. Sama masa 2018 dulu. Zaman PH naik. Hmm.f

Ok, tahun ni anak sulung darjah 5, anak kedua pasti 6 tahun dan bongsu 2 tahun lebih. Petang khamis, jumaat dan sabtu pagi ada kafa upkk. Sekolah dar takde exam ni hanya ada upsri.  Jadi daftar persendirian melalui yit di surau terpilih.

Anak teruna..


Monday, 3 April 2023

Nasi beriani pakistan

Masak nasi beriani balik dari kerja guna rempah beriani shan..

Nikmatnya.. alhamdulillah.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...