Viva voce pelajar UPSI
Alhamdulillah, selesai jua. Jadi penilai pun kena bersedia awal. Nampak mudah tapi penat kepala dan perasaan. Online sahaja memandangkan bulan puasa larat travel jauh. Viva bermula jam 2.30pm. Bincang dengan suami untuk bawa anak2 ke diy sementara ummi online. Alhamdulillah, syukran abang tengokkan anak2😍. Dalam jam 4 siap semuanya. Kebiasaaan bayaran pemeriksa luar antara RM350-1000 bergantung kepada universiti dan peringkat sarjana atau phd. Pemeriksa dalam pun lebih kurang tp biasanya kurang sedikit dr pemeriksa luar. Begitulah rezeki tambahan jika dipilih sebagai pemeriksa dalam @ luar. Setakat ini telah 5 kali menjadi pemeriksa dalam dan 2 kali pemeriksa luar. Rasanya sekali setahun sahaja sudah cukup, rasa penat kepala dan kadang berperang dengan perasaan berdebar utk memberi yang terbaik. Oklah, ini menu berbuka bawa ke rumah mak semalam.. Mak buat rendang ayam dan kari daging.. Selagi ada mak ayah selagi itulah p...