Tuesday, 29 April 2025

Alih aircond..

Alih aircond dari ruang dapur ke ruang tamu..siap pasang.. 

Kos wiring dan cabut serta pasang aircond RM250. 

Monday, 28 April 2025

Macam2 jamuan..

Menjamu sepupu dan suaminya yang dah berpindah ke Terengganu.. Alang2 masih syawa 26hb baru ni.. 



Buat nasi hujan panas dan kuih muih beli. 


Jamuan raya open yay amal cawangan Terengganu di pantai teluk ketapang 27hb Ahad baru ni.. 

Jamuan raya di Dataran Shah Bandar.. 

Rasa makanan tidak menepati selera. Mungkin sebab masak banyak. 

Open house pengasuh lama Ahad baru ni juga.. Masa kecik2 dulu kami dibesarkan dengan ramai pengasuh memandangkan mak dan abah bekerja.. 



Open house jemputan tiba2 dari tetamu pengasuh.. 

Makan tengahari semalam dengan suami di warung nasi ulam tepi jalan berdekatan masjid terapung. Kali pertama cuba. Pada saya biasa je rasanya tapi hairan juga kenapa ramai sokmo orang.. 

RM18 semua sekali. Tidaklah murah mana. 

Anam kedua dapat johan dengan timnya untuk acara baling bola dalam bakul.. Kemain bangga siao minta hadiah sebab dapat no 1.. Aduilah anak soleh ummi sayang.. 


Saturday, 19 April 2025

Raya lagi di belah pantai barat..

11/4-14/4 Jumaat hingga Isnin. Raya di pantai barat rumah sedara mara yang dah lama tidak bersua dan hantar adik bongsu daftar diri untuk latihan di puspakom Shah Alam pada Ahad petang. Berkumpul di rumah adik lelaki di Melaka Jumaat petang.

Singgah USIM sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Tujuan utama untuk bertemu penyelia sabatikal dan memberi sedikit buah tangan.. 
Singgah di al-Jamal restoran beli nasi hanees dan syawarma bungkus.. 


Homestay sebelah rumah adik lelaki. Kami 3 beradik stay di sini bersama keluarga. Mak abah di rumah adik memandangkan bilik x cukup.. 

Oklah ada ekon walaupun lantai agak berhabuk. 

Ini kenduri saudara jauh di Seremban.. 

Singgah beraya di rumah mak intan adik emak di Seremban.. Jumpa Salma rinduunnya.. 

Rumah ucu pula.. 

Rumah kawan suami berdekatan rumah mak intan.. 

Rumah sepupu suami sidiqi dan hanani di Teluk Panglima Garang.. 

Dijamu nasi tomato dan yogurt yang sedap. 


Hantar adik di hotel Alami dulu sebelum ke rumah Abdul Rahman anak mak intan di Setia Alam. Jumpa Haris juga di depan hotel..


Rumah Abdul Rahman..



Jumpa Farah sepupu yg lama x bertemu.. Rindu masa kecil.. Tutup mata pula makcik tu.. 


Sarapan di rumah Muaz adik lelaki.. Sedap betul ayamnya Azza adik ipar buat..

Bertolak pulang ke Terengganu jam 11am dan sampai jam 5 di rumah mak.. 




Wednesday, 9 April 2025

Sekitar jamuan raya FBK 2025..

Rasa segan nak pegi tapi setelah beberapa kali diajak Kin dan Ijal akhirnya pergi juga..ahli PPBA.. 

Suami pun dijemput sekali oleh pengarah majlis ust Ijal..

Baki cuti tinggal beberapa bulan lagi. Buku karya asli dah dalam proses pruf galei dan buku bertema dalam proses penilaian. Artikel geran pula belum berjaya publish scopus. Rasa stress tapi untuk kesihatan rasanya perlu redha sahaja. Usaha sudah dibuat cuma belum rezeki. 

Sarapan nasi dagang tepi hiway semalam.. Sedap tapi biasa sahe pada saya.. Sebungkus RM6.. Segantang RM400.. 
Hari ni juga kontraktor unifi datang baiki kabel yanh terputus.. Rupanya ada tupai gigit. Minta alih kabel dan terbanglah RM120. Plus aritu RM50. 

Friday, 4 April 2025

Aidilfitri 2025..

Setelah 6 hari baru sempat menulis di sini. Sambut raya 7 beradik semuanya di Terengganu. Gambar adik beradik dan mak abah. 

Tinggal 2 orang yang masih bujang adik teruna no 6 dan 7. Umur kami.. 

Mak 70 tahun
Abah 72 tahun
Kakak 43 tahun
Saya 41 tahun
Muaz 39 tahun
Balqis 37 tahun
Khomeini 35 tahun
Firdaus 29 tahun
Salman 27 tahun 

Cepat je rasa masa. Kami pun makin menua.. Sedih.. 


Sesi bagi duit raya di masjid terapung.. 
Makan pagi raya.. 

Masak iftar nasi mandy kambing sempenana kesyukuran adik Khomeini atas kenaikan pangkat Alhamdulillah.. 


Masak di Manir dan bawa ke rumah mak. 

Alhamdulillah sekejap je rasa. Rindu pada semua.