Monday, 6 October 2025

Bateri kereta vios baru Oktober 2025

Pagi tadi masa nak hantar lubna kereta vios tak boleh hidup sebab bateri kong. Pinjam kereta mak dan waktu balik caj pula bateri. Rasanya kali keempat pula kalau beli bateri baru sepanjang 8 tahun guna vios.


Hajat nak trade in vios tahun depan atau mungkin lebih awal. 

Jam 1.10pm kami ke bengkel bateri biasa pegi dan tukar bateri kereta vios baru.. RM230.. 

Yusof Embong nama pemilik kedai. 

Mak demam tiba2

Malam tadi mak demam tiba2.

Bangun pagi tak larat dan takde selera. 

Petang kami ke klinik sihat sokmo.. 

Dr bagi Panadol, ubat selsema dan sakit urat. Semoga mak lekas sembuh. 

Masak petang tadi.. 


Malam tadi ke Marang kerana ada kematian saudara. Mak cik Ani iaitu isteri kepada arwah adik ayah. Sedih. Segala kenangan bermain di kepala. Yang dulu muda sekarang sudah tua dan uzur. Saya juga begitu. 

Saturday, 4 October 2025

Mak tidur di rumah..

Ayah ikit rombongan ke Acheh jadi mak tidur di rumah kami beberapa hari sejak semalam.

Kenduri dekat rumah..



Sedap gulai daging. Besar2an kendurinya. Semoga murah rezeki tuan rumah dan keluarga.

Masak tuk mak dan anak2 yang xmau makan kenduri sebab dah muak makan gulai.. 

Lukisan Halaa ambil untuk ditunjuk pada kakak sepupu Khadeeja.. 

Oh ini syikim belanja di coffee garden sedap nasi goreng ikan! 

MMS FBK.. 

Lama juga dirasa. 4.30 saya terpaksa keluar sevab ada urusan dengan borang pelajar PG di ofis fakulti.