Hakikatnya xde sorang pun dalam dunia ni yg suka pada orang yg suka meninggi diri dan suka merendah2kan orang lain. Hakikatnya juga orang seperti ini ramai sekali dan mungkin dalam kalangan sahabat kita sendiri.
Cakapnya seperti dia saje yg terbaik, pilihannya saje yg betul, cadangannya saje boleh diterimapakai dan orang lain salah dan tidak bagus (نعوذ بالله من ذلك). Orang seperti ini jarang suka mengaku kelemahan dan kekurangan melainkan sekiranya terdesak atau temberang kelemahannya sudah pecah.
Sebenarnya kita semua tidak bodoh utk menghidu kelemahan orang lain, cuma kita tidak mahu membuka aib kelemahan sesama kita dan mencanang2kan pada orang lain. Tetapi kadang2 bila yang meninggi diri terlampau membesarkan diri, sedikit sebanyak orang akan mula mencari dan membuka aibnya. Malu bila kekurangan yg disembunyikan mula menjadi bualan ramai akibat dr sikap suka meninggi diri dan merendahkan orang lain.
Benar tidak salah untuk berbangga dgn apa saje nikmat yg Allah bagi. Tapi biarlah berpada dan kena pada tempatnya.
Sebagai contoh kalau ada orang mengadu susahnya hidup duit selalu xcukup tiap bulan, janganlah kita cakap sy cukup je duit tiap bulan, xde masalah pun (konon2 kayalah tu padahal...). Bagilah nasihat peri pentingnya berjimat dan mula menyimpan walau pun sedikit.
Atau ada orang mengadu susahnya belajar ni, doktor cakap pun xpaham2. Janganlah kata sy ok je, sy paham je semua doktor cakap (Walhal dalam exam markah dia antara yg tercorot). Share pengalaman pahit yg kita juga pernah rasa, kemudian baru share kisah kita yg bagus2. Barulah orang mau terima nasihat kita dan tidak rasa kita ingin meninggi diri. Ini tidak, everything is okay yg keluar dari mulut. Padahal kat belakang tunggang langgang jugak sebenarnya.
Mudah je cara utk tidak meninggi diri. Tapi kadang2 kita suka pilih utk menunjukkan kehebatan (kononnya) apabila mendengar orang lain lemah.
Ingat, setiap kali rasa ingin meninggi diri ingatlah ada orang jauh lebih hebat dan kaya dari kita. Setakat amik PhD bahasa Arab di Jordan apalah sangat salwa. Orang lain yg belajar bidang pure science, teknologi sampai botak kepala, conference sana sini, award sana sinun dalam negara luar negara kita ni apa je yg ada? Setakat ada tulisan, buku sebijik dua dah rasa hebat. Kelakar betul, sayalah tu kih2. Mujur juga ada tulisan dan buku sebijik dua kalau yg xde langsung tapi berlagak hebat jugak camne tur?
Sama juga macam berasa lebih kaya dari orang lain. Setakat gaji 4,5,6 ribu tapi rasa kaya sangat dah. Bisnes untung 1,2,3 ribu pun dah rasa lebih hebat dari orang lain. Malu. Orang lain gaji berpuluh2 ribu. Bisnes beratus ribu untung setahun. Ada yg umur 30 dah ada beratus ribu cash dalam bank. Kita ni main ratus ribu juga tapi ratus ribu berhutang beli kereta, tanah, umah sumenya belum habis bayar lagi.
Tunjuk hebat biar pada tempatnya untuk menjadi pedoman & pengajaran pada orang lain. Bukan tunjuk hebat bila kita tengok orang lain sedang lemah. Orang tengah citer kesedihan dia, kita pulak sambung cite kegembiraan & kehebatan kita dan segala yg kita ada. Konpem orang menyampah.
-Peringatan tulus ikhlas utk saya terutamanya-