Saturday, 11 July 2015

Iftor bersama

Hari khamis sy ajak k.shila & hanilah skeluarga pula dtg berbuka puasa di rumah sbgi membalas jemputan mereka tempoh hari...


Nasi putih, kerutuk ayam, ikan patin masak taucu, tauge bakar, keropok, sambal belacan menu yg sy sediakan. K.shila bawa bubur pulut hitam yg sedap!, hanilah bw kek swiss roll segera. Makan kurma dulu, solat maghrib kemudian baru mnjamu selera. 

Solat isyak & terawikh para suami & anak lelaki bersolat di masjid tobarbour berdekatan. Kami yg pompuan sambung borak & sesi citer mencerite sambil melayan anak kecil masing2 yg kejap main kejap gaduh. Hai lubna & imran ni betul2 babylah. Lepas gaduh, gelak sama2 lps tu gelak balik. Seriau ummi tengok. 

Oklah sambung lagi. Bnyk keja nk buat. Petang ni kami jemput beberapa adik exco PPMA berbuka puasa sempena menunaikan janji sblm puasa dulu utk mjemput mereka iftor bersama inshaAllah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...