1) Cari kaunter tiket flight cth saudi airline @ emirates @ qatar airways. Penat sikit nak mencari lagi2 klu mata xberapa nak cerah.
2) Di kaunter, serahkan boarding pass yg tlh diperolehi melalui web check in 24 jam sblm fly bersama passport. Letak beg atas penimbang bila diminta.
3) Siap check in, tuju ke arah escalator ke bawah utk ke bahagian imegresen. Akan lalui pegawai keselamatan & perlu tunjukkan boarding pass & passport sebelum boleh menuruni esclator @ lif.
4) Pergi ke kaunter imegresen passport malaysia. Serah passport & boarding pass utk dicek. Seterusnya sekiranya tiada masalah boleh terus melalui pintu bersebelahan kaunter untuk menuju ke train yg akan membawa penumpang ke terminal seterusnya.
5) Perlu melalui prosedur scan segala beg yg akan dibawa di cabin atas, tali pinggang, dompet segalanya perlu discan. Renyah lagi2 klu dgn anak kecil.
6) Naik train laju. Perhatikan betul2 bahagian masuk & keluar train. Jangan masuk di bahagian keluar pulak. Nnt kena rempuh org yg keluar pulak, bahaya. Perjalanan ke terminal menaiki train dlm 5 minit shj @ kurang. Seat xbanyak.
7) Sampai di terminal cari gate boarding room spt C01, C02 dll. Perlu lalui proses scan brg2 & badan sekali lagi. Jenuh. Lps scan baru dpt masuk boarding room & menunggu utk announcement masuk ke dalam perut plane pulak.
8) Masuk dlm flight dalam keadaan tenang, jangan rebut2. Tunjukkan boarding pass pd krew pesawat yg setia berdiri di pintu pesawat.
* Sebaiknya utk penerbangan antarabangsa hendaklah sampai di airport 3 jam sebelum masa kapal tebang berlepas. Contohnya berlepas jam 3 petang, maka sebaiknya sampai di sana jam 12 tghari. Paling lewat sekali pun utk sampai adalah 2 jam sblm masa penerbangan. Tapi akan penat bergegas & berlari. Tambah lagi utk sampai ke gate boarding room perlu menaiki train. Penat2. Lagi2 kalau ada anak2 kecil.
* Kalau mau ke tandas sebaiknya cari tandas yg berdekatan dgn boarding room kita. Sebaiknya siap membuang sebelum fly. Dalam plane tandas kecik & kdg2 kotor sbb ramai sgt keluar masuk.
* kalau perlu stop @ transit di mana2, ikut arahan pada signboard utk arahan jalan yg perlu kita lalu. Xtau kena tanya staff yg berada berdekatan. Akan lalu proses scan badan & barang juga.
Dah sampai joden!
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك