Thursday, 30 June 2016

Terima kasih...

Minggu ni masuk minggu ke empat berada di Malaysia. Masih belum rindukan Jordan melainkan suhunya yang sejuk dan nyaman ketika syita' dan rabi'. 

28 Jun baru ni genap umur saya 32 tahun. Rasa begitu tua melihat angka tiga di hadapan. Tapi perangai masih seperti budak kecil. Amal pula tak tahu semakin bertambah atau berkurangan. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Suami yang menyayangi, lubna yang cerdik, dapat berada di samping mak ayah adik beradik anak-anak saudara. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan, kelapangan dan harta yang mencukupi walau tidak melimpah.

Sempena umur meningkat baru ni saya masakkan nasi mandy ayam untuk keluarga berbuka puasa. Suami buatkan cheesekut yang lazat. Rasa terharu. Membaca ucapan yang ditulisnya buat saya rasa sebak. Berharap agar saban hari dan tahun dapat membaca ucapan-ucapan abang yang puitis tu. Berdoa agar cinta kami bahagia sehingga ke syurga. Berharap agar abang sentiasa mencintai awa dan awa juga begitu. Ameen ya Allah. Terima kasih abang...


Sweet 17 di mata suami kihkoh.


Minggu ni minggu rezeki mencurah-curah. Royalti dua buah buku dah pun diperolehi berjumlah RM 780 selepas dibahagi sesama penulis. Elaun hidup di Jordan juga telah diperolehi semalam setelah sebulan lebih menunggu. Cepat-cepat saya transfer semula ke bank islam untuk top up semula simpanan gaji yang telah digunakan ketika kehabisan elaun bulan lepas.

Selagi mana dapat berjimat saya akan berjimat. Dalam duk berjimat tu pun saya dah membelanjakan sejumlah RM 2000 untuk bulan ini sahaja! Haaa itu dah dalam jimat dan berpada-pada. Bayangkan kalau saya x rekodkan jumlah pengeluaran duit dan hadkan pasti lebih agaknya. Dalam kepala berpiki-piki saya beli apa ye sampai abis 2k tu?? Beli barang makanan, bagi mak ayah, baju-baju lubna, duit minyak kereta.

Tengok pulak bulan 7 ni macam mana. Rasa Seram sejuk. Harapnya tak lebih RM 1500 untuk bulan ini. Ai tak tahula kot nafsu makan menjadi-jadi bila dah tak puasa nanti. Lagi pula hari raya duit raya mesti dihulurkan. Tutup mata jelah yang pasti harap balik Jordan nanti x pokai!

Tuesday, 21 June 2016

Iftor di kelantan




Sepanjang berpuasa di kelantan, hari-hari pegi bazar ramadhan di stadium. Macam-macam ada. Makan itu ini cukup beberapa hari sakit perut, semua makanan nak disumbat. Semalam dah insaf tak mahu sumbat macam-macam walau ikut nafsu nak je makan semua. Ikut nafsu badan merana. 

Berkenaan dengan harga makanan di bazar kelantan lebih murah berbanding di terengganu. Kecuali harga makanan siam macam nasi komok, nasi kerabu siam, laksa siam, somtam semuanya berharga  RM 5 ke atas. Agak mahal berbanding dibeli pada hari biasa. Tapi sedap memang xleh dipertikaikan. Cuma xberapa elok nak makan selalu rasa macam banyak ajinomoto juga dalam makanan diorang.

Kali ini pelajar-pelajar PhD di jordan mengalami kelewatan 'melampau' tanpa sebab elaun sara hidup utk bulan jun-sept. Tak tahulah nak cakap apa. Ini semua gara-gara pilihanraya kecil baru ni sampai tertunggak elaun kami, telahan kami. Ada yang sampai terpaksa meminjam untuk membeli keperluan harian dan sebagainya. Nasib kami belajar di negara tak moden agaknya jadi diorang piki kos hidup xtinggi jadi bayar elaun lambat pun xpe. Buta ekonomi kot diorang ni kadar 1 dinar jordan menyamai 5.80 duit kita. Kalau pelajar di UK terima elaun dengan lancarnya. Sudahlah dengan kadar pound. Kami di Jordan menerima elaun masih dalam Ringgit Malaysia. Bila RM jatuh sape yang sakit? Pelajarlah jadi mangsa.

Dah berapa puluh emel hantar, call sana sinun. Janji tinggal janji. Bayang elaun tak masuk2 lagi. Lepas ni sape2 yang diminta sambung belajar luar negara kena tanya kpt ada kemungkinan tak elaun masuk lewat??kalau belajar dalam negara takpelah lewat sikit pun kos hidup tak mahal. Kalau di luar negara dengan keluarga semua??

Progress pengumpulan data saya berjalan lancar setakat ini alhamdulillah di sebalik beberapa kesukaran yang dialami. Sebelum raya berbaki sekelas lagi dan selepas raya lagi empat kelas perlu dihadiri dan dipantau. Harapnya bulan lapan nanti sudah boleh menghadiri kelas SPSS secara private untuk tahlil data yang ada. Allah permudahkanlah usaha ini. Ameen.

Monday, 13 June 2016

إفطار رمضان في مسقط رأسي

رمضان معنا





شرق أو غرب الوطن هو الأفضل

Alhamdulillah dapat bersama keluarga berpuasa dan iftor bersama tahun ini. Sedikit gusar kerna perlu ke kelas melaksanakan kajian kelas di UniSZA untuk tiga minggu berpuasa dan seterusnya empat minggu kelas selepas raya. Time puasa tu ya Allah cabaran maha hebat terasa. Semalam buat pilot test sudah rasa kering tekak yang amat. Singgah di rumah sendiri di manir bahang yang amat terasa sehingga ke dalam rumah. Balik kali ini perlu mengintai kelengkapan rumah memandangkan tahun depan perlu pulang for good kembali berkhidmat. Selepas raya inshaAllah kemas bilik utama dan lubna. Balik tahun depan xdelah tidur atas lantai pula macam di jordan kihkoh.

حسنا إلى اللقاء مرة قادمة إن شاء الله



Wednesday, 8 June 2016

Malaysia yang dirindui...

Rabu malam 1 Jun lepas kami mendarat di Malaysia dengan selamat menaiki Royal Jordanian direct flight terus ke KLIA. Alhamdulillah.



Untuk rujukan akan datang: flight RJ 3 seat dan flight MAS pun 3 seat straight. Senang xyah berpisah duduk dan xperlu duduk bersebelahan orang xdikenali.

Sampai di KLIA menunggu untuk check in flight MAS ke kota bharu pada malamnya...


Laksam feveret suami...


Masak nasi maqlubah dan mandy ayam untuk keluarga di kelantan...


Manaor yanh dirindui...


Shell out bersama adik badik di terengganu!



Kos shll out sendiri RM120 sangat berbaloi. Udang, ketam, sotong, kerang, ayam.

Minggu depan kelas semester pendek dah bermula. Rasa berdebar nak mengajar straight 4 jam. Permudahkanlah ya Allah urusan pengumpulan data ini. Takut tercicir mana-mana bahagian susah pulak mahu mengulang kelas.


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...