Tuesday, 21 June 2016

Iftor di kelantan




Sepanjang berpuasa di kelantan, hari-hari pegi bazar ramadhan di stadium. Macam-macam ada. Makan itu ini cukup beberapa hari sakit perut, semua makanan nak disumbat. Semalam dah insaf tak mahu sumbat macam-macam walau ikut nafsu nak je makan semua. Ikut nafsu badan merana. 

Berkenaan dengan harga makanan di bazar kelantan lebih murah berbanding di terengganu. Kecuali harga makanan siam macam nasi komok, nasi kerabu siam, laksa siam, somtam semuanya berharga  RM 5 ke atas. Agak mahal berbanding dibeli pada hari biasa. Tapi sedap memang xleh dipertikaikan. Cuma xberapa elok nak makan selalu rasa macam banyak ajinomoto juga dalam makanan diorang.

Kali ini pelajar-pelajar PhD di jordan mengalami kelewatan 'melampau' tanpa sebab elaun sara hidup utk bulan jun-sept. Tak tahulah nak cakap apa. Ini semua gara-gara pilihanraya kecil baru ni sampai tertunggak elaun kami, telahan kami. Ada yang sampai terpaksa meminjam untuk membeli keperluan harian dan sebagainya. Nasib kami belajar di negara tak moden agaknya jadi diorang piki kos hidup xtinggi jadi bayar elaun lambat pun xpe. Buta ekonomi kot diorang ni kadar 1 dinar jordan menyamai 5.80 duit kita. Kalau pelajar di UK terima elaun dengan lancarnya. Sudahlah dengan kadar pound. Kami di Jordan menerima elaun masih dalam Ringgit Malaysia. Bila RM jatuh sape yang sakit? Pelajarlah jadi mangsa.

Dah berapa puluh emel hantar, call sana sinun. Janji tinggal janji. Bayang elaun tak masuk2 lagi. Lepas ni sape2 yang diminta sambung belajar luar negara kena tanya kpt ada kemungkinan tak elaun masuk lewat??kalau belajar dalam negara takpelah lewat sikit pun kos hidup tak mahal. Kalau di luar negara dengan keluarga semua??

Progress pengumpulan data saya berjalan lancar setakat ini alhamdulillah di sebalik beberapa kesukaran yang dialami. Sebelum raya berbaki sekelas lagi dan selepas raya lagi empat kelas perlu dihadiri dan dipantau. Harapnya bulan lapan nanti sudah boleh menghadiri kelas SPSS secara private untuk tahlil data yang ada. Allah permudahkanlah usaha ini. Ameen.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...