Thursday, 6 October 2016

Selesai urusan seminggu...

Selesai beberapa urusan minggu ni:
 
Baiki kereta
Tolab muwafaqoh tajdid iqomah di jamiah
Jumpa musyrif
Check up kehamilan dengan dr.widad
Beli tiket ke jeng jeng jeng...:)

Minggu depan akan lebih sibuk. Dengan kesibukan baru dapat rasa nikmat masa yang ada. Macam dr.Maza sebut manusia kalau tak penat dia tak kan rasa nilai hidup lebih kurang macam tu bunyinya. Jadi jangan takut untuk berpenat-penat melaksanakan tugasan atau tanggungjawab atau mencapai cita-cita. Ayat yang tu buat saya terfikir patutlah rasa lebih berkualiti bila sibuk dengan sesuatu. Cuma penat tu tak payah cakaplah. Kesian lubna kadang tak terlayan :(. Bila penat kita break sekejap. Bercuti ke mana-mana...itupun kalau duit ada kihkih.

Scan anak ummi tadi...bulat..haha


Membesar dengan sihat sejahtera ye sayang. Ummi tawakkal pada Allah dan sandarkan padaNya segala apa yang di dalam rahim ummi. 

2 jam lebih menunggu giliran di iyadah dr.widad. Balik singgah beli nasi zurbiyan dengan suami dan anak...beli roti bashka...



Mujur iyadah dekat dgn rumah. Suruh suami balik dulu dengan lubna. Dah siap saya call semula. Next murojaah lagi sebulan. Harap tabah menurut rutin check up kehamilan. Demi kerana sayang yang dah empat bulan membesar dalam rahim ummi.


2 comments:

  1. moga Allah permudahkan urusan akak.. ni kalau rindu jordan boleh la tgok blog akak. warna warni nasi arab. haha harap x terliur..

    ReplyDelete
  2. Syukran midah:)..klu rindu nasi arab kn mai jordan semulalh nampaknya hihi

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...