Thursday, 14 December 2017

Macam-macam ada

Mungkin tulisan ini penutup blog saya untuk tahun ini. Aplikasi blogger pada anset baru ni tak berapa mesra blogging. Susah nak upload gambar.

Kelas minggu depan adalah kelas terakhir untuk minggu ke 15 pengajian. Alhamdulillah. Maweed imtihan nihaie adalah pada 5&6 januari. Tanda kertas dalam masa lima hari untuk 220 pelajar dan key in terus. Sempat ke tak entahlah. Yang pasti saya akan penat ketika itu. Susun dan tutup fail pengajaran. Persediaan pengajaran ntuk sem dua. Kerja-kerja siswazah. Urusan-urusan peribadi. Allah yuyaysir umiri ameen ya Rabb.

Alyan sekarang dah tumbuh dua batang gigi di atas dan dua batang di bawah. Sangat mesra rakyat mudah tersenyum membuatkan hati ummi walid cair. Pandai tepuk tangan. Suka berdiri dan melepaskan tangan. Kadang-kadang terlentang ke belakang. Pandai bermain dengan kakak lubna. Senang sikkt keja ummi walau kadang kakak lubna suka betul kacau alyan.


Atas tu popia kami beli di popis. Sekotam RM15 sedap juga inti pisang.

Bekal ke pejabat. Sebulan sempatlah bawa bekal yang dimasak dua tiga kali. Selebihnya beli huahua.

Tuesday, 28 November 2017

Aqiqah Alyan

Aqiqah Alyan 18 November yg lepas. Sempat sembelih saja. Tak larat nak jamu panggil ramai orang. Masak nasi arab bawak ke ofis, masak utk keluarga dan jiran shj setakat ni. Ada lebihan sikit nak masak nasi arab utk kawan suami pula dan bawa ke kelantan sikit.

Macam2 nak cerita tapi tak berkelapangan. Kita tengok gambar sahajalah


Seronok lubna sambut besday dia walaupun awal beberapa hari


Nasi mandy kegemaran walid

Susah jugak bila app tak sama fungsi bila beralih OS

Godek2 blogger mmg byk kekurangan pd platform android, tak macam ios lebih mirip cam laptop...
Testing gambar 1


Ok dpt masuk gambar pertama, nak test gambar kedua lak



Ok kita try publish dulu

Thursday, 23 November 2017

Majlis kesyukuran

Saya dan syikin merancang sebuah majlis kesyukuran di ofis fakulti. Alhamdulillah berjalan lancar.

Majlis ini sempena kesyukuran tamat belajar PhD kami alhamdulillah. Tak sangka cepat masa berlalu. Rasa baru aritu kami sau goodbye nak pergi sambung belajar. Sy ke Jordan. Syikin ke UKM.

Saya masak tiga ekor ayam. Masak nasi mandi. Letak dalam dulang dan wrap.

Milad lubna

Sambut hari lahir lubna di umah nenej dengan sepupu sepapat...

Dah 5 tahun anak umi walid.

Anak solehah amin.

Alyan pandai merangkak

23 november Alyan dah pandai merangkak. Selama sebulan ni asyik  mengesot. Makin hari makin laju.

Umur dah 8 bulan stgh. Minggu depan nak gi cucuk vaksin.

Kelas tinggal lagi empat minggu. Dalam nak abis kelas ni ada pulak masalah lain hmmm. Macam-macamlah bila dipiki sakit kepala.

Sunday, 24 September 2017

Rutin harian

Saya mula melapor diri bekerja secara rasmi selepas cuti bersalin pada 11 Jun yang lepas. Alhamdulillah.

Masuk kerja ketika semester pendek bermula memang jannah hehe. Kelas takde, yang ada meeting dan meeting untuk program bagi semester mendatang.

Tiga bulan juga student cuti menjadikan suasana sunyi dan damai di unisza. Student diploma pun tak ramai mana.

Buka sem satu pada 11 september baru ni maka rasminya kelas pun bermula. Fasol ni saya mengajar dua madah. Ilmu lughoh am dan khatabah wal munazaroh bagi pelajar ijazah b.arab sem 5 dan sem 3. Workload 14 jam seminggu dengan jumlah pelajar 224 orang.  Huhu.

Tambah lagi dengan tugas sebagai penyelaras siswazah fbk. Kena mula belajar setapa demi setapak nak bekerja dalam bidang pengurusan di samping kerja hakiki mengajar.

Penat tak? Penat sangat. Bertindan-tindan kerja. Tapi takpe salwa penatnya sekejap sj. Habis sem ni boleh menarik sikit nafas lega harapnya.

Friday, 22 September 2017

عيد ميلاد زوجي

Tadi dah taip abis hilang. Lubna punya kerja. Geram. Hilang mood nak menulis.
Sambut hari lahir suami di lolipop cafe dataran tembesu k.terengganu. Kali pertama mencuba. 5/10 huhu. Tapi bagi suami katanya oklah
Tunggu order...

RM39.90 sekali dengan empat gelas air asam boi. Suami kata ok sy bagi 6/10 kot...

Lagi beberapa tahun genap umur abang 40 tahun. Tua dah kan hihi. Beza umur kamu lima tahun. Sebab tu kadang2 saya panggil pakcik kat suami 😂

Umur saya plk dah 33 tahun tahun ni. Rasa sekejap je masa berlalu. Tadi borak dengan suami, umur 3 tahun saya xingat lagi apa2, umur 13 tahun saya di tingkatan dua, umur 23 tahun saya sedang ambil master, dan umur 33 tahun saya dah dapat PhD dengan dua orang anak hihi. Agaknya umur 43 tahun boleh dapat prof madya x?😅

Hari ni juga suami tanya bila nak update blog lagi tulis perkembangan anak2. Sian Alyan ummi tak sempat catat perkembangannya. Usia dah 6 bulan setengah.

Dah boleh meniarap, duduk (dengan bantuan), gelak ketawa berdekah-dekah, tak tahan geli kena geletek, bila makan makanan yang disukai macam gelojoh je xsabar2 haha, pandai main, tak takut orang setakat ni, berag badan dah 10kg fuh baru nak masuk 7 bulan.

Oklah penat menulis. Nanti sambung cerita bab kerjaya saya sekarang. Tugas sebagai ummi, isteri dan pensyarah di sebuah IPTA. Kalau dulu citer zaman belajar PhD sekarang semua tu dah jadi kenangan yang akan saya kenang sampai mengalir airmata kerinduan.

Thursday, 21 September 2017

Awal muharam

Dah masuk tahun baru hijrah Islam. Alhamdulillah masih diberikan nafas dan nikmat kesihatan.
Nikmatnya bila dapat makanan yang tengah diidamkan. Tauge goreng...

Tuesday, 29 August 2017

Bulan september bakal tiba

Semester satu akan bermula 11 september ni. Berdebar pulak nak kena mengajar semula. Antara excited dan gelisah. Lagi beberapa hari lagi raya haji. Takde persediaan khas raya kali ni. Tak buat korban sebab hajat nk buat aqiqah hujung bulan september ini inshaAllah.

Makan di rumah kak ti baru ni. Sedapnyeee


Gambar potluck di ofis dah xde dalam ipad. Nanti kena cari semula dalam laptop tepek kat sini.

Ok nam layan Alyan.


Monday, 17 July 2017

Kawan ziarah raya

Saya tak buat open house raya. Cuma kalau ada nak datang kena bagitau awal. Bolehlah masak apa yang patut...









Thursday, 13 July 2017

احتفال بعيد الزواج تسعة سبعة



Sambut ulangtahun perkahwinan ke-6 di ruang tamu rumah hihi. Macam biasa lubna yang lebih excited. Basit sgt persediaan kami. Beli kek di secret recipe 3 potong. Ada lebihan nasi ayam & beli kfc serta goreng kopok lekor. Yang penting makan sama-sama.:)

Melayan dua orang khalifah sambil walid solat jumaat. Petang ni mak abah nak datang buka pose si rumah kami inshaAllah...


Gambar ziarah raya ke rumah sahabat-sahabat...






Monday, 3 July 2017

Hari raya 2017

Lubna pegi raudhoh sehari je:(. Nak ke cari tadika yang banyak bermain dan ada banyak permainan nampaknya.


Raya baru ni tema mix match coklat warna utama..


Tahun ni beraya di terengganu dulu memandangkan banyak program di kelantan bermula raya ketiga. Sepatutnya giliran beraya di kelantan dulu tahun ni. Nampaknya lepas ni kami akan tentukan giliran beraya berdasarkan program yang ada di kelantan dan terengganu. Mudah dan tak terlepas jemputan-jemputan raya yang ada sepanjang seminggu syawal.

Raya pertama di rumah mak nasi impit dan rendang...


Buah hati ummi walid...


Ok, dah maghrib. Ilaliqo'.

Friday, 16 June 2017

Apa-apa saja...

Tiada yang menarik untuk dicatatkan menyebabkan blog ini terbiar tanpa tulisan.

Sudah seminggu masuk kerja. Lubna belum kami hantar ke raudhoh. Lepas raya inshaAllah. Alyan pula akan diasuh oleh walid sampai besar sedikit. Tak sanggup nak hantar kecil-kecil ke taska. Kebetulan suami freelancer. Masa kerja saya pula fleksibel dari ahad hingga sabtu cukup 39 jam bekerja sudah memadai.

Bila sudah betul-betul sibuk masa bekerja akan jadi lebih 39 jam seminggu. Dan bila dah sibuk barulah pandai manage masa kui2. 

Saya jual pes tomyam RM10 sebotol. Sape nak boleh bagitau sekitar k.terengganu...


Sejak balik dari jordan, keinginan berniaga jadi membuak-buak. Rasa seronok dapat menambah pendapatan walaupun sedikit. Rasa puas.

Oklah, malas nak menulis. Alyan dah merengek. Petang nanti mak abah mungkin akan berbuka di sini inshaAllah.


Wednesday, 7 June 2017

عليان بلغ ثلاثة أشهر

Genap Alyan tiga bulan. Makin debab. Berat mencapai 7kg. Pegang sebelah tangan nak basuh kencing @ beraknya geletar tangan ummi. Banyak walid yang basuhkan. Peha tu dah berlapis-lapis. Kena selak dulu baru dapat basuh bersih haha.

11 jun dah mula kerja inshaAllah. Dah dapat lantikan baru bermula 1 mac 2017 dengan kenaikan gred ke DS52 dan pertambahan gaji. Berkali-kali panjatkan rasa syukur. Semuanya dari Allah. Susah senang segalanya dari Allah. Alhamdulillah :). Semoga dapat bekerja penuh dedikasi kerana Allah. 

Alyan untuk sementara waktu walid akan jagi sampai umur 7 bulan. Ummi harap semuanya berjalan lancar. Lubna akan ke tadika mungkin lepas raya. Masuk kerja bulan ni kelas dah habis. Tunggu september nanti fasol baru buka kelas akan bermula seperti biasa. Madah debat dan lughoh am diamanahkan kpp u.fauzi untuk saya ajar fasol muqbil. Gerun juga terutama lugoh am tu dah lama 
tinggal. 

Ok, dalam masa bercuti bersalin ni bila dah sihat sikit saya mengemas rumah. Maklumlah bertahun tinggal. Baru ni siap pasang kabinet setelah sebulan dua minggu menunggu...


RM4000 atas bawah. puas hati alahmdulillah.

Ruang tamu yang simple. Tak suka banyak barang dan perabot. Letak mana yang penting saja...


Punggah hadiah kawin...


Berbuka di rumah mak abah dua hari lepas...Alyan suka beno atuk dukung...


Antara menu di rumah sendiri...


Boleh kira berapa kali je pegi bazar. Tak lalu nak makan luar. Kalau beli pun sate dan murtabak.

Ok alyan nangis. Arakum lahiqon inshaAllah.







Monday, 22 May 2017

Saturday, 6 May 2017

Dah dua bulan anak kami...

Dah hampir 2 bulan permata hati kedua ini...


Lama ya x update blog. Sibuk dengan banyak urusan.

Lusa mahu ke KL atas beberapa urusan lagi.

Dalam ipad mula penuh dengan gambar anak.

Gambar makanan walau makan hari-hari dah xsempat nak ambil. Kihkih.


Malaysia sangat panas. Duduk di dapur memasak berpeluh-peluh. Rasa tak sanggup nak masak hari-hari cenggini. Tak macam di Jordan suhu sedap masak tiga kali sehari pun seronok. 

Ok, nak berehat.

Monday, 3 April 2017

Alhamdulillah selesai urusan sijil

Lepas dapat shahadat dan transkrip dari jamiah terus cop di:

Ta'lim aliy jubeyhah(JD 3/sekeping)
Khorijiyyah (JD 5/sekeping)

Tranksrip walaupun ada beberapa helai dikira sehelai. Mujur.

Jumlah kena bayar: JD 40

Kemudian ke sifaroh untuk cop kedutaan dengan en. Amin.

Selesai.

Urusan semalam memenatkan tapi alhamdulillah bebaloi siap semua. Hantar iqomah di balai polis, amik cop di ilaqot ammah, follow up yuran dengan maliyah alhamdulillah settle yuran semalam dan terus ke qabul tasjil untuk amik shahadat. Walaupun agak complicated di qabul tasjil sebab status yuran yang baru settle juga semalam akhirnya dapat juga sijil2. 

Semalam juga baru dapat tahu majlis konvo 8/4 ini sabtu huhu. Jadi ambil robe terus sebab telah dibayar dalam yuran baru ni, dapat kad jemputan juga. Sayangnya xde rezeki untuk hadir memandangkan malam ini kami semua akan berlepas pulang ke Malaysia for good inshaAllah.

Suami dan anak menemani. Kereta dah xde jadi guna teksi ke sana ke mari...



Friday, 31 March 2017

Kereta dah takde...

Melepaskan kereta ke jumruk.

Kos: 300JD (saya bagitau agen tak nak bayar lebih dari 300jd, ingatkan dapatlah kurang dari 300, akhirnya 300 tepat juga diorang caj)

Proses: 2 hari (Isnin jam 10.40 am - 1 petang untuk sign sana sinun, agen yang uruskan tapi kena sentiasa ada bersama untuk sign. Berurusan dgn yasin dan abu alharb) (khamis jam 11-11.40 am di jumruk sayyaroh ajnabiyyah untuk ambil dokumen segala berurusan dengan mustofa)

Kereta akan dipotong tiga memandangkan tiada pembeli.

Bawa dokumen berkenaan ke jamiah untuk dicop dapatkan baroah zimmah untuk kereta dan selesai. Ahad ini inshaAllah ke jamiah pula.

Di jumruk...


Odw ke jumruk isnin lepas makan falafil dan sandwich falafil. Pasti rindukannya nanti...


Lupa nak update citer makan2 di rumah maisarah. Saya belanja sedulang, tihah belanja sedulang...15jd dan 12.50jd


Meriah tak hehe..saya tambah meehoon goreng serta sosej bakar dan suami buat ketupat sotong...


Aduh teringin pulak.

Makan malam tadi beli di mat'am dar darak. Maqlubah sedap yang lain biasa dan khowasiy langsung tak sedap..huhu


Suaimi terjumpa ikan selayang di carrefour. Buat masak kicap sedapnyeee...


Lagi beberapa hari akan pulang for good. Nak sambung mengemas.



Thursday, 23 March 2017

Macam biasa, blog makanan...

Hari ke-16 ni menu lepas bersalin pun makin mengancam. Dah mula makan menu yang berminyak hehe. Pantang tengok, pantang bosan terus ke dapur masak mana yang boleh. Bila hobi memasak, beberapa hari tak masak rasa stress tau.

Ini suami beli tadi makan dengan nasi lemak...


Nasi lemak pagi tadi ganti daun pudina, tak berani makan timun takut sejuk badan sakit pulak...


Ikan bakar makan dengan roti. ما أشهاه!


Ini kabsa malam semalam. Ketung-ketang di dapur. Suami siapkan basuh ayam, senang keja memasak saya...


Lauk berpantang beberapa hari lepas..l



Permata hati kami...sakitnya melahirkan kalian berdua Allah saja yang tahu...


Bila melihat wajah comel anak dan baunya yang wangi terus hilang kenangan perit melahirkan mereka. Ajaibkan. Sebab tu jangan cakap serik beranak walau pun waktu bersalin dalam hati tekad dah tak nak beranak. Sayalah tu haha. Beberapa tahun lepas tu terus lupa sakit bersalin dan mengandung pulak. Kihkoh. 

Tadi pergi jamiah tanya tentang syahadah, kholud cakap syahadah saya dah ada cuma tunggu saya hantar borang baroah zimmah (pelepasan universiti dari sebarang denda). Alhamdulillah. Kalau bukan kerana yuran yang masih belum dibayar kpt, saya dah siap dapat syahadah dan pulang secepat yang mungkin. Takdir Allah tidak sama dengan apa yang dirancang. Pasti ada hikmahnya inshaAllah. Minggu depan akan follow up balik dengan kpt berkenaan yuran. Harap selesailah semua minggu depan. Doakan ye.



Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...