Tadi dah taip abis hilang. Lubna punya kerja. Geram. Hilang mood nak menulis.
Sambut hari lahir suami di lolipop cafe dataran tembesu k.terengganu. Kali pertama mencuba. 5/10 huhu. Tapi bagi suami katanya oklah
Tunggu order...
RM39.90 sekali dengan empat gelas air asam boi. Suami kata ok sy bagi 6/10 kot...
Lagi beberapa tahun genap umur abang 40 tahun. Tua dah kan hihi. Beza umur kamu lima tahun. Sebab tu kadang2 saya panggil pakcik kat suami 😂
Umur saya plk dah 33 tahun tahun ni. Rasa sekejap je masa berlalu. Tadi borak dengan suami, umur 3 tahun saya xingat lagi apa2, umur 13 tahun saya di tingkatan dua, umur 23 tahun saya sedang ambil master, dan umur 33 tahun saya dah dapat PhD dengan dua orang anak hihi. Agaknya umur 43 tahun boleh dapat prof madya x?😅
Hari ni juga suami tanya bila nak update blog lagi tulis perkembangan anak2. Sian Alyan ummi tak sempat catat perkembangannya. Usia dah 6 bulan setengah.
Dah boleh meniarap, duduk (dengan bantuan), gelak ketawa berdekah-dekah, tak tahan geli kena geletek, bila makan makanan yang disukai macam gelojoh je xsabar2 haha, pandai main, tak takut orang setakat ni, berag badan dah 10kg fuh baru nak masuk 7 bulan.
Oklah penat menulis. Nanti sambung cerita bab kerjaya saya sekarang. Tugas sebagai ummi, isteri dan pensyarah di sebuah IPTA. Kalau dulu citer zaman belajar PhD sekarang semua tu dah jadi kenangan yang akan saya kenang sampai mengalir airmata kerinduan.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete