Friday, 31 March 2017

Kereta dah takde...

Melepaskan kereta ke jumruk.

Kos: 300JD (saya bagitau agen tak nak bayar lebih dari 300jd, ingatkan dapatlah kurang dari 300, akhirnya 300 tepat juga diorang caj)

Proses: 2 hari (Isnin jam 10.40 am - 1 petang untuk sign sana sinun, agen yang uruskan tapi kena sentiasa ada bersama untuk sign. Berurusan dgn yasin dan abu alharb) (khamis jam 11-11.40 am di jumruk sayyaroh ajnabiyyah untuk ambil dokumen segala berurusan dengan mustofa)

Kereta akan dipotong tiga memandangkan tiada pembeli.

Bawa dokumen berkenaan ke jamiah untuk dicop dapatkan baroah zimmah untuk kereta dan selesai. Ahad ini inshaAllah ke jamiah pula.

Di jumruk...


Odw ke jumruk isnin lepas makan falafil dan sandwich falafil. Pasti rindukannya nanti...


Lupa nak update citer makan2 di rumah maisarah. Saya belanja sedulang, tihah belanja sedulang...15jd dan 12.50jd


Meriah tak hehe..saya tambah meehoon goreng serta sosej bakar dan suami buat ketupat sotong...


Aduh teringin pulak.

Makan malam tadi beli di mat'am dar darak. Maqlubah sedap yang lain biasa dan khowasiy langsung tak sedap..huhu


Suaimi terjumpa ikan selayang di carrefour. Buat masak kicap sedapnyeee...


Lagi beberapa hari akan pulang for good. Nak sambung mengemas.



Thursday, 23 March 2017

Macam biasa, blog makanan...

Hari ke-16 ni menu lepas bersalin pun makin mengancam. Dah mula makan menu yang berminyak hehe. Pantang tengok, pantang bosan terus ke dapur masak mana yang boleh. Bila hobi memasak, beberapa hari tak masak rasa stress tau.

Ini suami beli tadi makan dengan nasi lemak...


Nasi lemak pagi tadi ganti daun pudina, tak berani makan timun takut sejuk badan sakit pulak...


Ikan bakar makan dengan roti. ما أشهاه!


Ini kabsa malam semalam. Ketung-ketang di dapur. Suami siapkan basuh ayam, senang keja memasak saya...


Lauk berpantang beberapa hari lepas..l



Permata hati kami...sakitnya melahirkan kalian berdua Allah saja yang tahu...


Bila melihat wajah comel anak dan baunya yang wangi terus hilang kenangan perit melahirkan mereka. Ajaibkan. Sebab tu jangan cakap serik beranak walau pun waktu bersalin dalam hati tekad dah tak nak beranak. Sayalah tu haha. Beberapa tahun lepas tu terus lupa sakit bersalin dan mengandung pulak. Kihkoh. 

Tadi pergi jamiah tanya tentang syahadah, kholud cakap syahadah saya dah ada cuma tunggu saya hantar borang baroah zimmah (pelepasan universiti dari sebarang denda). Alhamdulillah. Kalau bukan kerana yuran yang masih belum dibayar kpt, saya dah siap dapat syahadah dan pulang secepat yang mungkin. Takdir Allah tidak sama dengan apa yang dirancang. Pasti ada hikmahnya inshaAllah. Minggu depan akan follow up balik dengan kpt berkenaan yuran. Harap selesailah semua minggu depan. Doakan ye.



Sunday, 19 March 2017

Hari ke-12 berpantang

Selepas sepuluh hari bersalin, badan rasa lebih sihat dan segar. Sakit pada bahagian perut makin berkurangan. Alhamdulillah. Hari ke-14 jangka saya akan lebih segar inshaAllah. 

Sepanjang dalam pantang 12 hari ni ke sana ke mari saya dah mula bergerak. Ke hospital cabut plaster pada hari ke tujuh selepas pembedahan, kemudian ke kedutaan pula. Walau terasa sakit dan sengal pada perut dan luka jahitan, perlu gagahkan diri juga. Hari kesepuluh pergi jamuan besday anak kawan di Tobarbur juga. Dan hari ini hari ke-12 pergi ke jamiah dan balai polis untuk urusan kereta.

Hari ini juga baru dapat tahu yuran pengajian lepas belum dibayar KPT. :(. Entah macam mana dengan sijil graduate bila tah boleh dapat kalau macam ni. Hajat nak balik Malaysia akhir bulan ni nampak gaya perlu ditangguh sedikit ke bulan empat. Kalau boleh saya nak pulang bersama sijil. Tak mahu menyusahkan orang di sini turun naik bangunan demi mendapatkan sijil tersebut. Geram betul dengan sistem kerja KPT. Kecewa. Pasrah dan redha. Yang penting dah berusaha untuk setiap urusan. Esok perlu ke jamiah lagi untuk mendapatkan salinan baki yuran tertunggak dari qism muhasabah. Nak emelkan pada En.Alimi di EMJ. Harap beliau dapat membantu.

Hari ni juga tali pusat Alyan gugur alhamdulillah. Walid cukur rambut Alyan hari ini juga.

Menu semalam. Sayur masak bening menu wajib sejak berpantang...


Makan petang semalam, teringin. Kabbab, syuqof dan shish towuq. Yang ni memang sesuai tuk orang dalam pantang bedah makan. Tak berminyak...


Balik dari majis besday anak maisarah...


Di rumah maisarah dan iwan...


Geram tengok makanan yang terhidang. Tapi kena tahan sabar. Makan mana yang boleh. Tuan rumah sediakan ikan bakar seabream untuk orang dalam pantang kihkoh. Makan dengan nasi putih dan sedikit kuah asam dan ayam goreng berempah alhamdulillah. Tak dilupa donut pun saya sempat ngap juga kihkoh.

Pantang makan saya tak strict sangat. Saya hanya elak minum ais, makan makanan yang sejuk berangin dan gatal saja. Ayam dan daging saya makan macam biasa lepas 3-4 hari bedah. Luka bedah pun alhamdulillah kering dan semakin baik. Yang pasti memang saya tak mandi sampai sekarang. Hanya lap badan dengan kain dan basuh rambut sahaja. Kebetulan cuaca di Jordan sekarang dingin-dingin sejuk. Tak mandi basah pun masih selesa kui2. Tapi kalau di Malaysia mesti berlengas dan rimas kalau tak mandi kan. Kalau nak mandi balut betul-betul kawasan jahitan. Jangan bagi kena air langsung terutama dalam masa dua minggu lepas pembedahan. InshaAllah cepat puli.

Vitamin pulak saya beli di farmasi. Multivitamin yang sesuai dimakan semasa kehamilan dan selepas. Balik Malaysia nanti nak sambung ambil shaklee pula dan pati ikan haruan inshaAllah.


Wednesday, 15 March 2017

Cerita sebuah kelahiran

Jom baca catatan pengalaman saya melahirkan amanah Allah ini:

5/3/2017: Check up dengan Dr.Widad di kliniknya dan maklumkan baby tak berapa aktif. Doktor sarankan ke hospital Aqso untuk buat CTG.

6/3/2017: Rasa gerakan baby aktif jadi tangguhkan ke hospital. Cuma dari subuh ada bleeding sampai maghrib. Rasa risau. Darah berlendir. Lepas Isyak ke hospital dengan suami. Di hospital misi buat CTG. Maklumkan ada lendiran darah keluar tapi misi kata perkara biasa dan tak buat sebarang check up berkaitan bleeding. Misi kata boleh masuk malam ni hospital dan induce (wiladah istinaieyah) sebab baby kurang aktif. Saya bincang dengan suami minta tangguh esoknya (selasa). Sign surat bertulisan tangan untuk menanggung apa-apa risiko sebab nak balik dan tangguh induce dan balik dengan tawakkalnya. Misi ingatkan untuk datang jam 8 pagi esoknya untuk induce dan melahirkan, rasa macam mimpi kalau betul esok peru bersalin paksa.

7/3/2017: jam 8.10 am sampai di hospital yang jaraknya 5 minit je dari rumah. Masuk qism wiladah tukar baju dan berbaring atas katil. Misi cucuk tangan dengan jarum dan masukkan air untuk membantu mengaktifkan baby. Blur sebab rasa betul ke akan beranak hari ni? Lepas sejam misi masukkan drip lain. Botol ubat induce katanya. Berdebar takut sakit. Pendek cerita dari jam 9.30 pagi lebih kurang hingga jam 7.30 malam saya berbaring atas katil dengan drip induce di tangan tanpa boleh makan dan minum. Penat dan bosan serta lapar. Suami tak dibenar tunggu lama. Lubna kami tinggalkan dengan kawan mujurlah. Sepanjang induce misi buang air kecil guna tiub yang dicucuk bawah tu dan tadah air kencing dalam sarung tangan getah. Ngilu. Habis air kencing tumpah atas katil bersama sedikit darah. Sabar. Sakit induce belum terasa. Jam 7.30 malam misi baru bertukar shift. Dilihatnya saya relax takde rasa sakit, dipercepatkan drip ubat induce. Dari pagi drip yang turun setitik setiap 5 saat, kali ini tiap saat setitik. Laju. Tiba-tiba ya Allah dah rasa seperti senggugut. Semakin lama semakin teruk rasa sakit. Dalam jam 8 malam lebih muncul k.yah dan fatihah rakan PhD di Jordan juga tanpa disangka. Sempat bertegur sapa. Hajat mereka mahu menemani tapi apakan daya saya dah terlampau sakit hanya sempat berborak sebentar. Saya genggam tangan k.yah tiap kali rasa sakit kontraksi datang. K.yah gosok belakang saya sambil ajar zikir-zikir. Rasa sedikit lega. Mujur ada yang menemani memandangkan suami tak dibenarkan bersama. Sempat saya kerling tihah yang cuak melihat saya menahan sakit teramat. Ya sangat dan amat sakit. Bila dah semakin sakit semakin tidak waras berfikir. Dalam hati rasa menyesal mengandung. Sedangkan dulu waktu bersalinkan lubna saya dah tekad tak mahu mengandung lagi sebab serik dan fobia dengan kesakitan. Cepat betul kita perempuan lupa. Sepanjang induce, berkali2 bahagian bawah saya diseluk misi untuk cek bukaan. Time belum sakit kontraksi saya ok lagi walau rasa malu dan sedikit sakit. Tapi bila diseluk saat sakit kontraksi ya Allah rasa seperti diseksa dan didera. Selukan jam 12 malam saya menjerit kesakitan dan menolak misi supaya berhenti dari menyeluk. Masih 3cm kata misi hampa. Saya apatah lagi terlebih hampa. Dengan sakit yang teramat bila doktor masuk dan cek bukaan lagi dan bukaan masih 3cm saya merayu minta qaisoriyy (czer). Teringat petang tadi doktor dah offer untuk czer tapi saya enggan memandangkan belum ada rasa sakit beranak. Malu pulak. Tapi doktor pun dah sebut kalau lepas jam 12 malam bukaan masih sedikit maka saya akan dibedah juga. Akhirnya qaddarallahu ma sya' saya ditolak ke dewan bedah dalam jam 12.30 mlm. Tunggu suami tersayang datang dari rumah dan sign persetujuan bedah serta menambah bayaran. Bila terdengar suara suami di luar bilik rawatan induce rasa lega dan rindu...

Saat diinduce...


8/3/2017: jam 12.30 am ditolak ke bilik bedah. Sakit kontraksi menjadikan saya tidak waras dan hilang rasa malu. Ketika di bilik bedah mulut saya tak lekang mengucap Allahuakbar. Sudah tidak segan dengan doktor lelaki yang ada. Sebelum dibius, sempat  melihat doktor cucuk jarum di tangan kiri pula. Lepas tu terus tak sedarkan diri.

Akhirnya dalam jam 1.10 am amanah Allah ini selamat dilahirkan melalui pembedahan. Lebih kurang 40 minit proses pembedahan. Cepat juga ye. Bila tersedar, sy masih mamai dan tidak dapat menggerakkan badan langsung. Dapat rasa doktor sedang menjahit bahagian tepi kanan perut. Rasa perit tapi tak dapat buat apa-apa hanya menjerit dalam hati. Tiba-tiba rasa kerongkong bagai dijolok sesuatu. Rupanya proses menyedut kahak di kerongkong sedang dilakukan. Rasa lebih selesa bila kahak tiada tapi bila doktor tarik semula alat penyedut tu terasa sakit perit. Dalam mamai, kaki terasa seperti ditepuk-tepuk. Rupanya misi suruh beralih katil. Eh biar betul? Betul. Saya mengesot dalam sakit berpindah ke katil sebelah untuk ditolak ke wad pula. Dalam sakit menggagahkan diri jua. Sempat saya bertanya: wein baby? Lepas tu saya terus mamai sampailah ke bilik wad. Pindah ke katil lagi dengan sendirinya mengesot dalam sakit. Dari lepas bedah hingga jam 6.30am saya tidur kesan dari ubat bius. K.yah dan tihah setia menemani. Kasihan diorang dengan tido atas kerusi tak selesa. Suami pulang sekejap ke rumah. Lubna pun ketiduran di kerusi wad.

Pagi-pagi lagi misi minta saya berjalan. Ditawar bantuan untuk saya bangun dari katil dan berjalan dengannya. Saat bangkit dari katil ya Allah sakitnya perut. Tak mampu mengampu badan. Tak mampu bangun. Tak mampu menjejakkan kaki ke lantai. Bila sudah berjaya berdiri, tak mampu menggerakkan kaki. Rasa sakit bengkak teramat pada bahagia perut. Rasa seperti dirobek-robek perut. Paksa kaki melangkah walau sedikit, rasa seperti diseksa. Ini rupanya kesan czer. Rasa sedih.

Dalam jam 9am di wad bilik seorang bersama suami tercinta dan anak-anak kesayangan...


Jam 12.30 malam baru dibenarkan pulang. Tekad mahu pulang kasihan suami sudah capek. Lagi pula rumah dekat. Masih seriau mahu berjalan. Perut masih terasa berat, bengkak dan sakit. 

9/3/2017: sudah berada di rumah. Perut masih sakit bila perlu bangkit dari tidur ke kedudukan duduk dan berdiri. Rasa down. Seriau setiap kali mahu bangun ke tandas. Seriau bila perlu menyusu baby. Hanya dapat menyusu sambil terlentang. Kadang tewas dengan rasa sakit, minta suami bancuhkan susu tepung bekalan dari hospital untuk baby. Mujurlah baby kedua ni tak cerewet. Tidurnya panjang alhamdulillah. Tidak banyak meragam. Allah tarik satu nikmat, diganti nikmat yang lain. Terima kasih Allah. 

Hari keempat selepas pembedahan badan mula beransur sihat, alhamdulillah. Rasa sakit pada perut mula beransur kurang. Yang pasti tangan gatal sama nam mengemas rumah. Rasa geram bila tak dapat tunduk mengutip barang-barang yang jatuh atas lantai. Geram melihat mainan lubna bersepah depan mata. Dalam hati tak berenti berdoa ya Allah aku ingin cepat sembuh dan sihat. 

Hari ni dah masuk hari ke sembilan dalam pantang. Semakin sihat. Semalam ke hospital menanggal plaster. Alhamdulillah jahitan baik dan tidak ada sebarang jangkitan. Siap di hospital, kami menuju ke kedutaan untuk membuat sijil beranak Malaysia dan mendapatkan passport kecemasan untuk baby agar dapat pulang akhir bulan ini inshaAllah.

Saya perlu kuat, perlu cepat sembuh. Minggu depan perlu uruskan hal kereta pula. Hal di jamiah mengambil sijil senat. Mengemas beg dan rumah. Mengargo sedikit barang dan membeli-belah untuk kali terakhir di Jordan.

Semakin hari semakin baik. Cuma kalau terlebih gerak atau buat kerja saya akan mula rasa seram sejuk. Cepat-cepat minta suami panaskan tungku. Lega bila panas meresap ke dalam kulit. Cuaca pulak boleh tahan sejuk 14°c-18°c siang hari. Menambah lagi rasa dingin dan sejuk.

Bila dalam sakit seperti sekarang, suami banyak membantu menyiapkan keperluan saya. Menyediakan makan minum. Memakaikan stokin dan seluar kerana saya tak mampu menunduk. Menyiapkan baby. Tiap hari makin bertambah sayang pada suami. Semakin rasa takut kalau kehilangan abang. Rasa sedih bila terkenang pernah membuat abang tersinggung dengan kata-kata. Tiap kali melihat suami, saya akan berdoa agar Allah berkati umurnya, diluaskan rezekinya, dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat. Awa cintakan abang kerana Allah. Maafkan segala kekhilafan awa.

Antara menu dalam pantang (pantang tengok makanan sedap) air tangan suami...



Cahaya mata kami yang kedua...


Kami panggil 'ustaz' sebab baik sangat. Bangun untuk menyusu dan tukar pampers. Selebihnya tidur kih3. Alhamdulillah ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku. Kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat.


8/3/2017 المولود الثاني الجديد

الحمدلله بنعمته تتم الصالحات

الولادة عن طريق العملية القيصرية في المستشفى الأقصى للتوليد في طبربور عمان الاردن

التكلفة للولادة ٦٥٥ دينار

صورة عند التطعيم للولادة الاصطناعية



بعد الولادة للغداء


للفطور



مولودنا الحبيب


في البيت ما أحلاه


Buat suami yang tersayang, terima kasih atas bantuan dan sokongan abang. Uhibbuka fillah.

Sambung nanti. Banyak yang ingin dicerita.


Friday, 3 March 2017

آخر مارس في الاردن...

Rasa tak sabar mahu pulang ke tanah air. Tapi dalam hati rasa sedih semua yang di sini akan menjadi kenangan yang pasti dirindui. Sepanjang bulan dua ni kami berkemas apa yang patut. Saya menyiapkan dua artikel yang tak pasti samada diterima atau tidak huhu. Menyiapkan borang-borang untuk lapor diri nanti. 

Makan semalam soto...



Buat sambal dalam pantang nanti..lada hitam, kunyit, bilis, halia yang digoreng tanpa minyak dan tumbuk hancur..sedap sangat..


Kumpul barang-barang untuk dijual pada pelajar Malaysia di sini. Makin kosong dah rumah kami...



Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...