Thursday, 22 February 2018

Nasi ayam oh nasi ayam....

Makan jumaat pagi...


Antara dua nasi ayam atau nasi minyak. Suami pilih nk makan nasi ayam.

Kalau ikutkan tekak nak makan dua dua. Tapi tak berapa rajin nak masak ayam masak merah. Jadilah nasi ayam rebus goreng siap.

 Menu beberapa hari ni lebih menyihatkan dengan sayur masak air hampir tiap hari. Kalau boleh nak elak beli makanan di luar sebab fobia keracunan makanan lagi.

Kecuali semalam ada bengkel penyeliaan siswazah terpaksa makan makanan yang disediakan. Tekak rasa kembang je. Lepas makan sayur kobis goreng kicap keluar angin sendawa tak berapa enak. Mungkin kobis tak dibasuh bersih. Serik. Lepas ni takyah amik sayur. Cincai aje diorang basuh dan potong. Yang sakit perut nanti diri sendiri yang makan.

Ini makan dua hari lepas. Sampai rumah terus ke dapur siapkan makan malam tapi makan pafa petang hari kuikui.

Lauk hari sebelumnya pula ayam bakar, lemak kangkung, kacang panjang tumis telur...
 

Harap dapat istiqimah bab makanan keluarga. Nak elak sangat makan makanan di luar. Makan tengahari di ofis saya akan usahakan bawa bekal sendiri inshaAllah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...