Penat tak boleh lari dari kehidupan.
Penat emosi lebih parah dari penat jasmani.
Penat emosi hanya boleh dipulihkan dengan rasa tenang dan bahagia. Tak perlu fikir apa-apa. Tak perlu kejar apa-apa. Bestnya.
Selalu sangat fikir apa cara untuk mendapatkan duit tetap bulanan supaya boleh berhenti kerja. Pekerjaan yang goyang kaki dapat untung 5-6k sebulan pun cukuplah. Seronoknya berangan.
Masak ikan patin di rumah mak jumaat baru ni.
Bila ada anak kecil berganda penatnya. Balik rumah tak mungkin dapat berehat. Mahu tidur pun seakan mustahil. Semua ibubapa pasti lalui situasi yang sama. Tapi cara yang berbeza untuk menangani rasa beban.
Rasa mengantuk. Tapi hero heroin tengah aktif bermain menyepahkan kamar tidur. Lupakan hajat nak tidur. Baik gi dapur potong bawang untuk stok memasak rabu ni sempena hari sumbangan makanan di Pasti lubna.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك