Karnivel e-learning di UniSZA. Kali pertama masuk memang kelakar bila tengok tajuk sendiri. Kihkoh. Tajuk orang lain canggih manggih.
Bidang teknologi pendidikan bukan bidang saya tapi bila dah nama pendidikan memang semua ke arah memanfaatkan teknologi dalam pendidikan. Nak tak nak kena bergerak seiring dengan perkembangan dunia.
Aplikasi Facebook Group untuk PdP literasi bahasa Arab (membaca & menulis). Mula daftar group ni pada awal februari. Letih jugalah nak fikir pengisian bahan. Lepas ni kena siapkan bahan lebih awal.
Karnivel ni peserta perlu bayar RM150 untuk penyertaan dan sediakan poster ukuran A1 dan present dalam masa 10 minit kepada juri. Presentation senang je tapi nak siapkan bahan selama beberapa bulan itu yang sukar. Nak tarik pelajat untuk aktif itu yang sukar. Majoroti pelajar suka, dan segelintir kurang suka guna Facebook. Padahal ruangan komen dalam FB memungkinkkan pelajar mempraktikkan bahasa Arab semaksimum mungkin. Nak dan tak nak sahaja.
Kami hantat dua penyertaan. Produk saya dan syikin. Emas untuk syikin dan perak untuk saya. Jadi kami dapat dua2 sebab berpasukan.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك