Monday, 30 July 2018

Panas hati

Panas hati dengan pelajar postgrade bawah seliaan. Hari pertama jumpa nak defend proposal berjanji nak siapkan dalam masa dua hari memandangkan saya akan ke KL Rabu ini. Hari ni datang jumpa bagitahu proposal tak dapat nak siap, laptop tinggal di negaranya. Pinjam laptop kawan minta masa lebih.

Baiknya hati saya offer baca kut emel atas dasar kesian. Tiga pelajar perangai sama. Alasan semua nak balik negara sendiri. Perlu balik secepat mungkin. Apa ekau ingat belajar di Malaysia ni macam tadika ke ikut suka ekau nak datang bila nak balik bila. Apa ekau ingat ekau sorang je  belajar luar negara? Selagi tak siap proposal, tak lulus PD jangan pergi mana. Degil.

Hasilnya dua dari proposal sebelum ini macam @%&{>. Buat terburu-buru. Lepas dapat major correction dari penilai terkulat-kulat nak baiki sampai berbulan-bulan diam hingga sekarang. Belum lagi bongkak boleh siapkan dalam masa setahun.

Pelajar asing pandai mengugut nak balik negara kerana bekerja dan urusan keluarga. Saya mula rasa menyampah. Dan bila-bila masa boleh meletup.

Keutamaanku

Seronok dan tenang dapat spend masa dengan mak abah.
Masak nasi arab, picnic di pantai mandi-manda.
Hati rasa penuh.
Keluarga adalah keutamaan saya selain dari kerja hakiki. Tanpa keluarga saya tak akan capai apa yang saya ada hari ini.

Saturday, 28 July 2018

Malang

Kata Prof Muhaya isteri yang malang ialah isteri yang salah memilih suami.

Boleh juga nak apply untuk rakyat yang malang ialah rakyat yang tersalah memilih pemimpin.

Boleh juga nak apply lagi untuk pekerja yang malang ialah pekerja yang salah memilih ketua.

Thursday, 26 July 2018

Apa yang saya mahu

Dalam hidup kalau takde impian @ target kehidupan jadi bosan.
Nak didik anak sebaiknya dengan didikan Islam.
Nak dapat prof madya sebelum umur 40 tahun.
Nak kurus dan sihat untuk diri sendiri dan cantik di mata suami.
Nak ada simpanan tunai 100k pada usia 35 tahun.
Nak simpan tunai untuk anak-anak 20k setiap seorang sebelum umur 18 tahun.
Nak membahagiakan mak abah.
Nak travel dunia dengan suami tercinta dan anak-anak. Dapat bawa mak abah lebih baik.
Nak jadi orang kaya jutawan yang pemurah.
Nak fasih berbahasa Arab.
Nak rumah yang cantik, moden, bersih dan luas.
Nak tambah amal ibadah sunat dan istiqomah melakukannnya.
Nak buka catering nasi arab.
Nak duduk luar negara lagi.
Nak berhenti kerja awal dan ada pendapatan lain lebih dari makan gaji.
Impian yang jika menjadi kenyataan merupakan kejayaan yang besar buat diri sendiri.

Monday, 23 July 2018

Pengalaman kerja

Pengalaman kerja saya tak banyak. Pernah jadi guru ganti pendidikan islam di sebuah sekolah agama, arabic translator di sebuah resort di Langkawi, cashier di kedai runcit ayah, dan pensyarah di ipta.

Kerja sebagai pensyarah paling saya suka walau ada mehnahnya. Waktu kerja yang fleksibel buat saya jatuh hati padanya. Gaji yang memuaskan dan laluan kenaikan pangkat yang tidak berdasarkan tempoh masa.

Bersyukurlah dan nikmatilah. Buatlah yang terbaik untuk peluang yang diberi di sini. InshaAllah.

Sunday, 22 July 2018

Secret recipe lagi

Lamb stew memang teramat sedap pada tekak saya. Makan di secret recipe lagi.

Lamb aussie stew, spagetti olio, hot fried chicken, mushroom soup. Puas hati makan western food di secret recipe. Harga standard macam di hotel. Rasa pun seperti makanan hotel. RM85 total belanja. 

Saturday, 21 July 2018

Nasi mandy untuk kakak sekeluarga

Semalam kakak sekeluarga datang dari tok aman bali. Saya jamu nasi mandy lagi..


Sekarang dah boleh upload gambar dlm blog. Godek2 semalam baru tahu kena ambil dalam gallery. Hehe. Alhamdulillah. Makin aktiflah blog saya lepas ni. Cuma kadang susah Alyan ada kacau2 umminya menaip. 

Semester pendek ni kena paksa ajar kelas Pengajian Malaysia. Kelas selasa dan khamis. Hari lain free. Sem 1 bermula september depan. Bosannya bercakap tentang kerja haha. 

Suka mengajar tapi benci bila takde persiapan rapi. Belum sempat buat modul pengajaran, kena buat pulak benda lain. Macam sem pendek ni hajat nak buat modul debat tapi bila kena ajar subjek takde kaitan mood dan semangat kerja hakiki terganggu. Rasa tak seronok. 

Sekarang hanya nak target masuk kelas mengajar, buat artikel, masuk pertandingan e-learning. Tu je takat ni. Dan berharap cepatlah jawatan penyelaras ni berlalu. Walau kerja tak banyak tapi rasa terikat. Rasa bersalah juga tak dapat menyumbang semaksima mungkin.

 Saya sukakan kebebasan. Buat apa saya mahu untuk KPI universiti dan diri sendiri. Tak mahu sebarang jawatan lepas ni. Mahu fokus pada keluarga juga. Mak ayah, adik beradik dan keluarga kecil saya adalah keutamaan saya juga. 


Friday, 20 July 2018

Hari kelahiran 34 tahun

Cerita lama. Sambut di secret recipe. Gaduh2 makan. Alyan membuas. Haha.


Beef stew atas ni sedap sangat! Berbaloi beli. Suami ajak datang lagi. Harga dalam RM24 tak silap. Lupa dah. Suami yang belanja. 

Raya 2018


Nasi mandy untuk yang datang beraya... 

Tak buat open house rasmi. Kebetulan ada kawan nak datang jadi ajak kawan yg berdekatan. 

Raya tahun ni kali pertama beraya di istana. Seronok bila dengan mak ayah adik beradik semua. Hati rasa penuh. 


Pengasuh..?

Saya prefer hantar anak ke taska dari ke pengasuh persendirian. Sebabnya:

1) Kebarangkalian anak didera dgn pengasuh persendirian lebih besar. Sebab takde orang lain yang dapat melihat perbuatan pengasuh kecuali ahli keluarga pengasuh yang mungkin boleh menutup cerita. Guru-guru di taska kebarangkalian besar takkan berpakat mendera budak walaupun mungkin ada pernah berlaku.  Tambah lagi jumlah anak2 yang ramai di taska. Cuma kemalangan tanpa disengaja lebih mudah berlaku di taska sebab guru kena handle ramai budak.
2) Keluarga pengasuh persendirian orang yang kita susah nak kenali. Kita hanya nampak luaran orang tapi sukar nak tahu hati budi.
3) Orang luar bebas keluar masuk rumah pengasuh persendirian.

Tiga sebab utama ni yang sebabkan saya menolak hantar lubna dulu ke mana-mana pengasuh persendirian. Hantar ke taska rakan suami rasa lebih lega. Itupun dalam hati sentiasa gusar. Sempatlah tiga bulan lubna di taska sebelum fly ke Jordan.

Alyan pulak sangat beruntung. Sepenuhnya dengan walid. Cukup 4 tahun kita masuk tadika ye sayang inshaAllah.

Saya benci tengok video kanak-kanak kena dera orang kongsi di fb. Sakit kepala rasa. Nak muntah. Tengok sikit pun mengganggu jiwa. Tak mampu tengok sampai habis. Rasa nak karate si pendera. Biar hancur tangan yang memukul orang tak berdaya. Dalam hati sentiasa berdoa anak-anak kecil terpelihara dari tangan-tangan jahat manusia.

Anak kecil hanya tahu menangis. Bila kena lepuk atau cubit dia hanya tahu menangis. Mak ayah kena selalu rasa sangsi pada pengasuh lagi2 kalau anak takut nak dihantar ke pengasuh. Kesal dan kecewa kalau tanda ni dah ada tapi mak ayah pandang sambil lewa.

Teringat seorang pakcik suami cerita dia pernah terlihat di rumah jiran yang mengasuh anak orang, dibiarkan saje anak yang diasuh mengisap ibu jari kaki pengasuh sambil berlunjur tengok tv. Memang tak boleh dipercayai! Kalau macam ni entah apa jenis makanan kotor pun dia boleh sumbat dalam makanan anak kita. Kita mana tahu!

Tolonglah semua mak ayah carilah pengasuh betul2. Cari taska betul2. Kasihan anak2 kita. Jangan sebab dekat dengan rumah terus rembat. Biarlah jauh sedikit asalkan baik untuk anak2.

Wednesday, 18 July 2018

Anugerah GOT & royalti buku

Alhamdulillah, rezeki tak disangka untuk Anugerah GOT dapat insentif tunai sekali. Sebelum ni dengar dapat 10k sahaja berupa geran penyelidikan. Tapi kali ni dua 2 diberikan sekali.

Terima surat rasmi dari pendaftar beberapa hari sebelum majlis. Rasa ringan badan hilang rasa penat sekejap. Gembira tak perlu berebut mohon geran penyelidikan. Hanya perlu fikir tajuk dan proposal. Macam2 tajuk dalam kepala tapi satu pun belum siap proposalnya.

Majlis kali ni lebih meriah dengan hidangan atas meja untuk semua penerima anugerah. Yang kurang best duduk bersendirian dengan staf yang belum dikenali. Janggal rasa. Tapi lama-lama baru rasa kemesraan. Bagus juga duduk meja bulat. Walaupun terpaksa bersebelahan dengan staf lelaki tapi jarak boleh diadjust daripada duduk kerusi lajur memang xboleh buat apa dah.

Alyan sudah pandai macam2. Lucu. Anak lelaki memang sempoi dan manja. Badan makin montok dan sasa. Ummi walid dah tak sabar nak tengok Alyan angkat tong gas. Gagah perkasa. Dah pandai ikut banyak perkataan. Lebih laju dari lubna dulu. Dah faham arahan. Terkejut ummi walid. Sejak dari umur baru 1 tahun 3 bulan dah faham beberapa ayat dan arahan. Lain anak lain perkembangan. Berat alyan 11.8kg. Kakak lubna 17kg.

Alyan duduk sepenuhnya dengan walid. Ummi lega banyak walid sanggup dan offer jaga alyan sambil buat bisnes komputer di rumah. Bukan semua lelaki sanggup. Bisnes walid walau agak slow tapi ada rezeki bahagiannya tiap bulan. Bila anak depan mata itu antara nikmat rezeki terbesar. Tak lama pun dengan anak cukup empat tahun dah boleh masuk sekolah tadika. Tak perlu gaduh dan tergesa-gesa.

Allah aturkan rezeki kita dari pelbagai sumber. Bila Allah murahkan rezeki saya, maknanya itu adalah rezeki suami juga. Dia mudahkan tugas kerja saya, menghantar mengambil di tempat kerja. Boleh berada dengan saya pada bila masa. Sanggup jaga anak di rumah sambil bekerja sendiri. Nikmat dan rezeki apa lagi yang hendak didustakan. Rasa tenang sakinah walau dalam hati gusar dengan hari mendatang. Serah pada Allah.

Anugerah GOT ni membuatkan saya rindu dengan kisah kami di Jordan. Keluarga kecil kami. Rasa sejuk dingin angin sepoi bahasa di Jordan. Hampir tiap masa berdoa dikurniakan rezeki berada di sana. Kami sekeluarga sangat merindui Jordan. Allah kabulkan permintaan kami.



Tuesday, 10 July 2018

Susah kemaskini blog

Susahnya nak update blog. Gambar tak dapat nak isi. Hilang mood nak bercerita.

Ulangtahun perkahwinan kami semalam. Genap tujuh tahun berkahwin. Alhamdulillah. Rasa macam semalam je baru kawin.

Sekarang cuti sem pendek. Tapi kena mengajar budak diploma subjek pengajian Malaysia. Pensyarah fakulti berkaitan tak cukup. Redha sajelah.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...