Wednesday, 18 July 2018

Anugerah GOT & royalti buku

Alhamdulillah, rezeki tak disangka untuk Anugerah GOT dapat insentif tunai sekali. Sebelum ni dengar dapat 10k sahaja berupa geran penyelidikan. Tapi kali ni dua 2 diberikan sekali.

Terima surat rasmi dari pendaftar beberapa hari sebelum majlis. Rasa ringan badan hilang rasa penat sekejap. Gembira tak perlu berebut mohon geran penyelidikan. Hanya perlu fikir tajuk dan proposal. Macam2 tajuk dalam kepala tapi satu pun belum siap proposalnya.

Majlis kali ni lebih meriah dengan hidangan atas meja untuk semua penerima anugerah. Yang kurang best duduk bersendirian dengan staf yang belum dikenali. Janggal rasa. Tapi lama-lama baru rasa kemesraan. Bagus juga duduk meja bulat. Walaupun terpaksa bersebelahan dengan staf lelaki tapi jarak boleh diadjust daripada duduk kerusi lajur memang xboleh buat apa dah.

Alyan sudah pandai macam2. Lucu. Anak lelaki memang sempoi dan manja. Badan makin montok dan sasa. Ummi walid dah tak sabar nak tengok Alyan angkat tong gas. Gagah perkasa. Dah pandai ikut banyak perkataan. Lebih laju dari lubna dulu. Dah faham arahan. Terkejut ummi walid. Sejak dari umur baru 1 tahun 3 bulan dah faham beberapa ayat dan arahan. Lain anak lain perkembangan. Berat alyan 11.8kg. Kakak lubna 17kg.

Alyan duduk sepenuhnya dengan walid. Ummi lega banyak walid sanggup dan offer jaga alyan sambil buat bisnes komputer di rumah. Bukan semua lelaki sanggup. Bisnes walid walau agak slow tapi ada rezeki bahagiannya tiap bulan. Bila anak depan mata itu antara nikmat rezeki terbesar. Tak lama pun dengan anak cukup empat tahun dah boleh masuk sekolah tadika. Tak perlu gaduh dan tergesa-gesa.

Allah aturkan rezeki kita dari pelbagai sumber. Bila Allah murahkan rezeki saya, maknanya itu adalah rezeki suami juga. Dia mudahkan tugas kerja saya, menghantar mengambil di tempat kerja. Boleh berada dengan saya pada bila masa. Sanggup jaga anak di rumah sambil bekerja sendiri. Nikmat dan rezeki apa lagi yang hendak didustakan. Rasa tenang sakinah walau dalam hati gusar dengan hari mendatang. Serah pada Allah.

Anugerah GOT ni membuatkan saya rindu dengan kisah kami di Jordan. Keluarga kecil kami. Rasa sejuk dingin angin sepoi bahasa di Jordan. Hampir tiap masa berdoa dikurniakan rezeki berada di sana. Kami sekeluarga sangat merindui Jordan. Allah kabulkan permintaan kami.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...