Saturday, 1 December 2018

Membeli di kedai kecil

Saya ada sebut dalam entri lepas tentang membeli-belah dengan skala yang kecil. Ya sekarang saya lebih suka membeli barang rumah secara sedikit. Sebab apa? Sebab beberapa sebab (berapa kali sebab kena sebut) antaranya ialah:
  1. Saya suka melepaskan tekanan perasaan melalui aktiviti membeli barang dapur atau barang peralatan rumah. Bila saya dapat keluar membeli 2-3 kali seminggu saya rasa cukup bahagia  dan tenang. Bayangkan kalau 3 kali pegi membeli-belah di pasaraya besar yang ada macam-macam produk menarik nafsu 3 kali tiap minggu. Sekali belanja konpem atas RM120, kalau 3 kali pergi seminggu darablah RM120x3=RM360! Tak berbaloi. Tu belum masuk pergi kedai kecik-kecik lagi. Kebanyakan barang yang dibeli pulak lebih kepada kehendak bukan keperluan. Saya rasa dah berbulan jugak tak pergi ke mydin mall. Giant mall ada sekali dua. Selebihnya saya membeli di kedai berdekatan rumah atau di sabasun yang tidak ada perkhidmatan kad kredit.
  2. Saya nak elak guna kad kredit di pasaraya. Sebabnya kalau guna kad kredit saya jadi tak kisah nak belanja sampai RM150 pun yang mana sangat merbahaya. Jadi sekarang saya akan lebihkan penggunaan kad kredit untuk tempahan online sahaja atau untuk tiket kapal terbang (Rasa dah lama tak terbang sejak habis belajar).
  3. Saya perasan dapat jimat banyak duit dan makan dengan lebih sihat bila tak membeli di pasaraya. Ada extra beberapa ratus yang boleh disimpan akhir bulan. Biasanya saya akan masuk ke akaun kedua untuk apa-apa peruntukan seperti servis kereta @ membeli barang kehendak. Dapat elak beli junk food jugak. Kat pasaraya macam-macam jenis junk food yang baru dan diupgrade. Memang kadang-kadang tergoda. Bila tak pergi memang tak belilah sume tu. Kalau di kedai kecil junk food memang tak menggoda langsung. Haha.
  4. Bila beli di kedai kecil, saya mengajar diri untuk fokus. Fokus oada barang keperluan sahaja. Dapat kawal nafsu walaupun kadang terbabas juga. Tapi ahsan dari membeli di pasaraya besar. 
  5. Saya malas nak berjalan jauh dengan anak-anak semata-mata nak beli 3-5 jenis barang sahaja. Tak berbaloi pergi pasaraya besar. Kang tak pasal belanja pun besar. Malas nak berpusing-pusing cari barang. Lain yang dicari lain yang dibeli. Dalam kereta frust sebab habis banyak dah belanja tapi barang yang dicari tak jumpa-jumpa. Hihi. Terpaksa pulak singgah kedai lain. Haa duit lagi.
Saya bukan boikot pasaraya besar tapi saya elakkan pergi setiap minggu atau setiap bulan. Kalau pergi pun sebab barang yang nak beli takde di kedai kecil. Dan nasihat saya kalau gaji besar belas ribu takpelah kalau nak gi berbelanja di pasaraya besar pun. Tapi yang rasa cukup-cukup makan saja tak perlulah kerap membeli di pasaraya besar. Kadang di kedai kecil harga barang lebih mahal dari di pasaraya tapi bagi saya itu lebih selamat dari saya pergi ke pasaraya barang murah seposen dua tapi saya borong semua. Haha.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...