Allahuakbar!
Berjaya juga misi korban tahun ni. Asalnya ragu-ragu nak buat ke tidak korbannya memandangkan duit nk kena simpan untuk renovation rumah tak lama lagi. Hajatnya tak mahu buat loan. Guna simpanan yang ada di samping gaji bulanan.
Tapi lepas berborak dengan k.ti rakan sepejabat yang saban tahun buat korban tak pernah miss, rasanya rugi kalau saya tak ambil peluang buat korban juga tahun ini. Ye duit nampak susut tapi rasa puas hati hanya Allah yang tahu bila berjaya laksanakan sebuah pengorbanan kerana Allah.
Dalam hati rasa khuatir andai misi menyimpan 2k sebulan untuk renovasi rumah akan tersasar. Tapi itulah namanya eidul adha, hari perayaan pengorbanan. Duit yang paling kita sayang itulah yang terbaik untuk dikorbankan. InshaAllah harapnya misi masih boleh dijayakan dengan sempurna. Cuma perlu lebih gigih ikat nafsu sebelum tiba hari gaji😂.
Jadi kerana korban tahun ni adhoc, suami tolong tanyakan dengan saudara di Kelantan. Alhamdulillah ada sedara yang ternak dan tahu sembelih kambing. Beberapa hari sebelum raya pertama, kami booking seekor kambing untuk dikorbankan.
Harga RM650. Besar juga dari kambing korban tahun lepas...
Ahad petang raya pertama dalam jam 3.25 ia disembelihkan. Alhamdulillah.
Masak nasi maqlubah untuk keluarga suami di Kelantan...
Masak dengan kakak jumaat baru ni. Kakak dan keluarganya singgah ke rumah...