Sampai satu tahap, benda suka jadi benci. Benda benci jadi suka.
Sekarang sedang membenci beberapa sikap individu. Benci ni tak datang adhoc tapi berlakunya rentetan dari peristiwa demi peristiwa. Adegan demi adegan. Susah nak benci orang, tapi sekali dah benci dengar nama pun boleh panas hati.
Kalau diikut tak perlu layan, tapi bila kerap sangat rasa eh ini sudah lebih.
Kerana iman yang masih ada dalam hati ni, menahan dari mulut jadi jahat. Sampai satu tahap dari suka jadi benci. Benci yang dulunya dibendung dan ditahan. Ingatkan boleh pulih dan dirawat dengan cara kebaikan. Tapi rupanya ehhh makin membesar kepala rupanya. Ingat kamu sorang je boleh tunjuk bongkak? Orang lain pun boleh tunjuk bongkak. Orang bongkak hanya boleh diajar dengan bongkak.
Bila dah benci dengan sikap seseorang, takde jalan lain melainkan memutuskan semua perkaitan selagi boleh. Tapi bukan memutuskan silaturrahim tapi tidak menjalinkan apa-apa hubungan maknawi dengan sengaja. Bercakap bila ditanya, sebab diam dengan orang begini lebih baik. Lagi banyak bicara, lagi bercambah benci.
Ahlan wa sahlan! Ini adalah blog peribadi saya dan keluarga sepanjang berada di Amman, Jordan. Semoga bermanfaat untuk semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Almari berlaci..
Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...
-
7 Ogos 2020 (Jumaat) Sakit bawah abdomen mula jam 7 pagi lebih kurang sehingga maghrib. Masa ni boleh lagi ke sana ke mari urus rumahtangga....
-
Pengalaman berpantang sendiri ketika melahirkan anak kedua di Jordan sedikit sebanyak membantu proses berpantang anak ketiga di rumah sendir...
-
Bermula 28 Oktober mula kerja dengan konkrit di luar. Kemudian datang on off. Dan 5 kali datang maka siaplah semua bahagian yang hendak dima...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك