Ahlan wa sahlan! Ini adalah blog peribadi saya dan keluarga sepanjang berada di Amman, Jordan. Semoga bermanfaat untuk semua!
Friday, 14 February 2020
Keluarga ke Kelantan
Mak dan adik ada beberapa urusan di Kelantan jadi kebetulan minggu ni kami pun balik Kelantan. Pergi Rantau panjang dan bawa makan di Keng Som restaurant (mahal dan tipu harga, dalam menu harga lama, bila bayar harga baru yang jauh lebih mahal). Rasa sedap tapi harga tak berbaloi.
Wednesday, 12 February 2020
100k dalam masa 10 tahun
Alhamdulillah, berjaya. Dalam masa 10 tahun berjaya menyimpan sehingga 100k. Ini target saya sejak beberapa tahun lepas setelah membaca kisah beberapa insan sehingga membuka mata saya untuk menjadi seperti mereka walau tidak banyak jumlahnya seperti orang lain pada usia 36 tahun ini.
Bila difikir macam mana boleh menyimpan sejumlah ini dengan hanya makan gaji.
Kuncinya:
1. Jangan membeli mengikut suka hati. Fikir pros dan kons sebelum beli. Hebat dan mahal mana pun barang kita beli, kita akan tetap akan mati dan tak dapat bawa masuk kubur. Ini cara untuk menangkis membeli barang melebihi kos kemampuan. Kalau mampu beli dan tak merungut duit tak cukup dialu-alukan membeli sesuka hati.
2. Membeli dengan kos di bawah kemampuan. Jadi bila ada duit lebih boleh simpan.
3. Jangan beli sebab orang beli. Ikut keperluan diri bukan ikut kata orang. Saya tak suka sama dengan orang. Saya akan beli bila saya sendiri rasa perlu.
4. Buat jadual pengurusan kewangan. Saya dah buat jadual kewangan sehingga berumur 58 tahun iaitu umur pencen bersama umur suami dan anak-anak. Jumlah hutang, bonus, kenaikan gaji, simpanan dll. Dari situ mudah nampak target dan berapa perlu simpan dan perlukah menambah komitmen pinjaman. Sertakan sekali tujuan simpanan dan jumlahnya seperti melancong (15k), pendidikan (20k) dan kecemasan (20k). Bila nampak tujuan menyimpan kita akan lebih bersemangat.
6. Simpan di tempat yang boleh menambah wang. Saya menyimpan di TH, AHB dan Awfar. Akan datang public gold inshaAllah.
7. Dengan lebihan duit yang ada jangan simpan semua cash, beli aset fizikal seperti tanah. Saya beli tanah menggunakan personal loan BIMB. Boleh buat pinjaman bank dan bayar autolife insurance sekali sahaja, bila meninggal dan tak sempat habis bayar pinjaman automatik milik waris dan tak perlu dibayar.
8. Bersedeqah walau sikit, jamu makan keluarga dan rakan-rakan. Konsisten walau tidak mewah. Untuk mak ayah saya lebih suka beli makanan dan bagi duit.
9. Buat target belanja harian atau mingguan tidak melebihi jumlah tertentu mengikut pendapatan dan lebihan masing-masing. Sekarang saya cuba menyimpan 2k sebulan setelah tolak belanja harian dan komitmen lain. Tapi kebanyakannya akan tersasar๐. Kadang kalah dengan nafsu terutama bab makan dan barang dalam rumah.
10. Kita akan kelihatan miskin bila kerap menyimpan dan tidak membeli mengikut arus perdana. Tapi tak apa lebih baik kelihatan miskin dari betul-betul miskin.
Selamat mengurus kewangan!
Monday, 10 February 2020
Renovate rumah
Setakat minggu ke lima ni banyak yang dah siap termasuk cat. Tinggal finishing, lampu dan grill yang belum siap.
Kos yang dah bayar:
Tukang RM19,500
Lampu kipas RM15x7, RM100
Cat grill RM50
Cabut pasang grill + grill baru RM450
Pasang ekon lama RM200
Tembok pagar RM2600
Ada lagi sejumlah RM15,000 perlu dibayar pada tukang tapi tunggu siap semua. Sementara tu sempatlah kumpul duit, membanting otak dan tenaga. Saya tak buat pinjaman untuk kos reno rumah. Guna sumber kewangan yang ada.
Gambar terkini belum ambil lagi. Ini yang minggu lepas.
Keluasan yang ditambah lebih kurang 280sqf. Asal luas rumah 1600sqf. Lawaslah sikit walau tidak besar. Berpadanan dengan harga 250k beli tahun 2011. Kelayakan loan kerajaan masa ni untuk gred DS45 masa tu ialah lebih kurang 330k kalau tak silap tapi saya lebih suka beli di bawah kos mampu supaya tak terbeban kemudian hari.
Makan di makate, adik ajak rasa. RM25 dewasa, RM10 kanak-kanak 7 tahun ke atas kalau tak silap. Rasanya saya bagi 3/5๐. Ayam tak berapa fresh dan xberapa sedap.
Belut goreng dan singgang...
Minggu ni rasa nak makan masakan rumah sahaja. Tak boleh nak telan makanan beli kecuali laksa penang dan kuih-muih. Macam-macam peel ibu ngandung ni. Sabarlah ye. Kehamilan dulu tak cerewet macam kali ni๐.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Almari berlaci..
Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...
-
7 Ogos 2020 (Jumaat) Sakit bawah abdomen mula jam 7 pagi lebih kurang sehingga maghrib. Masa ni boleh lagi ke sana ke mari urus rumahtangga....
-
Pengalaman berpantang sendiri ketika melahirkan anak kedua di Jordan sedikit sebanyak membantu proses berpantang anak ketiga di rumah sendir...
-
Bermula 28 Oktober mula kerja dengan konkrit di luar. Kemudian datang on off. Dan 5 kali datang maka siaplah semua bahagian yang hendak dima...