Bila difikir macam mana boleh menyimpan sejumlah ini dengan hanya makan gaji.
Kuncinya:
1. Jangan membeli mengikut suka hati. Fikir pros dan kons sebelum beli. Hebat dan mahal mana pun barang kita beli, kita akan tetap akan mati dan tak dapat bawa masuk kubur. Ini cara untuk menangkis membeli barang melebihi kos kemampuan. Kalau mampu beli dan tak merungut duit tak cukup dialu-alukan membeli sesuka hati.
2. Membeli dengan kos di bawah kemampuan. Jadi bila ada duit lebih boleh simpan.
3. Jangan beli sebab orang beli. Ikut keperluan diri bukan ikut kata orang. Saya tak suka sama dengan orang. Saya akan beli bila saya sendiri rasa perlu.
4. Buat jadual pengurusan kewangan. Saya dah buat jadual kewangan sehingga berumur 58 tahun iaitu umur pencen bersama umur suami dan anak-anak. Jumlah hutang, bonus, kenaikan gaji, simpanan dll. Dari situ mudah nampak target dan berapa perlu simpan dan perlukah menambah komitmen pinjaman. Sertakan sekali tujuan simpanan dan jumlahnya seperti melancong (15k), pendidikan (20k) dan kecemasan (20k). Bila nampak tujuan menyimpan kita akan lebih bersemangat.
6. Simpan di tempat yang boleh menambah wang. Saya menyimpan di TH, AHB dan Awfar. Akan datang public gold inshaAllah.
7. Dengan lebihan duit yang ada jangan simpan semua cash, beli aset fizikal seperti tanah. Saya beli tanah menggunakan personal loan BIMB. Boleh buat pinjaman bank dan bayar autolife insurance sekali sahaja, bila meninggal dan tak sempat habis bayar pinjaman automatik milik waris dan tak perlu dibayar.
8. Bersedeqah walau sikit, jamu makan keluarga dan rakan-rakan. Konsisten walau tidak mewah. Untuk mak ayah saya lebih suka beli makanan dan bagi duit.
9. Buat target belanja harian atau mingguan tidak melebihi jumlah tertentu mengikut pendapatan dan lebihan masing-masing. Sekarang saya cuba menyimpan 2k sebulan setelah tolak belanja harian dan komitmen lain. Tapi kebanyakannya akan tersasar😂. Kadang kalah dengan nafsu terutama bab makan dan barang dalam rumah.
10. Kita akan kelihatan miskin bila kerap menyimpan dan tidak membeli mengikut arus perdana. Tapi tak apa lebih baik kelihatan miskin dari betul-betul miskin.
Selamat mengurus kewangan!
Wahhh, hebatnya boleh simpan 100k dah.
ReplyDeleteMacam manalah cara nak simpan dengan baik ni...
Lambat lagilah nak sampai 100k sebab setiap bulan asyik tersasar ja.
Pi morocco dan UK dan umrah baru ni pun dah lebih 15k juga huhu
Boleh simpan tapi kena disiplin..masa cuti belajar memang digalakkan berjalan menimba pengalaman lagi2 di luar negara😁. Masa akak sambung di Jordanlah akk pergi Uk, Turki, Oman, Mekah Medinah. Balik Malaysia tiap tahun. Rasanya lebih 30k habis😂
ReplyDelete