Thursday, 24 December 2020

Pokok dan pasu

Rasa nak hias lanskap halaman pulak tp kadang semangat saja lebih. Akhirnya pada kebanyakan masa berkurung dalam rumah shj. Baru ni singgah di nurseri sekitar Tok Jiring dan pusing2 belilah pasu dan pokok berikut dengan harga rm18 pokok, rm35 pasu... 


Oklah, tapi tulah malas pulak nak menyiramnya hari-hari.

Beli baju anak di shopee. Mudah kerja sebab penat nak menghabiskan masa di mall belek baju...


Nasi mandy untuk rakan suami bertandang ke rumah...


maggie goreng, sosej dan sotong bakar...


Menu kampung beli di kedai sekitar Manir..puas hati..ada baung tempoyak jg sedap...


Nasi beriani di rumah kakak di Dungun...


Kemas rumah sebab ada orang nak datang. Bila ada orang nak datang baru kemas rumah lap habuk. Patutlah Islam kata tetamu yang datang ke rumah ni membawa keberkatan hihihi. Rumah yang takde tetamu hilang serinya..Tapi kalau tetamu yg datang jenis menyepah2 tu macam mana plk ye haha...



Thursday, 10 December 2020

Sibuk... tapi masih terkawal

Minggu ni hampir hari-hari ada mesyuarat, bengkel, taklimat. Penat. Berkejar. Hari Selasa saya drive sendiri, Rabu dan khamis suami yang hantar alhamdulillah.
Sebenarnya bila suami freelancer kehidupan kerjaya saya sangat mudah (tapi masih memenatkan kepala). Suamilah yang tolong menjaga anak bila saye ke tempat kerja. Yang menghantar dan mengambil saya pada kebanyakan masa. Alhamdulillah.

Banyak hikmahnya. Dan saya sayangkan kehidupan sederhana kami. Biar tidak mewah tapi tenang bersama dan ada sahaja jalan yang Allah mudahkan bila kesulitan datang. Cuma perlu sabar dan sabar.

Anak-anak sekejap je akan membesar. Umur 3 tahun dah pandai bermain sendiri dengan adik beradik. Masa tu ibu ayah dah boleh berehat lebih sedikit. Betullah orang kata masa anak kecil sekejap je akan berlalu.

Masak pagi hari ini sekali lauk tengahari...


Ada jari jemari kecil dah mula nak capai barang sekeliling. Dah 4 bulan 3 hari anak ketiga kami. Berat mencapai 6.75kg. Baru saja cucuk vaksin pneumokokal baru ni. Vaksin baru free untuk semua kanak-kanak lahir tahun 2020.

Cuba rasa nasi Arab di kedai al-Nakhlah pula. RM12 nasi mandy dan zurbiyan ayam. Rasanya sederhana sahaja... 




Saturday, 5 December 2020

Biar sedikit tetapi konsisten atau istiqomah...

Menulis di blog atau diari biar sedikit tetapi konsisten. Rugi kalau takde sebarang catatan kehidupan. Lagi-lagi pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama pembaca yang berminat di luar sana. Begitu juga buat tatapa sendiri dan orang tersayang satu hari nanti.

RUGI bagi yang tidak suka menulis. 

Tulislah walau sedikit. Ia adalah salah satu cara refleksi diri dan muhasabah.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...