Minggu ni hampir hari-hari ada mesyuarat, bengkel, taklimat. Penat. Berkejar. Hari Selasa saya drive sendiri, Rabu dan khamis suami yang hantar alhamdulillah.
Sebenarnya bila suami freelancer kehidupan kerjaya saya sangat mudah (tapi masih memenatkan kepala). Suamilah yang tolong menjaga anak bila saye ke tempat kerja. Yang menghantar dan mengambil saya pada kebanyakan masa. Alhamdulillah.
Banyak hikmahnya. Dan saya sayangkan kehidupan sederhana kami. Biar tidak mewah tapi tenang bersama dan ada sahaja jalan yang Allah mudahkan bila kesulitan datang. Cuma perlu sabar dan sabar.
Anak-anak sekejap je akan membesar. Umur 3 tahun dah pandai bermain sendiri dengan adik beradik. Masa tu ibu ayah dah boleh berehat lebih sedikit. Betullah orang kata masa anak kecil sekejap je akan berlalu.
Masak pagi hari ini sekali lauk tengahari...
Ada jari jemari kecil dah mula nak capai barang sekeliling. Dah 4 bulan 3 hari anak ketiga kami. Berat mencapai 6.75kg. Baru saja cucuk vaksin pneumokokal baru ni. Vaksin baru free untuk semua kanak-kanak lahir tahun 2020.
Cuba rasa nasi Arab di kedai al-Nakhlah pula. RM12 nasi mandy dan zurbiyan ayam. Rasanya sederhana sahaja...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك