Thursday, 25 February 2021

Shopee lagi.. hehee

Shopee lagi. Barang anak2 selit sama. Playdough (RM9) utk Alyan, marker pen(RM25) utk Lubna, krim remdii (RM30) untuk Halaa. Puas hati J&T laju juga hantar. Baru order dua hari lepas. 


Ini hanging iron board. Tak pasang lagi. Sampai semalam lagi awal. Cepat betul. RM399 harganya. Harap berbaloi. Nak minimakan ruang di ruang yang tak berapa luas ni. 


Keli sambal berapi makan malam semalam... 


Wednesday, 24 February 2021

Buka Akaun TH anak ketiga

Alhamdulillah terlepas rasa beban di bahu setelah selamat membuka akaun TH dan daftar haji untuk anak yang ketiga setelah 6 bulan kelahiran. 
Kelakarnya saya hanya bawa salinan asal mykid, mykad penjaga dan surat beranak. Rupanya kena ada bersama salinan fotokopi aduilah. Maka bergegaslah ke pustaka Intan berdekatan untuk fotokopi. Mujurlah guard bagi masuk semula terus xyah beratur dah atas kerusi mengikut sop.

Daftar haji anak masih lagi RM1300. Akan datang tak pasti dah berapa. Yang pasti hati rasa lega sebab dah melunaskan tanggungjawab simpanan untuk anak2. 

SSPN-i pun dah dibuka oleh YPT sempena kelahiran anak Terengganu. Dapat RM100 dari kerajaan negeri. Alhamdulillah. Kena hantar borang untuk diproses. Borang ni pula saya dapat dari mak bidan merangkap isteri MPKK. 

Ada dua lagi berhajat nak buka utk anak2 akaun al-awfar dan Public gold. Tahun ini inshaAllah. Target untuk setiap anak saya tetapkan maksimum 20k apabila masing2 dah mencapai umur 20 tahun. Untuk masuk uni, beli gajet, kahwin haa macam2 nak guna bila anak2 besar nanti.

Oklah ini aktiviti sepanjang BDR di rumah. Petai jeruk tu saya buat sendiri. Tat nenas pun buat sendiri resepi dari Azlina Ina. Sedap sangat. Jem beli yang siap dari bakeri donut di Dataran Austin. Sedap jem dia tak masam sangat. RM8.79 sebungkus berapa gm xingat. Dulu biasa buat sendiri jem nenas tapi sekarang malas nak buat anak pulak makin ramai tak terkejar nanti hihi.. Ni pun dah capek nak abiskan satu adunan dapatlah dalam 50 biji... 


Kari ayam pressure cooker... 
Ini gambar di rumah mak minggu lepas. Mak renovate rumah. Tambah bahagian laundry dan bilik. Seronok tengok mak gembira dan semangat susun atur rumah. Semangat saya banyak ambil dari emak. Garang pun dari emak. Haha. 


Kek batik milo minta suami buatkan minggu yang lepas. Yaaa sangat sedap! 

I love you abang! ♥️ 

Minta maaf sebab banyak sakitkan hati abang minggu ni... 


Friday, 12 February 2021

Allah bagi kita sesuatu sesuai pada masanya...

Sejak beberapa bulan dulu saya macam craving dengan bau baby. Craving dengan kedebaban baby. Rindu dengan suara baby. Siap cakap dengan suami macam mana ye kalau anak no 2 ni dah besar (masa tu baru 3 tahun) saya mesti akan rindu dengan bau baby. Tak tahan tengok baby orang lagi2 yang comel rasa membuak2 rindu dan jeles nak juga. Padahal dah ada anak kecil. Hehe.
Sekarang Allah rezekikan baby lagi. Alhamdulillah. Bila tengok baby orang lain comelnya keletahnya saya terus tengok baby sendiri dan tersenyum sorang2. Haha. Rasa beruntungnyee walau pun ya Allah penat jaga anak2. 

Betullah Allah bagi tepat kita sesuatu tepat pada masanya. Sekali pun kita rasa cepat atau lambat tapi itulah yang paling terbaik. 

3 beradik... 


Allah Engkau jagalah mereka. Peliharalah mereka dari maksiat, kejahatan manusia dan bencana. Lorongkanlah hati mereka mencintai kebaikan. 

Ini pula nasi maqlubah semalam. Lama rasa tak makan sedapnye.. 

Setalam kami jual RM38. Boleh makan untuk 4 orang. 




Wednesday, 10 February 2021

Onde-onde...

Angin rajin buat onde-onde dengan anak-anak. Tapi penatnye ya Allah musim panas ni dengan layan karenah anak. Akhirnya...


Berterabur tepung. Hasilnya... 


Anak-anak seronok sangat bila dapat masak sama2 macam ni. Anak no 2 saya dari nakal otomatik jadi baik sangat sebab seronok dapat main tepung masak sama2. Tp ummi pulak rasa aduilah sekali sebulan pun mujur dapat masak sama2 anakšŸ¤£. Renyah nak mengelap sana sini. Huhuhu. Nantilah ummi pikirkan. Lagi pun aktiviti mcm ni bagus bonding dgn anak2. 

Nanti nak buat biskut raya pulak dgn anak2. Konpom melompat masing2 nak tolong buat. 

Tadi beli burger spicy apple mcd. Tapi kelakar betul tengok rupanya tak sama dgn iklan hahaha. Mujur rasanya sedap dan pedas. Set pedas saiz M harganya Rm15++ . Rasa sedap tapi harganya kurang sedap kui3. Tambah beli nasi lemak cpicy chicken juga.


Tadi borak dengan suami tak sabarnya nak tambah ruang tamu baru. Nak letak karpet je. Tak nak sofa perabot. Nak jamu orang makan. Rindu nak masak ajak orang makan macam dulu. 

Paling kurang 2 tahun tak perlu sofa. Nak guling2 sedap, anak2 boleh main lari sana sini. Saya suka rumah lapang. Tak suka banyak barang atau perabot. Senang nak kemas mata pun sedap mata memandang. Bila makin tua rumah kena makin lapang. Tu prinsip saya. 

Kemas workstation lagi. Alih lagi perabot... 


Sesi pdpr anak di rumah. Cikgu suruh ambil gambar... 


Dalam kepala nak reno rumah lagi di beberapa bahagian luar rumah. Congak2 rasanya 15k juga perbelanjaan. Dalam rumah pun tak abis lagi susun huhu. 





Monday, 8 February 2021

Singgang budu dan Halaa sudah 6 bulan..

Singgang budu ulam... 

Ya Allah sedap sungguh makan berulang 3 pinggan. Diet tak menjadi. Ini yang bahaya bila lauk rebus wajib ada cili budu. Wajib pulak menambah. 

Menu tengahari semalam. Kari ayam kering xde santan, tumis petola... 


Anak ketiga kali pertama makan secara rasminya kentang lenyek...

Keinginin makan dia dh bermula sejak 5 bulan. Sume yang kita makan dia nak. Mengunyah2 air liur sambil tengok kita makan. 

Hari ni ummi buat bubur nasi, campur carrot, coliflower dan ikan bilis. Blender siap. Tahan 2-3 hari. 




Sunday, 7 February 2021

Durian D24

Semalam keluar ikut suami ambil tablet yang rakan nak upgrade window. Sekali dengan suami nak hantar pc yang siap upgrade ke rumah pelanggan. Takut juga ada roadblock tapi mujur xde hehe.

Balik dari ambil tablet nampak ada penjual durian jual D24 tepi jalan. Rasa teringin sangat suami isteri maka terjebaklah lagi...


Kuning putih tapi ya Allah sedapnyaa. Banyak ni RM79. Sekilo RM30. Puas hati walaupun terpaksa bayar lebih dari ketika musim durian. 

Ini pula menu masak sekali sehari rumah kami haha. Malas nak masak penat nak bersihkan dapur. Biasa akan beli sekali dan masak sekali atau masak sekali tapi untuk makan sehari. 


Ini suami masak... 


Ini saya masak bila rajin ada dua jenis lauk... 

Atas ni gulai ikan style kelantan sedap sangat bubuh ketumbar. 

Tumbuk bwg merah, lengkuas, ketumbar biji, cili kering. Didihkan dengan santan, masukkan ikan dan masak seperti biasa sampai naik minyak. 





Wednesday, 3 February 2021

Jadual solat

Anak sulung dah masuk 9 tahun (xcukup lagi sebenarnya sebab lahir bulan 11). Jadi dah kena paksa lebih tuk solat. Kalau sebelum ni main-main ajak solat. Sekarang kena lebih tegas.

Jadi kena upah dapat hadiah kalau solat penuh kuang2. Makanya dia pun bagi plan nak buat jadual dan ummi akan tanda kihkoh. Kreatif anak sulung saya ni.


Takde yang lebih melegakan sekarang kecuali bila anak-anak dah boleh solat sendiri sebelum usia baligh. Ummi rasa risau kalau terlepas cara betul didik anak bab agama. 

Orang lain mungkin dah lebih awal ajar solat tiap waktu tapi ummu belum betul2 tegas sehingga tahun ini ummi tekad dah masuk 9 tahun wajib kena ingatkan anak solat tiap waktu walau pun lewat solatnya. 

Banyak azam saya tahun ini tuk anak-anak. Bukan azam tuk ummi dan walid sahaja. Kalau boleh biar sume berjaya seiring sedanya. Kadang bila saya terlalu fokus urusan kerja jadi anak-anak dn rumahtangga agak kelam-kabut. Bersederhana sajalah buat masa sekarang. Yang penting ialah konsisten. 

Baru ni scroll di shopee kerepek tortilla. Wah banyak rupanya Kerepek yang dijuak di shopee. Suka hati. Order tortilla perisa pedas berlado 2kg tak pedas sangat pun. Order pisang salai juga 1 kg... 

Puas hati RM35 tortilla, RM20 pisang salai. Tak payah beli chacos dah. Saya sefamili memang oeminat chacos kalau di Jordan dulu jenama dorito wajib beli sebagai stok walaupun mahal. 

Pizza hut sweet sour lagi beli 2 biji dan regular 2 biji RM78 semua sekali... 

Makan tenghari masak sekali je tiap hari. Jimat tenaga nak jaga anak tiga orang dan suami sekali kih3. 

Ok nak memasak banyak sikit arini dan sambung kerja. Nak isi mygrant FRGS, markah debat pidato, data spss, artikel tak habis tulis, semakan kursus..pdpr anak.. Ya Allah sesak nafas.. Huhuhu





Monday, 1 February 2021

BDR. PdPR

Bermula Ahad baru ni 31 Januari sekolah anak darjah 3 memulakan sesi pembelajaran dari rumah. Kelam kabut sikit sebab berebut nampaknya dengan gajet ummi. 

Saya pun bincang dengan suami untuk cari semula gajet lama2 kot boleh guna lagi utk pdpr anak. Laptop lama, ipad. Akhirnya terjumpa tablet lama walid. Haa alhamdulillah. Kena format semula dan install window kata suami.

Jadi tuk beberapa hari ni guna laptop saya dulu... 


Yang ni tgh pdpr jugak dari belakang šŸ˜†... 


Setakat ni sesi pdpr masih terkawal memandangkan ummi hanya ada sorang anak saja yang bersekolah. Tapi jadi serabut sikit bila ummi pun kena siapkan tugasan dari rumah, dan walid pula ada komputer yang kena baiki. Haa masa tu kelam kabut terus. 


Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...