Wednesday, 10 February 2021

Onde-onde...

Angin rajin buat onde-onde dengan anak-anak. Tapi penatnye ya Allah musim panas ni dengan layan karenah anak. Akhirnya...


Berterabur tepung. Hasilnya... 


Anak-anak seronok sangat bila dapat masak sama2 macam ni. Anak no 2 saya dari nakal otomatik jadi baik sangat sebab seronok dapat main tepung masak sama2. Tp ummi pulak rasa aduilah sekali sebulan pun mujur dapat masak sama2 anak🤣. Renyah nak mengelap sana sini. Huhuhu. Nantilah ummi pikirkan. Lagi pun aktiviti mcm ni bagus bonding dgn anak2. 

Nanti nak buat biskut raya pulak dgn anak2. Konpom melompat masing2 nak tolong buat. 

Tadi beli burger spicy apple mcd. Tapi kelakar betul tengok rupanya tak sama dgn iklan hahaha. Mujur rasanya sedap dan pedas. Set pedas saiz M harganya Rm15++ . Rasa sedap tapi harganya kurang sedap kui3. Tambah beli nasi lemak cpicy chicken juga.


Tadi borak dengan suami tak sabarnya nak tambah ruang tamu baru. Nak letak karpet je. Tak nak sofa perabot. Nak jamu orang makan. Rindu nak masak ajak orang makan macam dulu. 

Paling kurang 2 tahun tak perlu sofa. Nak guling2 sedap, anak2 boleh main lari sana sini. Saya suka rumah lapang. Tak suka banyak barang atau perabot. Senang nak kemas mata pun sedap mata memandang. Bila makin tua rumah kena makin lapang. Tu prinsip saya. 

Kemas workstation lagi. Alih lagi perabot... 


Sesi pdpr anak di rumah. Cikgu suruh ambil gambar... 


Dalam kepala nak reno rumah lagi di beberapa bahagian luar rumah. Congak2 rasanya 15k juga perbelanjaan. Dalam rumah pun tak abis lagi susun huhu. 





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...