Friday, 30 July 2021

Nasi mandy kambing aqiqah dan lain2

Hari ni masak untuk rakan2 ustazah pula baki kambing aqiqah baru ini. Nasi mandy...
Minta tolong k. zan agihkan kepada rakan2 di gong badak.  Alhamdulillah settle. Dalam 22 orang kenalan dan rakan dari minggu lepas agihan kambing siap masak yang berjaya kami laksanakan. Selebih yang ada ini untuk yang akan datang tengok rezeki siapa pula.

Blei strawberi di marketplace RM10/500gm. Beli sekilo strawbery dan sekilo jagung RM8...


Suami buat strawbery bersalut coklat guna berryls dan cairkan double boil atas dapur... 


Kerja sekolah anak sulung. Makin lama makin malas nampaknya😂... 


Petang tadi cari durian lagi di kampung sini. Dapat RM45/9 biji. Tapi isinya walau besar tak berapa berlemak dan manis. Sedih tapi xpelah sudah rezeki begini. 



Wednesday, 28 July 2021

'Store' baru dan kisah suami swab test tak jadi...

Kerana barang perkakas tidak ada ruang dalam rumah ini maka tercetus idea untuk menempah store dari kedai besi. Maka terhasillah store ini dengan ukuran 1.5m x 2m...


Tempah sebelum raya. Dalam Sebelas hari siap dan dihantar pagi tadi ke rumah. Harga saiz ni ialah RM800. 

 
Alkisah malam tadi ada jiran share di grup wassap taman arahan untuk swab test bagi yang bersolat di masjid antara 12-16 Julai. Suami antara bersolat jumaat di sana. 

Maka pagi tadi sebelum ke KK Manir call no berkenaan dan disahkan untuk swab test. Rasa berdebar jugalah. Tapi bila sampai di sana suami citer tak jadi pula swab test sebab arahan tu untuk kampung sebelah yang ada kontak rapat dengan pok Abu yang katanya disahkan positif covid. Maka yang datang jam 9am tadi pun balik dengan berlega hati. Tak ramai yang datang dalam 7 orang sahaja yang betul cakna dan risau kalau-kalau jadi pembawa dan pengidap. 

Lega dan rasa macam apa ye. Sesuka hati je kongsi mesej tak pasti. Aduilah. Patutlah bila cek FB masjid takde sebarang pengumuman pun. Apa pun alhamdulillah kena beringatlah lepas ni. Stop dulu ke masjid walaupun Terengganu berada di fasa 2.

Medira pizza suami belanja... 


Sedap. RM52 semua sekali. Berbaloi. 

Saya buat ramen anak dara teringin. Ummi dahlah ngantuk penat mamao setelaj malam tadi tak cukup tidur sebab bantu suami mencari maklumat tentang arahan swab test malam tadi...





Sunday, 25 July 2021

Makan lagi...

Macam biasa gambar makanan wajib di blog. Kek red velvet cheese beli di marketplace cnor bakery. ya Allah sangat sedap. RM40 saiz 7 in... 
Sup daging lembu korban dan hari limpa goreng kunyit. Daging pemberian sahabat Syikin. Habiskan masak...


Guna sup bunjut rempah O sedap sangat. Beli online. 

Durian di Paloh. RM50 dapat 5 tompok/15 biji... 


Makin murah durian. Manggis 5kg RM10. Petai pun makin murah. Tunggu paling murah baru beli lagi. Bulan ni duit agak ketat sebab beli komputer dan tempah store luar yang masih belum siap. Dah sampai saya tunjuk. 

Dapat tempahan nasi mandy 2 talam. Bagi extra daging kambing aqiqah juga. Rezeki pembeli... 




Wednesday, 21 July 2021

Aidil Adha 2021 PKP

Masak dan agih lauk aqiqah...Nasi mandy... 

Kemas dan lap ruang tamu... 
Masak daging korban dari sahabat syikin...


Kuzi kambing...





myeg 2021

Alhamdulillah mudah urusan guna myeg. Renew lesen kereta dan roadtax. Caj dalam RM15 tiap satu. Oklah daripada beratur dan menunggu lama di JPJ musim PKP ni. Renew road tax dalam RM90+, renew lesen untuk 3 tahun RM90...


Perkhidmatan penghantaran sehingga ke depan rumah. 


Tuesday, 20 July 2021

Aqiqah Halaa 2021

Niat yang tertangguh sejak kelahiran anak ketiga...


Alhamdulillah. Khorouf tempatan RM900 di Maahad Tok Jiring. Berat lepas siap lapah dan bersih dalam 15kg. Dalam jam 10.30am selesai semua. Lebih gemar korban atau akikah kambing sebab urusan lebih pantas berbanding lembu. 


Buat masak gulai untuk jiran dan rakan berhampiran... 


1sr round masak dalam 3kg daging. 2nd round hari lain pula inshaAllah dengan menu lain untuk yg belum diagihkan. Begini cara saya agihkan daging aqiqah siap masak sejak dari anak pertama. Tak larat nak masak sekaligus dan tak larat nak buat jamuan hehe. Mujur juga musim pkp. 

11 bungkus untuk 9 jiran dan rakan suami. Keluarga besar kami bagi 2 bungkus.


Nasi mandy untuk makan sendiri. 

Ini pula untuk makan malam...perut kambing air asam... 

Colek... 


Sunday, 18 July 2021

Lengkap 2 dos sinovac

Alhamdulillah selesai hari ini...


Hadir mengikut masa temujanji jam 4 pm. Ya Allah rasa lega dan seronok sebab orang dah tak ramai. Kebanyakannya serbu waktu pagi. 


Singgah beli petai di belakang UniSZA. RM1/1 papan... 


Ok, saya baru je daftar kelas tajwid Us Haniah Salwana. 8 slot RM150.Tapi sebab lewat hanya sempat 4 slot dengan bayaran RM100. Kelas setiap Isnin dan Khamis malam jam 9.30-11 malam.



Wednesday, 14 July 2021

Kemas peti ais

Sejak beli peti ais dari tahun lepas, sempat kemas sikit2 sebab penat juga sejak beranal tiga. Susun peti beku untuk letal kambing aqiqah raya haji nanti InshaAllah...


Bekukan durian yang sangat banyak beli baru ni. Bekas lain ada lagi atas fridge utk makan harian. Kawan suami juga bagi sebekas durian beku dan rambutan semalam. Rezeki jangan ditolak. 


Anak ketiga 11 bulan. Gigi 4 batang... 

Tuesday, 13 July 2021

Durian 2021

Depan airport Terengganu 4 longgok RM100. Beli petang semalam. Alhamdulillah sangat puas hati...


Semua elok dan lemak manis. Dapat 16 biji semua sekali. Perisi siap dapat 4 bekas besar. Saya frozenkan. 



Tambah beli kuih frozen.. RM4.50/10 biji.. 

Lauk padang lagi. Kirim dengan suami keluar ke bandar... 


Bila rajin masak nasi lemak... 




Monday, 12 July 2021

Belian dan catatan harga

Durian di Cabang Tiga...RM50 dapat 3 bekas... 


Lauk padang.. RM23



Kuih frozen RM4.50/biji. Cucur badak, kuih kacang, dan samosa. Beli di area kampung sini melalui marketplace FB...



Catatan harga untuk rujukan akan  datang. Banyak tak tercatat sebenarnya. Semalam buat carian harga kambing aqiqah pernah buat tahun 2018. Tapi kecewa entry ada tapi harga tak dicatat. 😭




Thursday, 8 July 2021

Ulangtahun ke 10 perkahwinan

9.7.2011.

Genap 10 tahun pernikahan kami.

Tahun ni saya 37 dan suami 42. Berkahwin pada usia 27 agak lewat berbanding rakan lain. Masa ni baru setahun lapor diri bekerja sebagai pensyarah DS45 selepas tamat master pada usia 26 (Skim tutor fellowship). Ketika usia 29 tahun menyambung PhD dan membawa suami dan seorang anak ke Jordan (Skim SLAB/SLAI pensyarah). Umur 33 tamat PhD dan pulang ke Malaysia bersama suami dan dua  anak. Masih berkhidmat di UniSZA sehinggalah sekarang sudah tiga anak. Alhamdulillah. 

Setiap yg susah dan pahit akan berlalu pergi dan datang kembali. Kita yang memilih untuk gembira dan bahagia dengan apa yang ada dan tidak mengeluh dengan sesuatu yang tiada.

Masak dua menu hari ini. Rasa rajin sempena ulangtahun ke 10 kami.


Kita tidak sempurna tapi kita cuba. Nak jadi perfect jauh sekali. Alkamalu lillah. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri.

Saturday, 3 July 2021

Blog ini sarat dengan kenangan...

Blog ini penuh dengan kenangan ketika di Jordan dulu. Sesekali rindu saya akan buka, baca dan tatap gambar yang ada. Emosi bercampur baur, sedih kerana semuanya sudah menjadi kenangan.

Pejam mata sambil membayangkan rasa dingin musim salji mencucuk hingga ke tulang, air mata jatuh berderai. Saya tidak kuat untuk kehilangan kenangan di sana. Saya jadi panik dan sesak nafas tiba-tiba. Pelik kan.

Tidak pernah membayangkan untuk kembali semula ke negara Arab ketika di Jordan. Sekarang rindu sangat membuak tidak tertahan bila teringat. Jauh di sudut hati berdoa agar berpeluang hidup di mana-mana negara Arab satu hari nanti. Rasa aman, tenang, damai. Pagi-pagi memasak bersama suami, tengahari keluar berjalan beli barang di pekan berdekatan. 

Di Malaysia sekali lagi merasai pengalaman yang hampir sama ketika cuti belajar dulu iaitu semenjak PKP. Bangun pagi tidak perlu bergegas ke tempat kerja atau siapkan anak ke sekolah. Bezanya cuaca di sini panas dan cepat penat bila membuat kerja rumah.

Alhamdulillah kenangan PKP duduk di rumah akan menjadi kenangan paling indah yang boleh diabadikan untuk tatapan akan datang. Mungkin sebaliknya pada orang lain. Saya bersimpati andai kalian merasa sebaliknya atas alasan yang pelbagai.

Jordan, deru angin dingin Queen Alia International Airport menyambut kedatangan kami...Kenangan yang tidak pernah terpadam dan akan berulang jika umur panjang dan rezeki yang cukup..Tunggu kami datang lagi...




Friday, 2 July 2021

Komputer baru dan besday ke 37 tahun...

Tanpa berfikir lebih panjang terus minta suami order perkakas komputer baru kerana mata sudah capek dengan skrin laptop yang kecil. Anak pula menggunakan notebook 11 inci yang kecil tak sesui untuk kelas online. Dah lama berhasrat tapi kali ini tidak dapat bersabar lagi dengan musim menanda kertas sumenya online.

Alhamdulillah.. hasil pancingan suami dari kedai berbeza dan pasang sendiri. Love you abang. Kos semua sekali dalam RM2500. Lebih murah dari beli siap satu set yang lebih rendah specnya, kata suami. Saya redha sahaja sebab bab perkakas komputer saya memang buta. Bab perisian komputer pun saya hanya mampu taklid sahaja. 


Laptop lama bagi ke anak untuk pdpr. Notebook simpan guna bila perlu. Kalau perasan workplace saya berubah lagi haha. Kali ni pindah masuk ke bilik anak perempuan saya sebab dia tak guna lagi bilik ni sepenuhnya. Masih tidur dengan ummi walid walaupun sudah 9 tahun. Nak tunggu adik perempuannya besar aduilah sekarang baru 1 tahun. 

Ini pula hadiah besday dari suami 28hb baru ni hehe. Kejutan sungguh ye abang. Sambut sederhana sesama anak beranak...



Beli lauk pauk kampung menu utama. 




Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...