Thursday, 8 July 2021

Ulangtahun ke 10 perkahwinan

9.7.2011.

Genap 10 tahun pernikahan kami.

Tahun ni saya 37 dan suami 42. Berkahwin pada usia 27 agak lewat berbanding rakan lain. Masa ni baru setahun lapor diri bekerja sebagai pensyarah DS45 selepas tamat master pada usia 26 (Skim tutor fellowship). Ketika usia 29 tahun menyambung PhD dan membawa suami dan seorang anak ke Jordan (Skim SLAB/SLAI pensyarah). Umur 33 tamat PhD dan pulang ke Malaysia bersama suami dan dua  anak. Masih berkhidmat di UniSZA sehinggalah sekarang sudah tiga anak. Alhamdulillah. 

Setiap yg susah dan pahit akan berlalu pergi dan datang kembali. Kita yang memilih untuk gembira dan bahagia dengan apa yang ada dan tidak mengeluh dengan sesuatu yang tiada.

Masak dua menu hari ini. Rasa rajin sempena ulangtahun ke 10 kami.


Kita tidak sempurna tapi kita cuba. Nak jadi perfect jauh sekali. Alkamalu lillah. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...