Saturday, 29 January 2022

Kemas rumah 2022

Aktiviti mengemas hari ini. Saya mengemas di dalam, suami mengemas di luar. Hajat nak potong rumput tapi suami kata mesin pulak tiba2 tak hidup. Jadi suami vacum kereta dan bersihkan siling garaj.

Saya lap dapur basah... 



Kedudukan meja kerja yang sudah berubah arah... 

Jamuan sup kawari' di pejabat

Mesyuarat jabatan kali ini ada sup kawari' yang ditaja oleh ustaz Dr Ala. Meriah bab makan sampai sakit tangan mengangkut makan pagi.

Menu kami...



Kti sponsor ikan tiga rasa. Saya bawa ayam goreng Ayamas, syikin bawa nasi. Ada kek keju coklat yang dibuat isteri u. Ijal tapi tak terambil gambar. Sedap sungguh. 

Makan pagi.. 


Sejak mesyuarat bersemuka meriah sungguh dengan makanan. 

Mesyuarat buku lepas... 


Bengkel kereta

Kali ini ke bengkel kereta sebab kereta berbunyi tiap kali nak hidupkan enjin dan ketika bergerak. Dah lama sebenarnya tapi baru beberapa hari ni tergerak hati nak ke bengkel bertanya.

Pergi ke bengkel pertama berdekatan rumah katanya serius ni kalau putus habis rosak sistem kereta. Kos mungkin atas RM600 dan siap lepas raya sebab nak kena order barang dulu. Alamak nampak cuak muka suami tapi dia senyap je ye tak nak cakap dengan saya pun apa detailnya. Suami hanya kata nak ke pusat toyota pulak tengok ada warranty x kalau ada x perlu bayar. 

Jadi tak semena2 hajat nak pegi kedai sekitar kampung je terpaksa menuju ke bandar. Mujur pusat servis buka, panggil staff dia untuk cek dan ye katanya bahaya ni kalau lama lagi mungkin akan putus dan lebih mudarat. Berdebar rasa. Toyota kata kalau boleh tinggal terus hari ini dan lepas raya baru boleh ambil. Hmm memang agak mustahil dan rasa stress pulak tiba2. Minta suami tanyakan kalau di bengkel luar ada ke dan berapa harga? Kata staff tu estimate harga kalau di luar mungkin dalam RM800. Tawakal jelah, lagipun kalau nak sewa kereta seapnjang seminggu makan ratus juga jd baik baiki terus walaupun beratus2. Tak rasa ada keperluan tunggu pusat servis toyota yang tak tau betul ke x siap cepat dan belum masuk hidden charge lagi macam pernah kena tahun lepas. Konon ada warranty tapi ada charge untuk service lain pulak. Hmmm.

Jadi mencarilah kami bengkel berdekatan seperti yang dicadangkan juga staff tersebut. Sebab kami memang agak terdesak dan tak boleh tinggal kereta. Pusing2 sekitar situ dan jumpa bengkel Cina, Gitu gini dia call orang dia agaknya dan maklumkan spare tu ada alhamdulillah dan harganya sekitar RM400. Rasa bersyukur sangat. Siap dalam masa sejam ke dua jam. Rasa nak lompat lagi sebab tak perlu tingglkan kereta. Rasa serik dengan pusat servis toyota Terengganu tahun lepas hampir dua minggu tinggal kereta di pusat servis toyota. Konon ada warranty tp last2 kena bayar juga charge lain yang makan ratus juga.

Ok, berbalik pada kisah tadi, lepas pomen datang bawa spare part, tauke kata harga dalam RM200+. Lagilah rasa gembira dan bersyukur sangat sebab harga yang paling masuk akal dan siap dalam masa hari yang sama juga. Jadi saya dan suami pun decide nak masuk kedai Ajis sementara kereta siap baiki. Rasa lega ada juga kedai situ boleh bawak anak2 kalau tidak mesti kebosanan dan kepanasan di bengkel. Bengkel ni namanya W. M. Wong auto accessories. 

Kerosakan melibatkan spring pada enjin kereta berkait dengan ekon juga. Agaknya camne ye boleh jadi camtu? Ada kaitan tak dengan orang servis ekon kereta dulu? Hmmm. 

Masa odw ke pusat servis toyota, cakap2 dengan suami pasal kereta kedua. Nampaknya kena fikir dengan lebih serius tentang kereta kedua. Anak2 pula makin membesar. Jadi aim seterusnya kereta pula inshaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan.




Wednesday, 26 January 2022

Cabut gigi lagi..

Kisahnya Selasa baru ni sakit gigi bongsu belah atas. Gigi ni banyak kali dah tampal. Rasa bengkak dan sakit mula menular ke kerongkong. Jadi ke klinik Husna untuk cek apa sebenarnya punca sakit. Kebetulan ramai orang jadi daftar dulu dan terpaksa keluar semula untuk beli sedikit barang di sabasun. Nak beli barang untuk mesyuarat jabatan sekali.

Balik ke klinik dalam sejam kemudian nama pun naik dipanggil doktor. Doktor cek dan bagitahu gigi goyang sebab tu sakit. Bukan maslaah pada tampalan tapi pada akar gigi yang dah goyang. Doktor suggestcabut, saya rasa dah seram sejuk je dengar cabut. Teirngat2 kenangan kena cabut gigi tahun lepas. Rasa nak nangis tapi dalam hati jelah.

Kena bius dua kali dan sakitnya tapi xsesakit yang tahun lepas. Kemudian diminta tunggu di luar sementara pesakit lain dilayan. Dalam 15 minit dipanggil semula untuk prosedur cabut gigi. Ya Allah macam2 dalam hati dan kepala. Cuba untuk relax tapi berdebar2 juga. Cakap kat doktor rasa berdebar, doktor ketawa kecil dan kata relax je lembutkan badan. Tambah satu lagi bis dan lepas tu mulalah operasi gegar2 untuk cabut gigi. Masa tu tak rasa sakit macam cabut gigi tahun lepas. Ajaib jugak tup2 dah cabut rasa tak sangka. Yang ii saya pernah rasa masa cabut gigi di UIA dulu. Rasa sakit sikit2 rtapi tidak sesakit ketika di klinik gigi sekitar Manir tahun lepas. Teruk sangat rasa pengalaman cabut gigi di situ.

Masa menunggu nama dipanggil semula, sempatlah berniat nak sedeqah makanan kalau dipermudahkan  cabut gigi kali ini. InshAllah kena merancang molek nak menjamu orang.

Hari Rabu dan seterusnya saya dan anak2 sakit tekak dan selsema. Eaaa saya ni tiap bulan demam. Ada petanda tak sihat ke... 😢


Saturday, 22 January 2022

Penghujung Januari 2022

Ya Allah sekejap ye masa berlalu. Usia tahun ni menjangkau 38 tahun. Sudah menuju era 40an. Takutnya.

Aktiviti hujung minggu dan rutin sekeluarga.. 

Pizza hut di bandar lebih sedap dari di dataran Austin. Topping yang lebih banyak dan doh pizza yang lebih sedap.. Makan dalam kereta.. 

Nasi kenduri di kejiranan berdekatan. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang melimpah kepada yang menjemput dan tuan rumah. Ya Allah rindunya lauk orang kahwin.. 


Sejak PKP bermula Mac 2020 boleh bilang dengan jari berapa kenduri je yan gkami pernah pergi. Rasa sedih bila tak dapat makan sedap. Kihkoh. 

Balik kenduri beli cendol tualang... 

Beginilah hari2 biasa kami. Rutin yang sama saban hari. Anak2 makin membesar dan kekerapan bergaduh makin dahsyat. Geram sungguh. Alyan jeles sungguh dengan kakaknya. Kakak pulak tak berapa mesra kakak, suka mengadu macam2 dan tak berapa pandai melayan adik2nya. Mungkin sebab jarak dia dapat adik kedua agak jauh. 5 tahun baru dapat adik kedua dan lelaki pulak tu. Anak lelak pulak makin membesar makin lasak jadi nak jadi teman bermain siang dan malam agak mustahil. Sekali ditumbuknya kakak hmm.

Yang ini beli di NR cafe baru ni dan makan di rumah, ummi malas nak masak... Huhu.. 





Tuesday, 18 January 2022

Lagi NR cafe..

Kali ni order siakap harimau menangis. Dah lama tak makan menu ni..


Tambah tomyam poktek, ayam lemon, Kailan ikan masin dan Fries. Air kelapa shake, ais jagung kepal dan air teh limau. Sedapnye bila makan masa lapar. Memang niat nak ganti puasa dan berbuka di luar. 

Harga semua sekali RM75. 50. 


Jam 6.45pm keluar rumah dan singgah solat di ofis. 7.30pm sampai di NR cafe terus makan sebab suami dah booking makanan awal. 

Ini pula tempah untuk mesyuarat jabatan semalam.. 


RM25 Lopez, RM28 sandwich, caj cod RM5. Sedap sgt sandwichnya. 


Makan tengah hari Order nasi kunyek. 

Malamnya mak abah dan keluarga kakak datang siap bawa makanan.. Mak abah tidur semalam dan pagi tadi baru balik..

Saturday, 15 January 2022

Makan saje...

Sabtu baru ni plan nak gi makan nasi dagang k. Pah di batu butik tapi tutup. Akhirnya melencong ke kfc konon nak breakfast tp rupanya dah di siap untuk lunch... 


Beli aiskrim bubble bee. First time Cuba. Beli tiga dapat satu percuma jadi empat. Yang honeycomb RM15 satu dan yang biasa RM8+.. Aiskrim sihat sebab xberapa manis dan rasa susu segar... 


Masak bila rajin... 


Banyak makanan je dalam blog ni. Haha. 


Wednesday, 12 January 2022

Mesyuarat, jamuan dan potluck

3 in 1...

U.Fauzi belanja nasi Arab sempena tamat Phd.. 



Jabatan tempah rendang pulut kti... 


Saya bawa samosa dan cucur badak, syikin bawa air teh dan kuih, k. Zan bawa kek untuk u. Fauzi. 

Alhamdulillah. Meriah dah macam hari raya. 

Saturday, 8 January 2022

Bibik saya...


Topup bibik-bibik saya... 


Dalam sebulan wajib topup barangan seperti. Ini dh suku digunakan. Biasanya ada lebih banyak stok sampai xtau nak letak di mana.

Memandangkan xde maid nk tolong cuci rumah jadi di sinilah sy spend lebih duit. Senang bila tumpah terus lap buang. Lagi bila nak cepat dan kepenatan serta mood agak buruk. 

Sumai Hotel dan lain2

Semalam rasa teringin nak makan steak macam di me'nate. Jadi teringat menu Western di Sumai makan ke sanalah kami anak beranak.

Sampai di parking Sumai masa nak turun anak no 2 kata selipar xde. Aduilah memang kena marah dengan ummi dan walid. Tertinggal di garaj kereta masa naik kereta rasanya masa ni. Keluar parking semula dan cari kedai yang buka pada hari Jumaat maka terjumpalah pasarayaku berdekatan yang xberapa dekat. Macam2 kan anak2 ni. Menguji kesabaran.

Tak ramai orang dalam jam 4 petang masa ni. Ada sambutan birthday juga tapi nampak macam suram je sambutannya. 

Order rib eyes (RM42) , Nasi goreng kerabu (RM20+-) , nasi goreng sumai (RM22+-) , pasta carbonara (RM20+-) dan fries (RM12), jus epal 1 (RM12) dan air sejuk 4 gelas. Total RM138 +-. Rasa 3 bintang dari 5. Me'nate lebih sedap sos dan perapan daging. Pasta pun rasa sangat lemak dan rich. 

Ok, sambut besday adik bongsu di rumah emak..


Dah besar adik saya dulu berdukung sy kelek ke sana ke mari. 

Makan di ofis dgn kti sebelum perbincangan tentang akp pensyarah... 


Mee kari marry brown. Kurang pada saya rasanya... 



Saturday, 1 January 2022

Me'nate Kota Bharu


Khamis baru ni plan adhoc ke Kelantan bersama mak abah. Keluarga kakak memang dh bermalam sehari sebelum. Jadi duduk homestay Ummie Padang Bongor. Dua malam RM450 dapat sikit diskaun. Jimat belanja penginapan walaupun sy xsuka duduk homestay (sebab tak rasa suasana bercuti) tapi bila dah ramai2 nak berkumpul homestay lebih jimat.

Ok, pagi dijemput sarapan oleh kawan emak makcik Ubaidah. Makan nasi kerabu tumis dan laksa putih. Sedapnya..


Suasana di luar rumah tuan rumah... 


Me'nate.. Bawak abah yang teringin makan kat sini lepas tengok MB Kelantan rasmikan pembukaannya baru ni... 





Beli dua set A (RM500/satu set). Dapat diskaun 20% jadilah RM848 termasuk tax. Bayar kongsi adik beradik. Portion besar dan banyak. Puas hati cuma lama jugaklah menunggu nak boleh ke sampai semua menu. 







Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...